Bab 34

5.6K 491 6
                                    


    " Abang betul ke nak pergi oversea nanti?"

    Rengekan Laila sedikit sebanyak telah menyentuh hati lelaki Syazwan. Jujur dia kata, apabila isteri berkelakuan manja begini, dia tidak sanggup untuk pergi meninggalkan Laila. " Janganlah macam ni. Abang dah bagitau dah bulan lepas kan?"

    " Alaaa... tapi..."

    " Kau nak pergi sana lama-lama buat apa?!"

    Zap!

    Kini lengan baju Hisham direntap kuat, namun senyuman di wajah Syazwan masih tidak pudar. " Salah siapa yang sampai aku kene oversea sekarang ni?"

    Hisham yang terkedu kini hanya mampu mengalihkan pandangan matanya. Memang salah dia. Sememangnya salah dia. Jika dia tidak lambat datang ke mesyuarat minggu lepas, pasti Syazwan tidak perlu ke luar negara untuk membuat perjanjian sendiri dengan pemilik syarikat yang sepatutnya berkolaberasi dengannya.

    " Dah, dah. Jangan lah gaduh." Kini, Ghazali yang dari tadi hanya mendiamkan diri hanya mampu tergelak kecil. " Aku dengar cuaca dekat Ney Work sekarang sejuk."

    " So kau ada design baju edisi musim sejuk untuk aku pakai, sekali gus nak promote baju kau tu dekat sana?" Ujar Syazwan dengan nada berjenaka.

    Namun lihat saja wajah Ghazali yang senyumannya semakin melebar, Syazwan mula turut sama terkedu, seperti mana Hisham sebentar tadi. " Kau memang menakutkan, Ghaz..."

    " Hahaha, apa salahnya. Lagipun..." Perlahan-lahan, Laila merangkul tangan Syazwan. Senyuman diwajahnya semakin melebar. " Abang nampak hensem pakai baju yang Ghaz buat."

    Dengar saja pujian dari Laila, serentak kedua lelaki tersebut tersenyum lebar. Syazwan pastinya suka apabila dirinya dipuji oleh isteri kesayangan. Manakala Ghazali pula gembira apabila hasil air tangannya dipuji, namun hatinya terselit sedikit rasa cemburu tapi cepat dia mengangkis.

    " So, kau still nak pergi jugak?" Sekali lagi, soalan yang sama keluar dari mulut Hisham. Sepertinya dia tidak belajar dari kesilapannya sendiri. " Kalau kau nak aku boleh gantikan kau."

    Satu sengihan segera terbit apabila ayat sebegitu keluar dari mulut Hisham sendiri. " Heh, kau? Pergi oversea sana buat kontrak kita? Comfirm syarikat yang kita bina ni hancur, on the spot!"

    " Tak guna!"

    " Op! Chup chup chup!" Nasib baik Ghazali sempat mencelah. Jika tidak, pasti buruk padahnya. " Janganlah gaduh macam ni, buat malu jelah korang ni."

    " Diorang berdua ni dari dulu lagi, tak pernah nak berubah. Bergaduh je kerja." Tambah Laila lagi. " Tapi tak tau macam mana, diorang boleh pulak kerjasama tubuhkan syarikat sama-sama."

    " I know right?" Kini, tawa Laila disambung oleh Ghazali. " Masa first time diorang kata nak colabrate sama-sama bukak company, I was like ' heck man! Are you serious?!"

    " Kan?! Hahahha!"

    " Amboi, lebih nampak kau, Ghaz?" Cebik Syazwan. Melihat isterinya mula mentertawakannya, ego lelakinya makin melonjak naik.

    " Kan? Ehh nasib baik lah aku nak kerjasama dengan dia ni, kalau tak mesti dia tak berjay-!"

    " Kau yang tak berjaya ke aku yang tak berjaya?" Tanpa menghiraukan rungutan Hisham yang kini dalam kesakitan, Syazwan terus saja menyekeh kepalanya dengan siku lagenda yang amat ditakuti sewaktu zaman kolejnya dahulu. " Hambik kau!"

    " By the way, abang dah bagitau Adam pasal ni?"

    Dengar saja nama anak sulung kesayangannya disebut, Syazwan serta merta menghentikan pergerakannya. " I forgot."

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now