"Hm." Hanya itu jawapan yang diberikan oleh Ariel.

Setelah habis memilih pedang, Ariel menyuruh mereka untuk pergi ke padang latihan sementara dia pergi mengambil pedang miliknya.

Kayna berlatih berlawan dengan pedang barunya itu. Sama juga dengan yang lain.

Setelah beberapa masa, Ariel datang dengan dengan pedang yang tersarung cantik ditangannya.

"Wah, Ariel cantiknya pedang kau!" Leo kagum dengan pedang Ariel.

Sarung pedangnya berwarna emas dab terdapat simbol bunga berwarna merah yang diukir cantik.

"Hm."

"Oh ye, Ariel. Bila kita akan bergerak ke Stonecrystal?" Xoel teringat.

"Dua hari lagi."

"Kenapa tak pergi hari ni je?" Xoel bertanya lagi.

"Dua hari ni ialah musim hujan. Hujan kat Dorwall memang lebat. Jadi kemungkinan kat laut akan ada yang ribut."

"Oh." Yanga lain hanya membulatkan mulutnya tanda faham dengan ala yang dikatakan Ariel.

"Pergi berlatih. Kayna, kau berlatih dengan aku."

"Ok." Kayna menggangguk. Yang kain pergi berlatih seperti yang disuruh oleh Ariel.

Kayna berlatih berlawan menggunakan pedang dengan Ariel. Sambil mereka berlawan, mereka berbual.

"Ariel. Kenapa Prof suruh kita pergi awal?" Kayna menanya Ariel.

"Sebab Prof tak tahu apa-apa pasal Dorwall. Dia bukannya selalu datang sini."

"Kau selalu ke datang sini?"

"Tak selalu. Sebab perjalanan kesini agak jauh. Kali terakhir aku pergi sini, enam bulan lepas."

"Aku nak tanya satu benda lagi."

"Hm."

"Betul ke kau duduk kat Wyston sebab kau nak berlatih je?"

Latihan mereka berdua terhenti tiba-tiba. Kayna terkejut.

'Mengena ke?' Kayna mula rasa bersalah.

Ariel menyuruh yang lain teruskan latihan mereka. Sejurus itu, dia pergi menarik tangan Kayna kearah sebuah taman.

"A-ada apa Ariel?"

Ariel menghentikan langkahnya. Kayna hampir sahaja melanggar Ariel sekiranya dia tidak berhenti.

"Tu bukan sebabnya."

"Eh?" Kayna termangu.

"Sebab aku dihantar ke Wyston... sebab ayahanda aku nak lindungi Dorwall."

"Maksud kau?" Kayna tidak tahu apa yang dikatakan Ariel.

"Macam yang Prof cakap. Waktu bonda aku mengandungkan aku, tenaga aku kuat sangat sampai puak Shadow boleh kesan.

Jarak antara Dorwall dengan Shadowgrass tak terlalu jauh. Lagi senang mereka nak kesan.

Ayahanda aku cakap, pernah sekali Shadow menyerang Dorwall dua hari setelah aku dilahirkan. Dan banyak yang terkorban. Disebabkan tu, ayahanda aku bawa aku ke Wyston. Dia pun ikut sebab katanya nak lindungi aku."

"Mesti susah untuk kau kan?" Kayna menyentuh bahu Ariel perlahan.

"Lagi susah untuk kau kan?" Ariel memegang tangan Kayna yang berada dibahunya. Dia memusingkan badannya sehingga menghadap Kayna. Tangan Kayna masih dipegangnya.

"Kenapa aku?"

"Sejak kecil, kau tak pernah kenal ibu bapa kandung kau. Siapa yang jaga kau waktu kau ada kat dunia manusia?"

"Aku dijaga kat rumah anak yatim sehingga umur aku enam tahun. Lepastu, aku diangkat oleh ibu bapa angkat aku. Tapi, bila aku umur sebelas, mereka berdua meninggal sebab kemalangan."

"Kau berseorangan ke?" Tangan Kayna yang dipegangnya dia genggam dengan erat.

"Tak. Lepas ibu bapa angkat aku meninggal, aku duduk kat rumah anak yatim lagi. Aku pun cari kerja untuk kekal duduk kat sana. Waktu aku kerja, aku jumpa kawan aku, Zea. Disebabkan dia aku dapat hidup dengan normal."

"Maaf. Kau kena berpisah dengan dia. Dan maaf sebab kau kena tinggalkan kehidupan kau yang normal."

"Kenapa kau kena minta maaf pula. Ni takdir aku. Dan aku gembira jumpa korang. Apalagi kau." Kayna tersenyum sambil memandang Ariel. Dia tersenyum lebar sehingga matanya tertutup.

Ariel terdiam. Dia melihat senyuman Kayna yang diberikan untuknya. Jantungnya berdegup lebih laju dari yang biasa.

Tanpa berfikir panjang, Ariel menempelkan bibirnya ke bibir Kayna.

Kayna terkejut. Badannya terkaku. Akalnya menyuruh dia untuk menolak badan Ariel, namun badannya tidak bergerak seperti yang dia ingini.

Tiga minit. Ariel menarik wajahnya dari wajah Kayna. Dia melihat wajah Kayna yang memerah seperti ketam yang baru direbus.

"A-Ariel.." Kayna masih terkejut. Badannya kaku dan tidak dia tidak dapat berkata apa-apa.

Senyuman tiba-tiba mekar diwajah Ariel. Dia memeluk badan Kayna kerana tidak mahu Kayna melihat senyumannya.

DARI bilik kerjanya, Raja Ivan melihat kearah taman di mana Ariel dan Kayna berada. Dia tersenyum seorang melihat mereka.

"Ada juga orang yang mencuri hati saljinya." Dia tertawa seorang. Kegembiraan menerjah hatinya.

Raja Ivan terus menuju ke luar biliknya menuju ke padang latihan.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now