'Kau yakin ke?' Kayna menanya dalam hati.

Ye. Kau ingat kan apa yang aku cakap sebelum ni?

'Ye.'

Kayna mengingati apa yang pernah dikatakan oleh Veria dalam mimpinya.

Sekiranya kamu sudah menjumpai The Guardian, dan mereka menanyakan aku, bentukkan air seperti simbol ditangan kamu dan sebutkan nama aku dan nama kamu.

Kayna menghulurkan tangannya. Tiba-tiba sejumlah air keluar dari bunga gergasi disebelah mereka. Kayna mengawal air itu dan membuatkan ianya berbentuk simbol yang sama ditangannya. Dua membentukkannya dengan besar. Kayna menutup matanya dan berbisik. Bisikannya tidak didengari oleh yang lain kerana suara Kayna sangat kecil.

Air yang berbentuk simbol yang dibuat oleh Kayna bercahaya. Cahayanya sangat terang dan membuatkan yang lain menutup mata mereka. Beberapa saat kemudian, Veria muncul dari tempat dimana air berbentuk simbol itu berada.

Bunga-bunga gergasi dibawah Veri dipijak olehnya sehingga ianya musnah. Veria memandang Kayna yang baru sahaja membuka matanya.

"W-woa! Apa bendanya tu?" Mulut Laura menunjuk Veria dengan nada terkejut.

"Korang, perkenalkan. Inilah Veria yang aku cakapkan tu." Kayna menunjuk Veria.

"O-oh." Mereka semu tidak bercakap apa-apa. Dalam satu hari banyak makhluk baru yang mereka jumpa.

"Oh, jadi nama kamu sekarang ialah Veria?" Citrine mendekati Veria.

"Ye. Ayah Kayna yang memberikannya." Jawab Veria.

"Korang kenal ke?" Kayna menanya Veria.

"Tentu." Spinel tersenyum menjawab pertanyaan Kayna.

Tiba-tiba latar belakang padang bunga dimana mereka berada berubah. Ia berubah dengan sepantas kilat membuatkan Elementalist terasa sedikit pening.

Mereka melihat dimana mereka berada sekarang. Tempat itu kelihatan seperti sebuah gua yang besar namun tempatnya bersih dan tedapat batu-batu berlian yang bercahaya. Dan dihadapan mereka terdapat kolam yang besar. Kolam itu jernih namun sedikit bercahaya. Dan ditengah kolam itu terdpat sebuah batu yang besar yang boleh dijadikan tempat berdiri.

"Kat mana ni?" Kayna berpusing-pusing melihat tempat dimana mereka berada sekarang.

"Inilah Stonecrystal." Suara Amethyst membuatkan mereka semua memandang tiga pari-pari itu.

"Stonecrystal? Sini?" Leo menanya lagi.

"Ye." Spinel menjawab.

'Kayna. Aku pergi dulu. The Guardian akan memberitahumu segalanya.' Veria melihat Kayna. Kayna mengangguk kearah Veria. Selepas itu badan Veria menghilang secara perlahan-lahan sehinggalah dia menghilang dengan sepenuhnya.

"Apa yang dimaksudkan dengan 'segalanya'?" Xoel menanya Kayna.

"Tak tahu." Kayna menggelengkan kepalanya.

"Boleh kami tahu macam mana kamu semua kenal kami?" Ariel melihat tiga pari-pari dihadapannya. Dia mengingati apa yang pernah dikatakan oleh Spinel.

"Kami bukan sahaja kenal kamu semua. Kuasa kamu.. kami yang berikan kepada kamu." Kata-kata daripada Amethyst membuatkan mereka semua bingung.

"Mari ikut kami. Kami akan beritahu siapa diri kamu." Citrine terbang dan menghala ketengah-tengah kolam dihadapan mereka. Amethyst dan Spinel mengikuti Citrine.

"Macam mana kami nak pergi ke situ." Ariel memandang kolam besar dihapannya.

"Jalan sahaja. Kamu tidak akan tenggelam." Kata Citrine.

"Aku cuba dulu. Lagipun kuasa aku air. Kalau ada apa-apa aku bagitau." Kayna berjalan kedepan.

Ariel mengangguk.

Kayna melangkahkan kakinya. Sebaik sahaja dia memijak air dikolam itu, Kayna terkejut.

"Wah! Memang tak tenggelam." Dia melangkah lagi. Selepas itu dia berjalan ketengah-tengah kolam. Sebaik sahaja sampai, Kayna berdiri diatas batu ditengah-tengah kolam itu dan memusingkan badannya menghala kearah sahabatnya.

"Korang. Jalanlah. Memang tak tenggelam." Kayna melambaikan tangannya

Melihat Kayna selamat, Ariel pula mencuba. Benar apa yang dikatakan. Dia dapat berjalan diatas kolam itu. Elementalist lain mengikuti Ariel.

Mereka berjalan kearah dimana Kayna berada. Mereka berdiri diatas batu yang sama.

"Ini ialah kolam yang membolehkan kamu melihat masa lalu dan apa yang berlaku diluar sana." Terang Citrine.

"Dan disini kami akan memberitahu siapa kamu semua." Sambung Spinel.

"Mari mulakan." Terakhir daripada Amethyst.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now