Tiba-tiba bahuku disentuh daripada belakang. Siapa pula yang berani sentuh-sentuh aku ni ha?

Aku segera berpaling dan bersedia untuk mengkarate manusia tersebut kalau aku tak kenal dia.

Dia tersenyum sebaik sahaja aku memandangnya.

Oh Kai. Isy buat suspense je. Cis!

"Pergi mana tadi?" Soalku. Dia mengambil tempat di sebelah. Nayeon dan Mingyu masih lagi membeli makanan. Biasalah, Nayeon tu pantang ada peluang. Saja lah tu lama-lama. Macamlah aku tak tahu agenda dia.

"Pergi beli ni," Kai menghulurkan sejambak bunga yang dia sorokkan di belakangnya kepadaku. Takdelah besar, yang saiz kecil tu je.

"Apa ni? Untuk aku ke?" tanyaku bingung. Aku masih tidak menyambut huluran Kai.

"Ya, untuk Lisa. Abang beli tadi ada jual kat sana,"

Aku mengambil bunga itu daripada tangannya. First time aku dapat bunga. Terharu pula rasanya.

"Eh, ni bunga kekwa kan?" aku memandang bunga berwarna merah itu. Nampak macam kekwa je sebab rasanya aku ada nampak tadi tapi tak tahu lah kalau lain.

 Nampak macam kekwa je sebab rasanya aku ada nampak tadi tapi tak tahu lah kalau lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebab di mata aku, semua bunga nampak sama je. Hehe.

"Yep," dia menganggukkan kepala. "Cantik kan?"

"Haah cantik. Bunga kekwa merah ada simbolik tak?" aku meletakkan bunga tersebut di atas peha lalu menoleh ke arah Kai.

Kalau nak tahu, sebenarnya perasaan aku tengah bercampur baur sekarang ni. Serius.

Gembira, nervous, tertanya-tanya. So confusing.

Aku keliru menjadi buntu. Arah yang ingin ku tuju.

Ok tak.

Tapi entah kenapa, ada rasa bahagia yang terselit.

"Hmm rasanya..," Kai mendekatkan bibirnya dengan telingaku. Sangat rapat. Aku tidak berani untuk bergerak sebab takut pipiku tersentuh bibir dia.

Dup dap dup dap.

Stop it! Jantung aku dah tak stabil ni!

Tenang Lisa tenang.

"Abang pun tak tahu. Lisa carilah sendiri apa maksudnya," sambung Kai. Dia memalingkan muka dariku lalu melemparkan senyuman dia.

Tak, dia nak ketawa tu.

Cis tak guna betul. Aku ingatkan dia nak cakap.

"Kau memang en, sengaja nak kenakan aku," aku menumbuk bahu Kai. Ha padan muka!

"Mana ada," balas Kai lalu menjelirkan lidahnya kepadaku. Oh dah pandai jelir-jelir ya sekarang. Gunting lidah tu nanti baru tahu.

Aku baru sahaja hendak menampar lengannya apabila Kai tiba-tiba sahaja bangun dan terus,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku baru sahaja hendak menampar lengannya apabila Kai tiba-tiba sahaja bangun dan terus,

"Lariiiii! mama singa mengamuk," dia berlari ke arah Mingyu dan Nayeon yang kelihatan sudah selesai membeli.

Aku sempat memandang ke arah plastik yang dijinjing Nayeon. Lah, sikit je dia beli tapi sampai berjam-jam. Mereput aku tunggu. Nasib baik tak jadi tengkorak.

"Gyuuuuuu, tengok tu mama singa nak babab Kai," Kai memaut lengan Mingyu. Dah mula dah adegan gay dia.

Mingyu hanya tayang muka kau- apahal kepada Kai. Sebaik sahaja aku sampai di hadapan Kai, aku terus menampar lengannya sekuat hati.

Haa ambik nak!

"Aaaa, ganasnya mama singa. Gyu, tolonglah aku," Kai menayangkann muka lima sennya yang tak laku kepada Mingyu.

"Ceitt podahh, aku ingatkan apa lah tadi kau lari sampai tak cukup tanah," Mingyu menarik lengannya yang dipaut Kai tadi.

"Aku tak nak masuk campur urusan rumah tagga korang okeh. Selesaikan sendiri. Aku nak makan dulu," Mingyu kemudian melambai-lambaikan tangannya dan melangkah pergi.

 Aku nak makan dulu," Mingyu kemudian melambai-lambaikan tangannya dan melangkah pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nayeon sempat mengenyit mata ke arahku sebelum dia dan Mingyu mencari tempat duduk. Apa? Apa kenyit-kenyit?

"Don't gooooo," Kai buat-buat nak menangis. Weh apa ni? Drama akasia ke apa? Sinetron? Drama astro?

"Dah, dah. Mingyu dah bahagia. Kau dah tak ada peluang dah Kai," aku menepuk-nepuk bahu Kai. Konon nak bagi semangat. Aku pun tak pasal terlibat dalam drama ni.

Kai memandangku. Dia tersengih lalu berdiri betul-betul disebelahku. Dia menunduk sedikit supaya paras matanya sama dengan mukaku.

"Tapi kalau dengan Lisa, abang ada peluang kan?" bisiknya perlahan betul-betul di telingaku.

Tanpa berfikir panjang, aku terus menoleh ke kananku setelah mendengar kata-kata Kai. Tapi,

"Ouch," aku menyentuh dahi

Tak pasal je dahi kami terhantuk. Kai menggosok-gosok dahinya. Sabar je lah.

"Sorry," aku tersengih memandang Kai. Dia tergelak lalu menggelengkan kepalanya.

"Baru je abang nak sweet sikit. Tapi takpe, hari lain ada. Dah, jom pergi kat dorang," seperti biasa, Kai terus menarik lenganku lalu kami berjalan ke arah dua ekor makhluk yang tengah bahagia tu.

Aku senyap. Aku tak salah dengar kan?

Ah, lupakan!

Dia dah ada cinta hati lah!


🌼🌼🌼

Thanks dah baca until chapter 11 (≧∇≦)/ wuu hope korang suka~ maaf kalau bosan. Do vote kalau best ❤ hope you will keep on reading ;)

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now