Bab 45

5.5K 568 60
                                    


    " Tempat apa ni?"

    Mata maisng-maisng mula meliar memandang kawasan sekeliling. Sesekali, Ghazali dan Tan Sri Hisham berpandangan sesama sendiri lalu maisng-maisng mengangkat bahu masing-masing.

    " Ini tempat rahsia Jumbol. Cuma Adam dengan arwah babah je yang tahu tempat ni." Jelas Adam sambil tangannya masih lagi menyentuh-nyentuh balutan luka di lehernya.

    Semuanya telah selesai. Basir telahpun dibawa pergi dengan ambulans serta polis dan akan dibicara dan disabitkan. Manakala anak kembar kepada penjenayah tersebut masih mendiamkan diri, lebih-lebih lagi si Firhan. Adam pula enggan ke hospital, bahkan dia mahu tahu dimana dokumen yang dicari oleh Basir ini berada sehinggalah Jumbol memberinya petunjuk seolah-olah untu mengekorinya.

    " Kalau kau tak larat, kau boleh re-..."

    " Tak nak." Jawab Adam ringkas sambil matanya mengerling emmandang Emier yang kini risau akan keadaan kawan baiknya itu. " Aku okay je."

    " If that the case, I think the document is in there." Celah Farish. Malang sungguh bagi jejaki kacak yang misteri itu apabila Emier menghalangnya untuk pulang. Memandangkan da mungkin dapat memberitahu tentang perkara yang mungkin saja hanya dia dapat tahu.

    Semua mata memandang ke arah tundingan jari Farish. Kelihatan terdapat sebuah kotak yang dalamnya dipenuhi kain-kain buruk.

    " Kenapa dokumen tu ada dekat tempat Jumbol?" Rasa hairan mula berlegar di hati masing-masing. Sungguh mereka tidak sangka bahawa arwah Syazwan bakal meninggalkan wasiatnya pada... seekor ayam.

    " Kok kok!" Langkah mereka mati tatkala Jumbol tiba-tiba saja terbang melompat ke dalam rumah kecilnya sambil menguis-nguis kain buruk yang nampaknya sedang menimbus sesuatu. 

    Perasaan curiga mula menyelubungi Adam. Perlahan-lahan, lelaki itu mengangkat Jumbol lalu kain-kain buruk yang berada di bawah tenggekan aya tersebut. " Yang ni..."

    " CD?" Serentak mereka semua berbicara, kecuali Farish yang benar-benar tidak berminat untuk mengetahui apa yang sedang terjadi kini. 

    " Kenapa ada CD? Mana dokumen?" Soalan Ghazali tidak dipedulikan oleh Farish walaupun dia tahu bahawa lelaki itu kini sedang memandangnya, meminta jawapan dan penjelasan. 

    Farish mengeluh kecil lalu membuang pandangannya ke tempat lain. Rasanya dia sudah banyak bercakap pada hari ini. " Bakar surat ni untuk selamatkan Adam."

    " Hah?"

    Sekali lagi, lelaki berwajah poker itu mengeluh kecil. Tak sangka mereka tidak faham dengan apa yang dia maksudkan. " It was written in that letter. I don't know who wrote it but dia kata bakar surat tu untuk selamatkan Adam." Jelas Farish sekali lagi.

    " Jadi maksudnya, surat tu..."

    " Cuma umpan?" Celah Farhan sambil menyambung bicara Firhan yang baru saja hendak bersuara. " But why?"

    " Heh, Syazwan tu bukan calang-calang orangnya. Dia mesti dapat agak benda ni semua akan jadi." Ujar Tan Sri Hisham sambil tersenyum kecil. " Jadi, mungkin dokumen yang Basir tu cari selama ni... ialah CD ni."

    " Adam..." Kini, Emier menoleh memandang raanya yang kini sedang bersila di hadapan rumah kotak kecil Jumbol. " You okay with this?"

    Adam hanya mengangguk kecil. Dia tidak dapat menafikan bahawa hatinya kini benar-benar dihantui rasa ragu. " I want to know the truth..."

    " Can I go home?" Celah Farish sekali lagi.

*****

     " Ehem hem!" Syazwan membetul-betulkan suaranya. Lensa cameranya dibetulkan agar wajahnya nampak sepenuhnya di skrin camera tersebut. " Dah on kan benda ni? Okay..."

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now