Bab 2

31.4K 747 3
                                    


"Thank you so much, angah. Nanti pukul 1 jangan lupa ambil Sya, tau?  Bye," ujar Alisya kepada Alif sebaik sahaja kereta BMW milik Alif tiba di hadapan pagar universiti Alisya.

"Welcome. Okey, nanti angah datang tepat pada masanya. Take care, Sya. Bye," balas Alif.

Selepas Alisya keluar dari perut kereta BMW milik Alif, kereta tersebut pun berlalu pergi.

"Ya Allah, lagi 5 minit je. Habis lah aku. Nanti mesti kena marah dengan Cik Amalia," bebel Alisya kepada dirinya sendiri.

Alisya berlari menuju ke bilik kuliahnya. "Aik, kenapa bising? Cik Amalia tak masuk lagi ke?" soal Alisya kepada dirinya sendiri.

Alisya menolak pintu bilik kuliahnya.
"Yes! Betul tekaan aku. Cik Amalia tak masuk lagi. Nasib baik aku sampai dulu daripada Cik Amalia. Kalau tak, dah lama aku kena denda dengan dia," bisik Alisya di dalam hati.

Alisya menuju ke mejanya. "Sya, bangun lambat lagi ke?" tanya Aida yang duduk di sebelah Alisya. Aida merupakan rakan karib Alisya. Mereka kenal sejak umur mereka 4 tahun lagi.

"Erm....yup! Malam tadi aku tidur lambat. Sebab tu la bangun lambat," jawab Alisya sambil tersengih.

"Ish, kau ni. Tak habis-habis alasan sama je. Ha, kali ni kau tidur pukul berapa pula?" tanya Aida lagi.

"Aku tidur pukul 2 pagi. Aku tidur lambat pun sebab siapkan  assignment," terang Alisya.

"2 pagi?! Seriously? Kenapa kau tak buat waktu petang ke pagi ke?" soal Aida lagi.

"Ish, kau ni. Banyak soal betul la. Ha, ni kenapa Cik Amalia tak masuk lagi? Selalunya dia yang masuk awal," soal Alisya. Alisya sebenarnya tidak mahu menjawab soalan Aida. Ya lah, nanti kalau Alisya jawab lagi banyak soalan yang Aida nak tanya.

"Oh, aku lupa nak bagitahu kau. Kau tahu tak, Cik Amalia cuti selama sebulan kot! Maigaddd, gembiranya aku. Kau tahu kenapa dia cuti sebulan? Sebab..... dia kahwin, Sya! Serious, mula-mula aku tak percaya.  Tapi betul, Sya. Cik Amalia kahwin," panjang lebar Aida bercerita.

"Kau biar betul? Sebulan? Lamanya. Takkan cuti kahwin sampai sebulan?" tanya Alisya tidak percaya.

"Serious, Sya. Aku tak tipu. Kalau kau tak percaya, kau cuba tanya diorang semua," jawab Aida.

"Ya, ya. Aku percaya kau. Aku cuma terkejut je. Ya lah, kau tahu kan perangai Cik.... opss, Puan Amalia tu macam mana. Macam singa," kata Alisya sambil menahan tawanya.

"Wei, korang! Ada pensyarah baru la! Handsome gila, wei!" jerit Aliya yang baru masuk.

Siapa tak kenal dengan Aliya ni. Dia ni memang pantang tengok lelaki handsome. Tapi dia tak adalah gedik macam GROUP LADIES.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now