Bab 9

7.6K 699 70
                                    


" Abah, kitaorng pergi kolej dulu!" Pagi-pagi lagi, anak-anak Basir telahpun berangkat ke kolej. Katanya ada kerja hendak dilakukan bersama kawan. Entah betul, entah tidak.

Sementara Adam pula masih dirumah, namun tidak berapa setia menunggu Basir yang masih lagi terhegeh-hegeh hendak menghabiskan sarapannya. Walhal dia hanya makan sekeping roti bakar bersama secawan teh saja.

" Kau ni agak-agaknya bila boleh habis makan? Aku pun nak cepat juga ni." Rungut Adam. Kakinya digerak-gerakkan. Sekejap melompat kecil, sekejap bergerak ke kiri dan ke kanan. Sepertinya tidak dapat duduk diam.

" Berani kau mengarah aku, Adnan?!" Marah Basir pula. Baru saja dia hendak menghirup habis tehnya, dia terus menoleh memandang Adam. Makin lambatlah jadinya orang tua itu menghabiskan sarapannya. " Ni aku nak bagitahu benda."

" Tak nak dengar."

Basir membulatkan matanya.

" Yelah, yelah. Aku dengar."

" Aku nak ke outstation untuk seminggu. Jadi selama aku tak ada dekat rumah. Kau jaga rumah aku elok-elok, Adam." Pesan Basir sambil matanya tajam memandang Adam.

" Okay."

Lalu, beg bimbitnya dicapai. Tali lehernya dibetulkan sebelum dia menyarungkan kasut kulitnya. " Lepas tu jaga anak-anak aku sekali. Aku dengar apa-apa complain dari diorang, siap kau Amin!"

" Adam lah." Adam kembali mencebik. Baru saja sebentar tadi dia menyebut dengan betul namanya. " Ada apa-apa lagi nak pesan? Well, manalah tau kan. Ajal maut di tangan tuhan."

" Kau doa aku mati, Alim?!"

" Ehh, tak, tak! Mana ada! Tak elok cakap macam tu. Ish, ish, ish!" Adam tersenyum sinis. " By the way, nama aku Adam."

" Sudah lah, malas aku nak layan kau ni. Aku nak pergi kerja ni. Jaga rumah elok-elok, Airil!"

" Nama aku... Ergh! Lupakan lah!" Akhirnya dia mengalah. Kesuka-sukian hati orang tua Basir ini untuk menukar namanya semakin menjadi-jadi. Sehinggakan kadang-kadang Adam sendiri tertukar namanya sendiri gara-gara Basir. " Jumbol!"

Dengan sekali panggilan, Jumbol laju meluru ke arah Adam sambil kepaknya dikibas-kibas. Seolah-olah faham dan tidak sabar hendak menerima tugasan yang bakal tuannya berikan padanya.

" Kau jaga rumah elok-elok sampai aku balik kolej nanti. Kalau apa-apa jadi, siap! Aku goreng kau!"

*****

" Kau ni extream sangatlah, Dam! At least pergilah beli basikal baru." Sampai saja Adam dihadapannya, air kita susu starwberi yang dibelinya tadi dicampakkan ke arah Adam.

Sekali sambutan, air kotak tersebut berada di genggaman Adam. " Thanks." Penyedut dicucuk laju. " Mahallah basikal baru. Biar jelah aku jalan kaki." Dengan berapa sedutan saja air tersebut licin diteguknya. Adam menghembus nafas lega. " Aku ingat aku dah tak jumpa dah kolej ni."

Sejak kejadian dia dengan Puteri Hitler pada hari itu, Adam terpaksa berjalan kaki ke kolej. Kerana ini jugaklah Adam sering terlewat untuk hadir ke kelas paginya. Nasib baik saja ada Emier. Dapat juga dia mencatit sedikit sebanyak nota buatnya.

Emier tergelak kecil. Bukan niatnya untuk menggelakkan Adam, namun kepayahannya untuk datang ke kolej sesekali menjadi penghibur hatinya. " Aku boleh carikan basikal untuk kau kalau kau nak."

" Why do you need bicycle?" Perbualan mereka dicelah oleh pemilik suara yang Adam dan Emier sangat kenal. Serentak mereka menoleh memandang dua orang gadis yang kini berada di hadapan mereka.

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now