Bab 10

7.2K 680 4
                                    


" Lagi, lagi?! Lepas tu?!"

Langkah Adam semakin laju tatkala memdengar pemilik suara tersebut semakin dekat dengan dirinya. Rasa menyesal mula terbit di hati. Jika dia tidak terlalu mengikutkan nafsunya terhadap barangan percuma, pasti perkara ini tidak akan terjadi.

" Hey! Kau tak dengar ke aku cakap apa?" Teriak Rianna. Dia seolah2 tidak segan untuk menjerit dikhalayak ramai. Memang sah dia dilahirkan sebagai Puteri Hitler.

Sekali lagi, hati Adam tersentak kecil. Mana perginya suara lembut lagi manja dengan penggunaan ' I You ' dalam percakapannya? Mana sifat garang tapi pemalu gadis ini semasa berada di hadapan Syazrin? " Aku silap pilih perempuan..."

" Sorry, kau cakap apa?" Rianna mula memperlajukan langkah tatkala mendengar Adam berkata sesuatu. " Suara kau slow sangat lah"

" Bagi balik hati aku yang kau dah curi, Puteri Hitler." Sekali lagi, Adam bermonolog dengan dirinya sendiri. Disangkanya dia bercakap dalam hati, rupanya terkeluar di mulut. " Macam mana lah aku boleh tersuka dengan perempuan macam ni?"

" Hoi!"

" Aduh!" Tangganya yang tadi hanya diseluk kedalam poket kini berada di atas kepala, mengusap tempat yang dipukul oleh Rianna dengan fail kerjanya. " Apa masalah kau ni?!"

" Aku cakap dengan kau dari tadi lagi! Kau tak dengar ke?!"

Kini masing-masing mula memberhentikan langkah. Mata bertengtang mata, namun hati tiada rasa apa melainkan geram dan marah. " Like seriously whats wrong with you, girl?!'

" Aku tak ada masalah. Kau tu yang ada masalah! Aku tanya bukannya nak jawab! Dah lah comot , pekak pulak tu!" Rianna mengetap giginya tanda geram. Tangannya kini mula mengepal penumbuk. Nasib baik saja Adam mempunyai susuk badan besar dan lagi tinggi darinya, jika tidak, mahu melayang penumbuk ini diwajahnya.

" Heh, eloklah lagi dari kau. Harap muka je lawa, perangai alahai... ayam aku lagi elok perangai dia dari kau!"

" What?!" Kini kemarahan Rianna sudah sampai ke kemuncaknya. Dia tidak kesah jika dirinya dikutuk tetapi dia tidak tahan jika dirinya disamakan dengan seseorang, lebih-lebih lagi jika disamakan dengan haiwan. " Kau ingat kau siapa nak cakap aku macam tu?! Ingat kau bagus sangat ke?!"

" Kau tu pulak? Ingat diri tu dah cukup bagus? Hidup mewah kau semua bergantung pada harta bapak kau, bukannya harta kau. Ingat diri kau ada segala, kau dah cukup bagus nak hina orang? Cukup hebat nak buat orang melutut dekat kau?" Kini sengihan jahat mula terukir di bibir. Inilah salah satu dari tabiat buruk Adam yang Emier sering kali cuba menasihatinya. Adam tidak suka kalah. Dan sebab itu juga, dia tidak pernah kalah jika ianya merupakan perang mulut. Tak sia-sia waktu sekolah dahulu cikgu sering menghantarnya ke pertandingan debat.

" Listen to me, Princess Qalissa!" Adam memusingkan badannya, betul-betul menghadap Rianna. Matanya pula tepat merenung ke dalam mata bulat gadis itu " Kau kaya. Kaya dengan harta. But in the same time, kau miskin. Miskin dengan adab, miskin dengan budi bahasa, miskin dengan perikemanusiaan. Kau ingat dengab kelakuan kau macam ni, Syazrin tu nak ke dekat kau? Excuse me, no offences no hard feelings but I think Syazrin lebih layak dapat perempuan 1000 kali ganda lebih baik dari kau! Dasar hipokrit!"

" Pang!"

Mata Adam sedikit terbeliak. Pipinya terasa hangat dan pedih. Penangab dari Rianna benar-benar mengejutkan dirinya. Tidak sangka bahawa gadis itu bakal bertindak begitu.

Namun pedih lagi hatinya tiba-tiba terlihat wajah Rianna yang kini semakin merah dan matanya yang sedang menahan nangis. " W-woi..."

" Don't touch me!" Rianna menepis kuat tangan Adam yang cuba untuk memujuknya. " Fine then, I'm sorry sebab kacau kau!"

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now