Epilog : Emier

4.7K 474 9
                                    

    Satu keluhan kecil dilepaskan. Emier mula terasa bosan. Matanya memandang ke arah langit. Mencari ilham kalau-kalau ada benda yang boleh dibuat.

    Tiba-tiba akalnya timbul satu idea. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Sedang dia mencari nama Adam, sesuatu sekali lagi terpacul di fikirannya. " Dia keluar dengan Rianna hari ni..." Keluhnya perlahan.

    Dia bahagia apabila kawannya juga bahagia. Namun, tipulah jika dia katakan bahawa tiada sedikit pun rasa sunyi di hatinya apabila kawannya sudah temui bahagia. " Dengan siapa naku nak lepak ni?"

    Tanpa berfikir panjang, Emier terus menelefon Firhan. Sejak kejadian yang lalu, hubungan mereka semakin rapat. Seperti abang dan adik. " Firhan, kat mana?"

    " Rumah, tengah mereput dengan adik aku ni hah."

    " Emier, I boring lah!"

    Emier tergelak kecil apabila suara lelaki sotong itu kedengaran. " Ye, ye. AKu pun. Jom lepak?"

    " Mana?" Serentak, dua beradik itu bersuara.

    " Makan?"

    " Baru makan tadi, Adam masak." Jawab Firhan.

    " Wayang?" 

    " Movie sekarang tak best lah! So boring!" Ujar Farhan pula.

    " Ka-..." Belum sempat Emier menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja ada panggilan masuk melalui telefonnya. " Weyh, Emy call."

    " Angkat jelah."

    " Okay, okay jap. Jangan letak tau!" Dengan kadar segera, panggilan Emy diangkat Emier. " Yes?"

    " Buat apa?" Soalan Emy tiba-tiba saja membuatkan Emier terasa berdegup laju di dadanya. Suara perempuan itu seolah-olah telah menjadi sesuatu yang amat dinantikan sejak mereka mulai rapat pada malam prom night hari itu. Dia sendiri pun tidak tahu apa sebabnya. 

    " Tak-tak ada apa..." Jawab Emier gabra. " Duduk je, tak buat apa."

    " Ohh..." Emy diam seketika di hujung talian. " Kalau macam tu... Keluar jom?"

    " Mana?"

    " Makan?'

    " Boleh jugak." Jawab Emier. " Lepas tu?"

    " Wayang?" Cadang Emy lagi.

    " Nice. Kalau macam tu aku ajak Firhan dengan Far-"

    " Kita dua je... Boleh?"

    Emier terdiam seketika. Sungguh, dia langsung tidak menyangkakan soalan ini yang bakal keluar dari mulut Emy. Selama ni, dia mahu saja apabila diajak lepak bersama dua kembar itu. " Erm... Okay, sure."

    " Okay then! Kalau macam tu, meet you later!" 

    Talian lantas dimatikan. Emier yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga hanya mampu mengikut rentak gadis itu. " Apa kena dengan dia ni?" Ujarnya perlahan.

    " Oii! Dah ke belum?"

    " Hah, dah dah. Sorry, lambat."

    " Emy nak apa?"

    Soalan Firhan membuatkan Emier terdiam lagi. " Err... Dia ajak aku keluar."

    " Hah! Thats good!" Jerit Farhan gembira. Akhirnya tidak perlu lagi dia mereput di rumah ini bersama abangnya. " Jadi kita boleh lah shopping! I na-"

     " Tapi dia ajak aku sorang je."

    Sekali lagi, suasana sepi menyelubungi mereka bertiga. Lebih-lebih lagi Firhan. " Ohh. Okay, bye then."

    Dan sekali lagi, talian Emier dimatikan begitu saja. Terpinga-pinga lagilah budak ni dibuatnya. " Apahal dengan semua orang ni?" Bisiknya perlahan.

    Tiba-tiba, telefonnya berdering kecil. Menandakan ada pesanan yang masuk. Dia kembali meneliti skrin telefonnya. 

     " I hope we gonna have fun today!"

    Pesanan ringkas dari Emier membuatkan dia bertambah hairan. Sebelum ini, gadis itu langsung tidak mahu bertatap matanya denganya tapi kali ini, berani pula Emy mengajaknya keluar. Berdua pula tu.

    " Dia suka dekat aku ke?" Tiba-tiba saja, otaknya mendapat idea bodoh. Mengkonklusikan bahawa kawan baik kepada Puteri Hitler yang tidak kurang cantiknya itu suka padanya sememangnya tak masuk akal. " Tapi tak mungkin lah... Dia dulu mana suka sangat dekat aku..." Monolognya sendirian lagi. 

    " Tapi... Kalau betul macam mana?" Sekali lagi, konklusi gilanya mula menguasai diri.


Epilog : Emier
Tamat

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now