" Nasib baik sempat!" Adam menarik nafas lega. Nampak gayanya keluarga tirinya masih belum pulang. Dengan kesempatan yang ada, dia segera mencomotkan kembali dirinya yang sebentar tadi segak dan bergaya. Bukan apa, takut terkantoi pula nanti.
Bukannya dia tidak sedar bahawa dia dan Emier merupakan tumpuan utama di majlis itu tadi. Rasanya sudah overshadow tuan rumah.Selesai saja dia menukar pakaian, tepat pada waktu juga Basir dan anak-anaknya pulang. " Fuhh, best betul tadi." Ujar Firhan sambil mengurut-ngurut ototnya yang menimbul.
" I know right? I pun rasa macam best je, macam syok je party tadi.' Tambah adiknya Farhan dengan nada yang sememangnya gedik.
Basir hanya mampu menggeleng perlahan. Dia tidak sangka anak yamg ditatang bagai minyak yang penuh dulu berubah menjadi Si Batu dan Si Sotong. " Dah dah lah tu, jom kita masuk. Dah malam sangat dah ni."
Buka saja pintu, wajah Adam kelihatan sambil senyuman terhias di bibirnya. " Selamat pulang, boss!"
Serentak, tiga beranak tersebut mengangkat kening. " Eww, you ni dah kenapa? Semangat semacam jer."
" Heh, berhari-hari tak makan, mentel breakdown lah tu! Hey kau tahu tak, ayam goreng tadi perghhh, out of this world lah weyh!"
Selalunya api kemarahan Adam akan membara apabila dirinya diprovok dengan makanan, tetapi kali ini, dirinya sedikit pun tidak terkesan. ' Heh, aku siap tengok drama lagi sambil makan ayam goreng tu tadi.' Bisik hatinya.
" Ainul, pergi ambil barang dekat bonet keteta. Aku ada beli barang sikit tadi. Bawak masuk elok-elok!"
" Baik boss!" Tanpa berlengah lagi, Adam melaksanakan tugasan yang diarah. Sungguh cekap dan efisyen dia membuat kerja pada malam ini.
Ini sekali lagi menimbulkan syak wasangka di dalam hati Basir. ' Nama kau Ainul ke Adam?"
" Mana-mana pun boleh, boss. Bantai je nama apa pun, aku tak kesah."
Basir membuat muka jijik. Tiba-tiba dia inginkan kembali Adam yang kuat memberontak dan melawan dulu. " Kesian kau ni. Dah, lepas ni pergi makan. Masak apa yang kau nak. Kau gila nanti aku yang susah!"
" Ehh, tak apa, tak apa! Tak makan lagi tiga hari pun aku sanggup, boss!"
" Eh eh budak ni. Aku bagi makan tak nak pulak dia. Sudahlah, aku tak kuasa nak melayan kau lagi. Aku nak tidur."
Seketika kemudian, kelibat Basir dan anak-anaknya hilang dari pandangan namun tidak bagi senyuman Adam. " Haish, kenyang betul aku malam ni."
" Kok kok kokkk!"
" Ehh, Bol." Adam menyangkung agar dirinya dapat membelai kepala Adam. " Jangan risau. Lepas ni aku janji, aku dah tak makan kawan kau lagi. Aku menyesal."
" Kok kok." Jumbol menyengetkan sedikit kepalanya, seolah-olah tidak faham apa yang dimaksudkan dengan memakan kawan-kawannya.
" Aku hampir hilang nyawa sebab kaum kerabat kau tadi. Aku janji a..." Belum sempat ayatnya dihabiskan, telefon bimbit Adam yang berjaya hidup setelah tenggelam ke dalam kolam sebentar tadi berdering. " Hello?"
" Yo, mate. So how? Sempat sampai rumah?" Suara riang Emier kedengaran di hujung talian.
Dengar saja suara Emier, Adam lantas mengangkat Jumbol lalu masuk ke dalam biliknya. Takut keluarga tirimya yang bersifat penyibuk itu terdengar perbualan mereka.
Pintu dikunci terlebih dahulu, lalu Jumbol diletakkan kebawah lantai. Dia membaringkan dahulu dirinya ke alas totonya sebelum menjawab pertanyaan Emier yang sudah hampir 10 minit tergantung. " Kau kat sana lagi tak?"
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah Lelaki
HumorCindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah berjadi menjadi teladan dari azali lagi dan masih kuat pengaruhnya sehingga ke hari ini. Namun, bagaima...