Bab 52

5.3K 474 5
                                    


     Emier tersengih kecil sambil memandang telefon pintarnya. " I bet muka uncle mesti terkejut beruk gila." Katanya sendirian sambil tergelak kecil. Dia tidak tahu bahawa lelaki itu sedang mengalamai kejutan yang amat teruk ketika ini.

    " Kau dah kenapa senyum sorang-sorang?" Soal Firhan samil mengangkat sebelah keningnya. Bantal sudah pun siap-siap berada di bawah kepalanya, hanya tinggal untuk tidur saja.

    " Entah dia! Ohh, is it your girlfriend?" Celah Firhan sambil tersenyum sinis. Selimut busuk kesayangannya juga sudah bersiap untu menghangatkan badan Farhan sewaktu tidurnya nanti. " You never tell yang you ada girlfriend?"

    Adam tergelak kecil. " Tak mungkinlah, dia mana pernah nak cri girlfriend selama ni." Dia juga sudah selesai membentangkan toto di ruang tamu. Habis kesemua meja dan sofa dialihkan ketepi.

    Malam ini merupakan boys overnight pertama dan yang terakhir bagi mereka. Emier overnight bersama Adam, itu perkara biasa. Namun ianya menjadi tidak biasa apabila kali ini, kedua-dua abang tiri Adam, Firhdan an Farhan turut serta. 

    " Sibuk ah korang ni!" Telefonnya lantas diletakkan ketepi. Nasib baik saja Adam tidak perasan. " Dah lah, tadi kata nak tidur sangat. Ni sibuk pasal aku ni dah kenapa?"

    " Ala, relax lah. Takkan ank tidur dah kot?" Balang coklat dikeluarkan oleh Adam dari sebuah sudut yang tidak dijangka oleh mereka yang lain. " Makan-makan dulu, lepak-lepak dulu."

    " Sejak bila kau letak chocolate celah almari tu?"

    " Sejak bapak kau tak bagi aku makan hari tu." Jawan Adam selamba.

    Sebut pasal Basir, Firhan dan Farhan terdiam seketika. Terutama sekai Firhan. " Apa agaknya, khabar ayah aku?"

    " Kau rindu dia?"

   Firhan hanya mampu tersenyum menjawab soalan Emier. Masakan dia tidak rindu akan ayahnya? Lain lah macam Adam, Basir hanya sekadar penjaga yang hanya diperlukan apabila ingin mengisi borang nama penjaga. Hanya sekadar ayah tiri yang tiada fungsinya. 

    " Cuba kalau time-time ni jangan nak bersedih boleh? Kau tengok Farhan ni, dah nak habis satu balang chocolate ni dia bantai."

    Usikan Adam membuatkan Farhan yang dari tadi tidak henti menyumbatkan coklat ke dalam mulut terdiam seketika. Terbeliak matanya memandang wajah Emier dan abangnya. " He he he..."

    " Tak guna kau, Farhan. Ahahaha!"

    " Tak padan dengan sotong lah kau ni!" Bahu Farhan ditepuk kuat oleh Firhan. Hampir tersedak dia dibuatnya apabila tangan konkrit itu hinggap di badannya.

    " Tangan raksasa! Jangan pukul aku lah oii!"

    Semua terdiam tatkala suara ganas dan garau itu keluar dari mulut Farhan. Firhan yang tanganya tadi berada di atas bahu adiknya kini trus diangkat ke langit. Dan akibat terkejut yang melampau, Jumbol yang baru saja hendak megibaskan sayapnya terhenti sekerat jalan.

    " Whoaa! Suara jantan dia dah keluar!!!" Serentak, terburai tawa mereka pada ketika itu Tak sangka pula mereka dapat melihat sifat kejantanan Farhan. Pertama kali dalam sejarah weyh!

    Sedang yang lain sibuk ketawa, Adam kini leka di dalam pemikirannya sendiri. Mungkin ini merupakan kali prtama dia berasa segembira ini sejak ketiadaan ibu bapanya. Mungkin juga, ini merupakan kali pertama dia berada betapa indahnya mempunyai keluarga, sekali lagi.

    Jumbol dan batal peluk dicapai lalu dipeluk kuat. " Kalau boleh, aku tak nak fly esok, Bol." 

    Ayam jantan itu seolah-olah mngerti bahawa Adam kini sedang mengadu nasib padanya. Perlahan-lahan juga, Jumbol menggeselkan kepalanya ke dada Adam, agar dirinya dipeluk kuat lagi oleh tuannya itu. " Kok kok..." Tidak lama kemudian, dia mula terlena.

    Kotak fikirannya kini mula mengulang tayang pelbagai kejadian yang pernah berlaku terhadap dirinya.

    Bagaimana dia kehilangan mak dan ayahnya. Bagaimana dia memulakan hidupnya sebagai anak yatim piatu yang pada ketika itu hanya memdapat sokongan moral dari Emier dan keluarga. Bagaimana hidupnya bermula sebagai seorang Cinderella. Dan, tentang bagaimana hidupnya juga menjadi seperti Cinderella, cuma dengan sedikit sentuhandan kelainan versinya sahaja.

    Dan yang paling manis, bagaimana dia mengenali prince charming dalam coretan hidupnya kini, Puteri Rianna Qalisa. Mengenali gadis itu mungkin merupakan pengalaman dan memori yang paling gembira dalam hidupnya. Bagi dirinya, lelaki berumur hampir 23 tahun yang baru pertama kali hendak mengenali apa itu cinta merasakan bahawa mencintai Puteri Hitler ini adalah suatu perkara yang pasti dia akan ceritakan pada anak cucu cicitnya nanti.

    Cuma, mungkin anak cucu nya itu bukan bersama Rianna. Mungkin... Dia akan menceritakan kisah Cinderella dan Puteri Hitler, di mana cinta sang Cinderella dalam cerita ini tidak kesampaian dan bukanlah berakhir dengan bahagia buat selama-lamanya.

    Dalam kelekaan Emier dan yang lain-lain ketika mereka rancak berborak, Adam dengan spontannya mencapai telefon bimbit kawannya itu. Dicarinya nama Rianna di dalam aplikasi Whatsapp milik Emier lalu ditekannya. " Tak salah kan? I mean... Tomorrow is my birthday after all..." Bicaranya perlahan.

    Butang voice pada skrin tersebut ditekan, lalu perlahan-lahan, Adam membisikkan seusatu. Panjangnya hanya 2 saat, lalu ianya dihantar pada Rianna. Setelah itu, bibirnya megukir satu senyuman kecil. 

    " Kau buat apa dengan phone aku?"

    Soalan Emier membuatkan Adam kaget seketika, namu dapat dicover dengan muka poker yang ditiru dari Farish. " Hah? Tak lah, nak tengok kau dah main Valkyrie Crusade ni sampai mana."

    " Ohhh! Kau tau tak aku baru dapat card UR?!" Kini topik perbualan mereka berubah. Tidak lagi berbincang soal wanita idaman, namun bertukar kepada card game yang amat digemari Emier, iaitu Valkyrie Crusade.

    " Card yang kau nak sangat tu? Apa nama dia? Ca-Cali... Callyy..."

    " Kelly Clarkson?" Celah Firhan.

    " Callymore?"

    " Apa punya nama tu? Nama binatang pun bukan, orang pun bukan." Adam dan Emier serentak tergelak kecil. Kespontanan Farhan memang tiada bandingannya.

    " Calamity lah!" Teriak Emier kecil. Tidka suka apabila nama card pujaannya itu menjadi bahan ketawa ramai.

    " Emier..."

    " Hmm?" Kini wajah Adam dipandang sekilas. " Kenapa?"

    " I have no regret, anymore."

    Emier yang mendengar hanya mampu mengangkat kening sebelah. Dia sama sekali tidak faham apa yang dimaksudkan oleh kawan baiknya itu. " Hah?"




P/S :

     This is it, guys! Lagi satu ataupun dua bab, Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah Lelaki dah nak tamat dah T.T Hahaha, btw, sorry snagat sebab selama ni lambat update or apa. Sebab memang tak ada masa ahaha. Dengan masa makannya lagi, masa tidurnya lagi, masa kerja nya lagi. Hmm... ahahahaha! Okat then, so you in the next chapter so Stay Tune! Thank you so much!

    

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now