Bab 26

5.7K 530 18
                                    


    " Nak pergi jumpa Amrish sekarang?"

    Adam menggeleng kepalanya laju. Kasutnha diikat ketat sebelum dia bangun dari duduknya. " Aku ingat nak pergi jumpa Rianna dulu lah."

    " Where?"

    Bahunya diangkat kecil. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak bertemu dengan Rianna. Mungkin gadis itu telah sampai ke kolej. Ataupun masih lagi sedang duduk melepak di ruang tamunya yang besar. Adam tidak tahu. Dia hanya mengangak. Acah mahu jadi seperti Farish, namun dia tak nak kehilangan ekspresi wajahnya. Mungkin Farish dapat kebolehan luar biasa itu dengan menjadikan ekspresi wajahnya sebagai bayaran. Manalah tau. Banyak sangat pengaruh anime ni.

    " Dah tu, kau nak jupa dia dekat mana?" Soal Emier lagi. Hatinya mula timbul rasa ragu-ragu. " Kenapa tiba-tiba nak pergi jumpa Rianna?"

    " Rindu." 

    Dengar saja jawapan dari Adam, tiba-tiba wajah Emier berubah merah. Sepatutnya Adam yang malu, ini dia pula yang terkena tempiasnya. " Ka-kau biar betul?!"

    Adam hanya mampu tersenyum sambil menampakkan giginya yang kemas tersusun. Tidak tahu mengapa, lama kelamaan dia mengenali Rianna, ada perasaan lain yang datang menyinggah dihatinya. Namun itu semua masih terlalu awal untuk disahkan. Yang dia tahu kini, dia amat rindukan gadis itu. " Nak ikut ke tak?"

    " Dah tu, kalau aku tak ikut siapa nak bawak kereta? Kau ada lesen?" Hanya sengihan saja yang mampu diukir leh Adam. Ada benar juga kata-kata Emier itu. " Dah lah, masuk cepat!"

    " Jumbol! Jaga rumah! Macam biasa, orang tak kenal masuk, get you job done!"

    " Kok kok!" Jumbol melompat sambil mengibas-ngibaskan kepaknya. Sekali lagi, tanggungjawab untuk menjaga rumah ini berada di paruh dan kakinya.

*****

    " Daddy nak tanya sikit boleh?"

    Rianna yang sedang asyik menghirul teh tarik kesukaannya hanya mengangguk kecil. " Apa dia, daddy?"

    Sebelum soalan ditanya, wajah anaknya diteliti terlebih dahulu. Setelah lama, baru dia membuka mulut. " Apa pendapat Rianna tentang Adam?"

    " Pfftt!"

    " Oiit! Ishh! Cet! Pengotor!" Tan Sri Hisham cepat-cepat mengibas-ngibas bajunya apabila sedikit daripada semburan air anaknya terkena pada baju. Lagaknya pada ketika itu benar-benar seperti budak. " Apa main sembur-sembur ni? Trend budak sekarang ke jawab soalan sembur-sembur?"

    " Salah daddy lah ni!" Rianna apa lagi, mood Hitler bangunlah apabila dicop pengotor walaupun oleh ayahnya sendiri. " Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?"

    " No lah, I just wanna ask you about Adam. Well, he is your friend right?"

    Sekali lagi, Rianna hanya mengangguk perlahan. Benar juga kata daddynya itu. Mungkin Tan Sri Hisham hanya mahu mengenali Adam dengan lebih dalam sahaja. " Well, he's a nice guy."

    " How nice?" Soal Tan Sri Hisham lagi.

    Rianna hanya mengangkat keningnya. "Well... Dia someone yang kita boleh harapkan. At least itu yang Riann anggap pasal dia. I mean, yeah he helped me alot untuk Riann jumpa dengan Syazrin."

    " And, dia cuma 'kawan' Riann je?"

    Kini, ragu-ragu yang tadinya pidar mulai menguasai hati dan pemikiran Rianna. " Daddy ni kenapa sebenarnya?"

    " Ermm...." Air kopi yang dipegangnya kini diletakkan kembali di atas piring di meja bulatnya. " I just wanna ask, Riann ada perasaan dekat Adam?"

    " Krik krik." Tiba-tiba, bunyi serangga itu berbunyi. Memang tepat dengan situasi kinj apabila Rianna yang kini telah kehilangan kata-kata hanya mampu memandang kosong wajah ayahnya.

    Tan Sri Hisham yang menunggu jawapan turut sama merenung dalam mata anaknya. " Kenapa diam?"

    " Bahahahahaha!!!"

    " Ya Allah! Apa kene lah dengan budak ni?"

    " Haha... da-daddy ni try nak buat lawak cliche ke? Ingat ketawa Riann tadi tu serious ke?"

    Kini, Tan Sri Hisham pula yang berasa hairan. Tadi dia gelak, sekarang anaknya serius pula. Dia semakin tidak faham dengan perangai anak muda zaman sekarang. Banyak sangat dolak dalihnya. ' Mungkin aku dah semakin tua..." Bisik Tan Sri Hisham di dalam hatinya.

    " Daddy, for me, Adam is okay as a FRIEND. But kalau as a boyfriend or suami, pfftt. Daddy rasa Riann boleh makan nasi ke kalau kawin dengan dia? Tolonglah, rasanya nak makan ikan kembong seminggu sekali pun susah!" Balas Rianna. Dia cuba menahan dirinya dari ketawa. Namun jauh disudut hatinya, terselit sedikit rasa serba salah dan tidak jujur dengan diri sendiri.

    Adam bukanlah seteruk yang disangka. Memandangkan lelaki itu rajin dan baik, pasti dia mampu menanggung isterinya nanti. Dan tipu jugalah kalau sekali pun Rianna tidak pernah rasa debaran dihatinya apabila bersama Adam. Namun, semua itu tidak disebut kerana egonya yang tinggi melangit. Mungkin benar kata Adam. Mungkin Hitler adalah moyang Rianna yang dia sendiri tidak ketahui.

    " Riann tahu kan kalau Adam dengar semua ni, mesti kecil hati dia?"

    " Haha, relax lah daddy! Kalau dia dengar pun apa salahnya? Riann cakap benda betul. Kalau setakat Adam tu, heh Riann boleh dapat yabg seribu kali ganda lebih baik dari dia tu!"

    Zap!

    Hatinya bagai di tusuk pedang. Ditusuk sembilu. Ditusuk dengan apa saja alat yang tajam sehinggakan hatinya kini terasa bagaikan sudah berkecai. Adam kini hanya mampu menggengam kuat tanganya.

    Dia benar-benar tidak sangka akan semua ini. Tidak sangka bahawa begitu rupanya dirinya pada pandangan mata Rianna, gadis yang disukainya dalam senyap. Gadis yang dipuja dalam diam. Niatnya kini untuk menyerahkan hadiah yang sudah lama dia hendak berikan kepada gadis itu. Namun tidak sangka, dia pula yang mendapat kejutan.

    Dalam diam, Adam terus berlalu pergi dari situ. Kini dia telah tahu isi hati Rianna, tidak ada apa perasaan lagi yang perlu dia simpan buat gadis itu. " Of course I'm not worth it for a princess." Bisiknya dalam kepiluan. "

    Emier yang dari tadi hanya menunggu di dalam kereta kini mula kelihatan bayangan kawannya itu. " Yo, mate! So ho..."

    " Jom blah dari sini!"

    Pintu kereta dihempas kuat. Emier yang selalunya tenang kini benar-benar terkejut. " Dam?"

    Adam yang dikuasai kemarahan kini perlahan-lahan manarik nafas panjang. Dia tidak mahu melepaskan geramnya terhadap rakan baiknya dunia akhirat itu. " Please, Mier."

    Dengar saja rayuan Adam, Emier hanya akur. Dia tidak mahu memarakkan lagi kemarahan Adam. Dia pasti, pasti kawannya itu akan beritahunya apa yang terjadi. Mungkin... bukan sekarang.

End of Bab 26...

So guys, this is it. This story is about to end but I'll make sure to make it as good and as long as possible. Not so long lah hahaha. So, please stay tune cuz im gonna update maybe satu bab sehari from now. I'm quite excited actually since semenjak dua menjak ni banyak yang comment and bagi kata-kata yang sangat memberangsangkan. Thank you so much for all of the support and I hope saya boleh puaskan korang semua. Thanks you so much and stay tune for the next chapter!

    

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiDove le storie prendono vita. Scoprilo ora