Bab 35

5.5K 496 5
                                    

     Hisham merenung betul-betul hadiah yang hendak dibagi oleh Syazwan kepada anaknya. " Dia ni betul-betul ke nak bagi benda alah ni dekat anak dia?"

    " Dengar dari Laila, Adam menurun hobi ayah dia." Celah Ghazali yang kini sedang menuangkan teh ke dalam cawah buat Hisham. " Memang sah anak bapak kan?"

    " Aku serious tak dapat bayangkan macam mana Adam tu dah besar nanti. Syazwan pun aku tak dapat nak handle, inikan pula kalau ada dua orang yang kelakuan macam dia. Erghh! Tolonglah!"

    Ghazali hanya mampu ketawa. Nampaknya memang benarlah bahawa Hisham sememangnya tidak gemar dengan kelakuan Syazrin yang amat sukar untuk dijangka. Namun begitu, dia juga tidak menafikan bahawa Hisham benar-benar sayangkan Syazwan sebagai sahabat karibnya. " Misal kata kalau Syazwan dah tak ada..."

    " Kenapa kau cakap macam tu?!"

    " Dengar dulu... aku kata misal je..." Ujar Ghazali sambil menyambung kembali bicaranya yang tadi tergantung. " Misal katanya kalau Syazwan tak ada... Macam mana nasib Laila dengan Adam agaknya?"

    " Aku tak tau and I don't wanna think or imagine about it!" Kini, suara Hisham semakin meninggi. Dia tidak suka apabila soal tentang mati dibangkit tiba-tiba. Terutama sekali apabila dia kini sedang menjamah sarapan paginya di rumah Ghazali. " Kau pun tahu kan Laila tu sayang mati dekat Syazwan. Adam pun sama. Dia kalau sehari tak jumpa ayah dia, dah macam boleh meroyan je aku tengok!"

    ' Relax lah, aku cuma..."

    " Macam mana aku nak relax?! Kau tau tak semua 'misal kata' kau tu kadang-kadang jadi kenyataan?!"

    Ghazali tersentap seketika. mungkin benar kata Hisham. namun dia harus memperbetulkan sedikit ayat kawannya itu. Bukan apa yang dia kata bakal jadi kenyataan, namun apa yang bakal jadi adalah apa yang dia katakan. Technically, dia bukanlah seorang yang bermulut masin. " In shaa Allah, tak ada apa yang akan jadi."

    " Aku pun harap macam tu..." Bisik Hisham perlahan sambil mengongkat dagunya sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap. " Hari ni kan? Flight Syazwan?"

    Ghazali hanya mengangguk kecil membalas soalan Hisham. kini, tempat duduk di sebelah lelaki itu diambil. " Tapi sebelum tu dia ada suruh kau jumpa dia dekat office kan?"

    " Ha ah."

    " For what?"

    Selamba saja Hisham mengangkat bahu sambil menguyah roti masuk ke dalam mulutnya. " Dunno? Introduce me to someone yang akan tolong aku sepanjang dia dekat NY, tak silap."

    Dengar saja jawapan Hisham, secara automatik kening sebelah Ghazali terangkat. " Someone?" Bisiknya perlahan.

*****

    " Nama dia Basir. And he will help you out with anything."

    Usai pengenalan dari Syazwan, lelaki yang kini berdiri di hadapan Hisham yang bernama Basir itu tersenyum malu. " Se-selamat berkena-"

    " I don't need your name." Selamba, Hisham mencelah kata-kata Basir. wajahnya garang seperti selalu. memang seperti yang dijangka dari bekas ketua gangster yang dahulunya amat ditakuti ramai. " Can you keep up with my working pace?"

    " H-hah?"

    " Hahah, maafkan dia ni ye, Basir. Dia ni memang macam ni. Sekali pandang macam pemalas, tapi bila dia bekerja, dia lah orang saya paling boleh harapkan." Jelas Syazwan sambil senyuman manisnya terukir di bibir. 

   Basir yang hanya mendengar tiba-tiba menjadi malu dan segan. " Ta-tapi boleh ke saya tolong Tuan Hisham nanti?"

    " Kalau kau tak boleh tolong aku, aku sendiri yang akan pecat kau. Lagipun kau tolong aku dekat sini bukannya lama pun. Sampai Syazwan balik je, faham?!"

    " Kau pun jangan lah kasar sangat dengan dia."

    " Heh." Hisham tersengih kecil. matanya memandnag Basir dari atas ke bawah. " Harap badan je besar tapi penakut. Lagi satu, kenapa kau suruh dia ni yang tolong aku?"

    " Kau pun tahu kan, dia ni pun dah banyak tolong kita dapatkan project. So, tak salah kan?"

    Hanya cebikan kecil yang mampu Hisham balas tatkala dia sendiri mendengar penjelasan dari Syazwan. " Kalau itu yang kau cakap, aku ikutkan je."

    Syazwan menghela nafas lega. namun hatinya masih diulit rasa risau. dia bukannya tidak kenal dengan Hisham. bukannya senang untuk lelaki ini berkerjasama dengan orang lain. ambil masa satu tahun juga bagi dia untuk rapat dengan Hisham, dan yang pasti, banyak telah mereka tempuhi bersama semasa mereka mula berkenalan. 

    " I hope everyhthing will be okay..." Bisiknya hatinya sambil wajahnya mengukir senyuman.

    " By the way, ma-" Bicara Hisham tergantung tatkala matanya masih dapat melihat kelibat Basir di dalam bilik pejabat Syazwan. Dalam diam, Hisham mencebik kecil. " Kau keluar kejap boleh? I wanna say something private yang langusng tak ada kene mengena dengan kau."

    Tersentak kecil apabila mendengar ayat Hisham, Basir segera mengangkat kaki keluar dari pejabat tersebut. Tutup saja pintu pejabat, Basir mengetap giginya kuat. " Kau tengoklah nanti!" Bisiknya perlahan.

    Hilang saja kelibat lelaki gemuk itu dari pandangan mata, Hisham mengeluh kecil. " I can't stand him... Aku takkan tahan lama dengan dia. So make sure, kau balik cepat."

    Keluhan Hisham sedikit sebanyak membuatkan Syazwan tersenyum sinis. Perlahan-lahan, dia melangkah mendekati Hisham. sampai saja betul-betul di hadapan jejaka ganas tapi kacak itu, dia menundukkan wajahnya agar tinggi mereka sama dengan Hisham yang sedang duduk bersandar sambil menyilang kaki di sofa. " So, kau cuba nak cakap yang kau tak boleh hidup tanpa aku..."

    " Kau merepek apa ni?! Belah lah kau!"

    Serentak dengan itu, Syazwan kembali menegakkan badannya sambil tergelak besar. " Aku tak habis cakap lagi lah, gila! Aku nak cakap yang kau tak boleh hidup tanpa aku dalam syarikat ni kan?!"

    Dengar saja penjelasan Syazwan, wajah Hisham serta merta berubah merah. Apa yang sedang dia fikirkan, Syazwan sendiri tidak tahu.

    Inilah dia Syazwan yang dia kenal. Lama dia mengenali lelaki kacak yang disangkakan sebagai lelaki budiman ini, namun siapa sangka dia sebenarnya lelaki sadis yangs sangat suka mempermaikan orang dan tidak akan kalah dengan debat. memandangkan debat mulut adalah kepakarannya.

    " Just make sure kau balik cepat! Kalau tak, aku amik alih syarikat ni sorang-sorang!"

    " Hahaha, kau merepek apa ni? Kau yang dah sumbang banyak, melabur banyak. mestilah syarikat ni milik kau."

    " But I can't make this company without you... You help me alot tho..."

    Syazwan tersenyum lagi. kali ini bukan senyuman sinis, namun senyuman ikhlas. " Aku akan balik secepat mungkin. lagipun takkan aku tinggalkan orang yang aku sayang semua dekat sini. Laila, Adam, Emier, kau, Ghazali."

    Tiba-tiba hatinya terasa sebak. Tidak tahu mengapa, hatinya kini terasa berat hendak meninggalkan bumi Malaysia. Terasa seperti... dia tidak akan pulang ke sini lagi...

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now