Bab 7

7.9K 782 91
                                    

" Tulah kau, Dam. Sibuk sangat nak jaga tepi kain orang. Kau tengok sekarang apa jadi? Kain kau juga yang basah." Monolognya sendirian sambil tangannya memerah kuat kemeja putih dan suit hitam unggunya. " Ni komfem Emier tengah cari aku."

Nasib baik saja ada pondok kecil yang berada berhampirannya. Jika tidak, dia terpaksa memikirkan alasan mengapa dia pulang ke parti dengan keadaan basah begitu.

Sambil-sambil menunggu pakaiannya kering, dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di pondok tersebut dengan menyandarkan badannya ke salah sebuah tiang di situ. Matanya kini memerhati kawasan sekeliling. " Besar juga rumah Puteri Hitler ni."

Kini, langit gelap ditatap lama. bulan pada malam itu mengambang penuh. Diserikan lagi dengan kerlipan bintang di malam hari yang menghiasi langit, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, sungguh Adam katakan, inilah malam yang paling tenang jika tiada lagi gangguan yang berlaku.

" Aman nya..."

" Oii!"

" Mak!" Tangan ke atas, kakinya terangkat. Wajahnya tidak perlu digambarkan lagi, persis seperti Jumbol apabila dikejutkan Adam dari belakang. " Kau ni apahal?!"

Rianna mengangkat sebelah keningnya sambil tersengih tanda perli. " Apasal over sangat ni?"

" Ehh tolong lah, aku tak over kalau kau tak buat aku terkejut!" Sekali lagi, Adam memaksa dirinya untuk meninggikan suara di hadapan gadis. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah pun meninggikan suaranya di depan mana-mana perempuan. Memandangkan dirinya tidak mempunyai ibu ataupun pernah dirapati oleh mana-mana pelajar perempuan dek kerana penampilan comotnya di kolej.
Kini posisinya bukan lagi duduk, malah sedang berdiri, betul-betul dihadapan Rianna. Dan jarak antara mereka, tidak perlu dikatakan lagi. Sememangnya dekat dek kerana masing-masing geram dengan perangai masing-masing.

" Kau ingat kau tu sia..." Ayat Rianna tiba-tiba saja tergantung. Matanya yang tadi terbeliak kerana geram kini laju dialihkan agar tidak lagi memandang Adam.

" Hah, apasal diam? Jeritlah lagi! Marah lah la..." Satu tundingan ditujukkan oleh Rianna. Adam terdiam seketika. Perlahan-lahan, dia meneliti ke arah tundingan yang ditunjuk oleh gadis itu. ' S-sorry...'

Kini, jarak antara mereka mula jauh. Adam baru sedar bawaha dirinya kini hanya berselur panjang dan tidak berbaju. ' Patutlah dia diam. Tak reti malu punya Adam.' Bisik hayi Adam sendirian, mengutuk dirinya sendiri.

" Ke-kenapa kau masuk ca-campur urusan aku tadi?" Walaupun percakapannya masih tidak nerapa lancar, namun Rianna tetap memberanikan dirinya untuk menyoal.

Adam yang tadi turut tunduk kerana malu kini menarik nafas panjang. " Aku kesian tengok lelaki tu. Dia nampak macam betul-betul sayangkan kau."

Rianna kembali diam. Dia benci mahu akui ini namun ada betulnya juga kata Adam. Tetapi apabila ego sudah menguasai diri, cakaplah apa pun, semuanya tidak berguna lagi. " Tapi semua tu bukannya salah aku sepenuhnya. Dia yang terlalu mendesak!"

" Tapi dia pun manusia juga. Ada hati, ada perasaan."

" Habis tu aku?! Aku pun ada hati, ada perasaan. Jadi dia, mak ayah dia even ayah aku sekali pun tak ada hak nak tentukan apa yang aku nak dalam hidup aku!" Hati Rianna bergelora, bukan kerana dek wajah kacak lelaki yang dikenali sebagai Syazrin ini, tetapi kerana kemarahan dan ketidakpuasan hatinya yang melampau. " Aku berhak nak tolak siapa je yang aku rasa tak sesuai untuk aku."

" Jadi kau rasa kau tu bagus sangat lah?"

Sentap. Itu yang dirasai oleh Rianna kini. Ringkas tapi penuh dekat makna yang mendalam. Seolah-olah ada sesuatu yang menusuk tepat ke jantungnya.

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now