Epilog : Amrish

5K 517 40
                                    


    " Riann puteri aku. Aku putera dia. Bahagia kita, selamanya!"

    Dua orang jururawat yang berada di hadapan bilik lelaki itu hanya mampu berbisik semasa sendiri. Meluahkan rasa tidak puas hati mereka. " Sayangnya, muka hensem sangat-sangat! Tapi gila..."

    " Tak eloklah cakap macam tu... Dia tukan pesakit kita."

    ' Tapi kau tak tau ke? Dia cuba untuk bunuh diri dia dengan tunang dia dulu dekat airport. Gila tak seram?!"

    Tasya hanya mampu menggelengkan kepalanya mendengar tomahan dan ujaran kawannya itu. Sesekali, matanya mengerling memandang Amrish yang kini kemas terikat di atas katilnya. " Tapi dia memang hensem." Bisiknya perlahan.

    " Aku yang sepatutnya bahagia, bukannya lelaki tu!"

    Tasya dan kawannya tersentak kecil tatkala Amrish kembali merentap tali yang mengikat tangannya di palang katil. Jika ikatan itu tidak kuat, pasti sudah terlepas pesakit gilanya ini. ' Kau pergi panggil doktor, suruh standby. Kalau patient makin teruk, aku panggil."

    Kawannya hanya akur dengan arahan Tasya. Walaupun baru masuk sebagai jururawat baru, Tasya cekap dalam mengendali keadaan dan situasi begini. Perlahan-lahan, dia cuma mendekati Amrish. " Encik..."

    " Apa?!"

    Tasya tersentak kecil. Serta merta, pergerakannya dihentikan. Kini, dia hanya dua tapak jauh dari katil Amrish. Mulutnya terasa berat untuk berbicara. Pandangan mata Amrish sangat tajam. Seolah-olah Amrish dapat melihat apa yang berada di dalam dirinya hanya melalui pandangan mata.

    " Riann...?" Tasya mengangkat keningnya apabila dirinya dipanggil dengan nama yang selalu lelaki kacak ini omelkan. ' Riann datang nak tengok Am ke?"

   " Ha-... Ha ah... Riann datang nak tengok awak. Awak-..."

    " Kau bukan Riann!" Sekali lagi, Tasya diserang kejutan apabila Amrish mula meronta. " Riann tak pernah cakap baik dengan aku! Kau siapa?!"

    " En-encik, tolong bawa bertenang, sa-saya tak ada niat untuk..."

    " Semua penipu!" Tasya terdiam seketika. Pandangan matanya kembali beralih pada mata Amrish. Namun, tiada lagi pandangan tajam dari lelaki itu. Yang ada kini, hanya mata yang ditakungi air mata yang bakal jatuh bila-bila masa sahaja. " Kenapa... Kenapa semua orang nak tipu aku?!"

    " Encik..."

    " Kenapa?! Apa salah aku?! Aku cuma nak bahagia! Aku pun nak gembira macam orang lain! Tapi... Kenapa...?"

    Tanpa ragu, Tasya terus meletakkan tanganya di atas kepala Amrish. Perlahan-lahan, pemilik kepala dan rambut lurus dan lembut itu diusap. " Ada sebab kenapa semua ni terjadi. Awak jangan lah macam ni. Awak masih ada mak ayahkan? Dioarang sayangkan awak."

    " Ta-tapi... Aku nak Riann..."

    " Lupakan dia. Kalau betul dia untuk awak, mana dia sekarang?" Lantang Tasya berbicara walaupun dia sama sekali tidak mengenali siapa gadis Riann ini. " Lagipun, kalau awak betul-betul sayangkan dia, patutnya awak pun akan rasa gembira bila dia bahagia. Bukannya macam ni!"

    Amrish terdiam seketika. Dia kehilangan kata-kata. Mentalnya kini tidak stabil. Kelakuannya kini persis seperti budak-budak. Hanya mampu duduk menangis di sisi jururawat yang tidak dia kenali. " Ja-janji kau akan selalu ada dengan aku..." Ujarnya sambil teresak kecil, mengelap air matanya yang masih mengalir.

    Tasya terkesima seketika. Terkejut dengan kata-kata Amrish namun di wajahnya, dia masih dapat mengukir senyuman. " Okay, janji."

    " Aku tak nak orang lain yang datang sini tengok aku... Aku nak kau je..."

    " Okay."

    " Aku nak kau suapkan aku makan. Bukan orang lain."

    " Erm! Pun boleh!"

    " Dan aku tak nak tengok muka doktor tua tu lagi."

    " Err... Tapi doktor tu yang akan periksa setiap hari. But I promise you yang saya akan sentiasa ada dengan awak."

    Melihat keakraban antara Tasya dan Amrish,  Doktor dan jururawat yang sudah bersiap sedia di depan pintu kini hanya mampu mendiamkan diri. " Pesakit dah stabil. Semua balik ke tempat masing-masing."

    " Tapi doktor, takkan nak biarkan Tasya..."

    " Kalau pesakit selesa dengan Tasya, tak ada apa yang kita boleh buat, kan?" Arahan doktor hanya ampu diakurkan oleh jururawat yang lain. Bukannya doktor itu tidak tahu bahawa mereka sebenarnya cemburu kerana Tasya lebih cekap dari mereka. " Dah, pergi sambung kerja masing-maisng."

    Tasya yang khusyuk membelai rambut Amrish mula marasa sesuatu yang aneh. Sesuatu yang membuatkan bulu romanya kini berdiri tegak. " Kau nak pegang-pegang aku ni dah kenapa?!"

    Serta merta, Tasya menarik kembali tangannya. Memandangkan Amrish mengalami gangguan emosi dan mental, dia akan tiba-tiba bertukar kelakuan yang emosi. " Sa-saya..."

    " Aku nak makan. Mana makanan aku?"

    " Tapi sekarang ni belum waktu-"

    " Aku nak makan!"

    " Okay!" Tasya terjerit kecil lantas terus berlari untuk mendapatkan makanan.

    Tanpa dia sedari, Amirsh tersneyum kecil apabila melihat riaksi Tasya. Seolah-olah wajah takut gadis itu membuatnya gembira. " I'm gonna have a lot of fun here..."


Epilog : Amrish

Tamat

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now