Bab 18

6.2K 575 24
                                    


Masing-masing mula mendiamkan diri. Tumpuan difokuskan sepenuhnya pada susunan blok kayu dihadapan mereka.

Jelingan mata saling berbalas. Debaran semakin terasa. Peluh jantan mula membasahi badan setiap orang yang berada di situ. Haiwan juga tidak terkecuali.

Kini, sudah tiba giliran Rianna. Tangannya diregang-regangkan. Manakala telapaknya pula mengelap peluh yang mengalir didahi. Jantungnya berdebar bagaikan hendak tercabut apabila semua mata kini tertumpu ke arahnya.

" Jatuh, jatuh, jatuh!" Bisikan demi bisikan kini jelas kedengaran. Rianna mula dihimpit rasa cemas. Tangannya semakin dekat untuk mencapai sebuah blok kayu dari blok yang tersusun tinggi itu.

Perlahan-lahan, blok dikeluarkan secara berhati-hati. Terbit sebuah senyuman bangga apabila blok berjaya dikeluarkannya. Namun kini, debaran kembali lagi, dapatkah Rianna meletakkan blok itu kembali diatas tanpa menjatuhkan sususan bertingkat tersebut?

Semakin lama, dia semakin menghampiri kejayaan. Rianna sekali lagi tersenyum. Dia yakin, dia akan berjaya kali ini. " Aku mesti berjaya ka..."

" Kok kok kok!"

" Mak!"

" Dhump!"

Jatuh. Musnah. Berderai.

Rianna hanya mampu menatap kosong blok-blok yang jatuh meruntuh bagaikan hatinya kini. Dengan hati yang geram, segera Rianna menoleh mamandang Jumbol. " Kau ni kan...!"

" Op op op! Stop!" Serentak Emier dan Adam membuka langkah. Emier memeluk Jumbol manakala Adam berdiri di hadapan, sebagai pertahanan.

" Kau ke tepi! Aaym ni memang dari tadi tak puas hati dengan aku!"

" Seriously, princess?! Takkan lah dengan ayam pun kau nak cari gaduh?" Kini Adam mula bersuara. " Macam budak-budak je. Dia yang kalah, nak salahkan orang lain pulak!"

" Dah tu, ayam kau yang cari pasal!" Baru saja tadi mereka berdamai dari pertengkaran sebentar tadi, kini timbul pula pertengkaran yang baru. Ianya mengambil masa yang agak lama bagi Emy sendiri untuk menghentikan mereka.

" Dah lah tu korang. Tak penat ke gasuh dari tadi?" Kini Emy sekali lagi membuka suara. Niatnya hanya hendak menghentikan pergaduhan ini. Dia tidak sanggup lagi membiarkan telinga ditadah, mendengar jeritan bingit mereka semua.

" Ahhh! Kau dia..."

" Apa bising-bising ni?!" Mereka semua tersentak kecil. Sekali lagi pertengkaran mereka di celah oleh seseorang. Seseorang yang baru saja tiba dan kini berada di muka pintu. Berwajah bengis, berbadan boroi. " Apahal ramai sangat orang dalam rumah ni?!"

" Abah." Serentak, Firhan dan Farhan bangun dari duduknya. Memandang wajah abahnya yang terkenal dengan kegarangan, ketegasan dan juga kenyanyokannya.

" Faizul, Faizal! Kenapa ramai sangat orang ni?!"

" Pfftt!" Serentak yang lain hanya mampu menekup mulut, manahan tawa yang hampir saja terburai. Nampaknya sifat nyanyok nama yang dialamai Basir bukan khabar angin semata-mata.

" Firhan dengan Farhan lah..." Sekali lagi mereka berpadu suara merengus kecil. Kini mereka lebih faham apa yang dirasai oleh Adam. " Ermm, they all ni..."

" Kawan kitaorang!" Celah Firhan laju. Jika dia benarkan Farhan yang bercakap, entah apa saja si sotong ni bakal bagitahu ayah mereka. " Fir yang ajak diorang."

" Hmm..." Mata Basir mula meninjau keadaan. Seorang demi seorang dipandangnya. Sehinggalah matanya tertacap memandang dua orang diantara mereka dengan mata yang terbeliak. " Di-diorang ni..."

Rianna mengangkat sebelah keningnya. Dia terasa tidak senang aoabila Basir melihatnya dengan mata yanh sebegitu. " Kenapa pandang I macam tu?"

" Ermm, sorry uncle kalau kitaorng ni memganggu." Emier pula seperti biasa. Tersenyum manis sentiasa diwajah walaupun ianya sekadar topeng semata-mata. Jika diikutkan hati, mahu saja dia menghenyak orang tua yang sudah banyak memyusahkan Adam ini.

" Ta-tak! Tak menyusahkan pun! Du-duduk lah, main lagi tak apa!" Dengar saja kedua-dua mereka yang asalnya dari keluarga ternama itu berbicara, Basir mula menggelabah. Dia mula kalut. " Uncle tak kesah pun. Enjoy!"

Tanpa berlengah, dia segera berlari menaiki anak tangga, meninggalkan mereka semua terpinga-pinga di bawah. " Dah kenapa bapak kau tu?" Soal Rianna dengan nada Puteri Hitlernya.

" Entah dia." Selamba saja Firhan membalas. Namun di hatinya terasa hairan. ' Kenapa aku nak kene cover untuk Adam?'

Emier yang tadi hanya tersenyum mula berfikir sesuatu. Kata-kata Tan Sri Hisham tempoh hari kembali bermain di fikiran. " Kenapa dia nampak gabra?" Bisiknya perlahan.

*****

Pintu biliknya ditutup perlahan lalu dikunci laju. Tercungap-cungap dia cuba untuk mengambil nafas. Dadanya berdegup kencang. Tidak pernah dia merasa seperti ini sebelum ini. Melainkan pada masa dia bertemu 'mereka' dahulu. 17 tahun dahulu, apabila dia masih lagi sekadar orang biasa yang tidak dikenali dan dilayan seperti sampah.

Namun, dia tidak sangka perasaan itu akan datang kembali. Disaat matanya memandang Emier dan Rianna, dia dapat merasai kembali aura kuat dari mereka. Aura dimana Basir sering kali terasa lemah lutut apabila bertemu dengan mereka. Aura dimana hanya orang-orang yang berpengaruh tinggi ada.

" Seperti yang aku jangka. Anak bapak pun sama!" Getus Basir perlahan. " Muka diorang... Saling tak tumpah!"

Kini, lacinya dibuka lalu sekeping gambar dikeluarkan. Empat orang yang sedang berpegangan tangan, tersenyum dengan riang. Namun diantara mereka, terdapat dua orang yang sudah ditanda pangkah pada wajah. Lihat saja tanda tersebut, Basir tersenyum kecil.

" Dua orang je lagi. Selesai je dua orang tu, aku akan hidup aman!" Basir tergelak kecil. Suaranya diperlahankan agar tidak didengar oleh sekumpulan manusia yang berada di bawah. " Dan budak tu takkan tahu apa sebenarnya yang terjadi sebelum mak ayah dia meninggal!"

*****

Ghazali tersentak kecil. Hatinya tiba-tiba saja berasa tidak sedap. Dia beristhigfar panjang. " Ya Allah, kenapa dengan aku ni?"

Sedang dia bermonolog sendirian, Liana, isteri kesayangan Ghazali menjengah di muka pintu dengan senyuman di wajahnya. " Abang? Jom turun bawah, minum dengan Lia."

Demi menyenangkan hati isterinya, Ghazali terpaksa mengukir senyuman. " Ye, kejap lagi abang datang."

" Abang okay?"

Ghazali hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum. Namun di dalam hati, dia hanya mampu berdoa. Berdoa agar keluarganya, anaknya dan juga Adam yang sudah dianggap seperti anak sendiri selamat dari apa jua malapetaka yang mendatang. " Aku akan jaga anak kau Syaz. Aku janji." Bisik hatinya.

Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Sebelum apa-apa jadi, dia harus mencari lelaki itu. Lelaki yang turut berjanji akan menjaga Adam bersama dengannya. Lelaki yang kini hilang tanpa jejak, yang sehingga kini tanpa khabar berita.

End of Bab 18...

P/s :
Thats the end of bab 18 and i know its agak mengelirukan and mungkin korang memang tak faham langsung pasal bab ni. But, its okay. Bab 19 and ahead will be quite long and soon you'll know what actually yang terjadi antara mereka semua. So stay tune and thanks a lot for reading!!


Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now