Bab 43

5.3K 479 24
                                    


     " Cough, cough..."

    " Mama..." Mata Adam kini memandang mamanya dengan pandangan sayu. Sudah hampir seminggu Laila berkeadaan begini. Namun apabila diyakinkannya untuk berjumpa dotor, dia enggan. " Sampai bila mama nak macam ni?"

   Laila hanya mampu tersenyum. Dia tidak dapat berkata apa-apa apabila anak sulungnya itu menunjukkan rasa risau dan syaang terhadap dirinya. Dia terasa seperti arwah Syazwan kini bersama dengannya. " Adam sebijik macam babah..."

    Tanpa amaran, tubuh Adam dipeluk erat. Tidak lama kemudian, dia dapat meraskaan bahawa ibunya menitiskan air mata di bajunya. " Mama rindu babah sangat-sangat..."

    Tanpa menahan perasaannya, Adam lantas memeluk ibunya. Tidak mengalirkan air mata tapi hanya Allah saja yang tahu betapa kuatnya hatinya sedang menangis kini. Dia tidak boleh menunjukkan air matanya, emmandangkan itu hanya akan membuatkan Laila menjadi semakin lemah. " Adam pun rindu babah..."

    " Kok kok kok!" Dlaam kesedihan yang dialami mereka, datangnya Jumbol dengan lagat lucunya. Laila merekahkan sedikit senyuman di bibirnya. 

    " Macam manalah agaknya Jumbol jumpa dengan Babah?"

    " Uncle Sham kata, dia jumpa dengan babah masa diorang pergi trip dengan Thailand." Jawab Laila. " Katanya masa tu, Jumbol nak dimasukkan dalam pertandingan laga ayam."

    " Seriously?!"

    " Tapi masa lawan Jumbol tidur."

    " Pap!" Lantas Adam menepuk dahinya. Jumbol sememangnya Jumbol. Dari dulu hingga kini, dia hanya akan buat benda yang dia rasa mahu buat. 

    " And then babah amik dia. Babah kata, dia pandai." Tambah Laila lagi sambil mengusap kepala ayam jantan yang sedang membesar itu.

    Adam hanya mampu mengangkat kening sebelahnya. Mencari tang mana yang dikatakan pandai panda Jumbol. " Kalau dia pandai, mesti dia dapat tolong Adam bila Adam susah nanti kan?"

    Laila hanya mampu mengangkat bahu. Mungkin ye, mungkin tidak. Sekali lagi dia memadnag Jumbol, mula terbit rasa rindunya terhadap arwah. " Mama rindu babah..."

    Adam yang sekali lagi mendengar keluhan mamanya itu mula berasa sedikit risau. Bukan selalu Laila menyebut prihal Syazwan. Namun sejak kebelakangan ini, dia kerap menyebut-nyebut nama arwah. Malah dia kini tidak tidur sebilik lagi bersama Basir. Dia kini tidur sebilik dengan anaknya. " Mama..."

    Kini, jiwa Adam kacau. Dia baru saja berusia 15 tahun namun banyak prkara yang harus dia lalui. Dia kusut. Mujur saja ibunya masih bersamanya. Jika tidak, dia tidak tahu pada siapa lagi harus dia bergantung.

*****

     Adam membetulkan tali lehernya. Rambutnya yang rapi dipandang lama. Terasa bagaikan tidak kena. Sikat yang selalu digunakannya diletakkan ketepi. " Budak sekarang, sikat rambut pakai tangan kan?"

    Setelah melihat gaya Emier menyikat rambut dengan hanya menggunakan tangan dan gel, dia cuba untuk meniru gaya rakan baiknya itu.

    " Dam, cepatlah dah lam- Bahahahaahaha!"

    Adam mencebik tanda geram. Matanya kini tertumpu pada cermin dengan wajahnya yang menggambarkan bahawa dia kini sedang sakit hati melihat keadaan dirinya sendiri. " Kenapa aku buat tak jadi, kau buat jadi?"

    " Yang kau tiba-tiba nak ubah imej ni apahal?" 

    Soalan Emier mebuatkan Adam berfikir seketika. " Mungkin sebab sekarang kita dah form 4?"

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now