Bab 24

5.7K 539 18
                                    


" Kenapa kita kene duduk luar?" Emy mula memuncungkan mulutnya, tanda protes apabila dihalau keluar oleh Emier sendiri. Hatinya sedikit terasa dengan tindakan lelaki idamannya itu, tetapi lebih sakit apabila Farish menghalaunya secara terang-terangan. Mulut lelaki itu sememangnya tidak kenal erti bercakap lembut.

" Tak patut betul pretty boy tu halau kita keluar!" Farhan turut bersetuju. " Kenapa dia nak cakap kita ni banyak mulut pula?!"

" Memang mulut kau tu banyak. Lebih dari satu. Genetik siapa kau ikut pun aku tak tau." Firhan yang berada di sebelahnya menguap kecil. Dia keluar dari bilik kerana tidak berminat dengan cerita Adam. Bukannya tidak berminat, takut nanti dia terlepas cakap. Apabila dia marah, mulutnya bakal mengeluarkan apa saja rahsia yang disimpannya.

" Kalau aku dengan adik kau kene halau sebab banyak mulut, kau dengan Rianna apa cerita?" Soal Emy kembali.

" Aku bukan suka bawak mulut macam korang. Cuma aku rasa bukan masalah aku, buat apa aku nak menyibuk?" Dengar saja penjelasan bernas Rianna, Firhan turut mengangguk kecil tanda setuju. " Lagipun aku tak suka sangatlah lelaki berlagak macam mamat tu."

" Tapi..." Kata-kata Firhan terhenti seketika. " I think I have a good vibe about that guy."

" Good vibe with real badass attitude." Tambah Rianna.

Emy dan Farhan masing-masing hanya mampu mendiamkan diri sambil memandang sesama sendiri. Memandangkan mereka tidak berapa tahu berbahasa orang barat ini, tidak berani mereka untuk masuk campur.

Adam yang mendengar perbualan mereka diluar pintu hanya mampu tersengih kecil. " Good vibe apanya kalau mulut macam pfftt..."

" It seems that you dont need my help, I presume." Segera, tangannya mencapai telefon bimbit dan topi ala Bruno Mars nya, lagaknya bagai hendak beredar dari situ namun sempat dihalang oleh Emier.

" Dam, jangan lah macam ni." Adam mencebik kecil. Tak sangka bahawa kali ini, Emier bakal menyebelahi lelaki yang pernah bernama Farish ini.

Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa Farish juga yang perlu menjadi penyelamat keadaan? Kenapa bukan Emier sendiri?

" Kau ikut je cakap dia kenapa? Dia suruh halau orang keluar kau pun ikut je."

" Dah itu yang dia nak, aku nak buat macam mana? Tapi elok jugaklah memandangkan rahsia kau as Cinderella still selamat." Jelas Emier. " Lagipun... Dia cakap bahasa melayu tadi..."

Satu lagi pesanan ikhlas dari Emier. Jika Farish yang sering berbahasa inggeris itu mula menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturannya, maka dialah orang yang paling menakutkan sekali.

" Tch..." Adam mencebik sekali lagi. Bukanlah dia amat bencikan Farish. Tidak sama sekali. Cuma dia tidak suka apabila berhadapan dengan manusia yang tidak reti untuk membuat mimik muka. Lebih-lebih lagi jika manusia itu seperti Farish. Sangat susah baginya untuk membaca air muka dan apa yang bermain di fikiran lelaki itu. " Macam mana kau nak tolong aku?"

" Before that..." Farish yang tadi hendak beredar kini kembali ke tempat duduknya. Badannya disandar, kakinya disilang dengan penuh keyakinan dan keperibadian seorang lelaki sejati. Cewah. " Let me tell you what I think is going on now."

Adam dan Emier hanya akur.

" First, you, Adam Syazrin is the Cinderella yang Rianna puja. Then you also the Adam a.k.a budak comot yang tolong hubungkan Syazrin dengan Rianna. Am i right?"

Sekali lagi, Adam dan Emier terpegun. Mereka tidak cakap apa-apa lagi soal bagaimana cerita ini terjadi, tapi Farish dapat menekanya dengan tepat sekali.

" And then that Rianna girl gave you the bicyle as a gift but then someone messed it up."

" And that guy will get in after i found him" Adam mula mengepal penumbuknya. Geram tiba-tiba saja melonjak apabila Farish menyebut prihal basikalnya yang kini telah arwah.

Farish hanya mampu memerhati. Tiba-tiba satu keluhan kecil dilepaskan. Dia terasa sangat penat. Setelah berbulan lamanya, baru hari ini dia bercakap lebih dari 100 patah perkataan. " I wanna go home..." Bisiknya perlahan. Namun wajahnya masih sama, masih tidak berekspresi.

Emier yang dari tadi hanya mampu tersenyum sumbing melihat perangai masing-masing kini mula teringat akan sesuatu. Cepat saja kepalanya kini menoleh memandang Adam. " Weyh, kau pergi jumpa Rianna hari tu kan?" Adam memgangguk kecil. " So, kau dah bagi hadiah tu?"

Dengar saja perkataan hadiah itu disebut, wajah Adam tiba-tiba berubah merah. Teringat akan kata-katanya yang melabelkan Rianna sebagai puterinya.

Farish yang hanya memerhati mula mendapat pentunjuk sedikit demi sedikit. Hatinya mula terdetik kecil. " You met someone that day, other than Rianna?"

" Macam mana kau tau?"

Selamba Farish mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Dia hanya mampu mengagak. Jika betul agakannya, maka betullah.

" Kau jumpa siapa selain Rianna?" Soal Emier kembali.

" Bukan jumpa. Terserempak." Adam mengeluh kecil. " Kau kenal Amrish?"

" Budak yang obses kan Puteri Hitler tu? Satu kolej kenal."

" Dia lah yang aku jumpa masa keliar dengan Rianna."

" Dia yang jahanamkan basikal kau."

" What?!" Serentak, mereka berdua memandang Farish. Wajah selamba Farish diteliti betul-betul.

" Kau biar betul, Far? Jangan tuduh-tuduh macam tu je." Dahi Emier berkerut seribu. Bagaimana dia boleh katakan Amrish adalah penjenayahnya sedangkan siapa Amrish pun dia tidak kenal. " Kalau kau salah, tu dianggap menfitnah tau?"

" Up to you. Aku dah bagitau siapa, pandai kau lah nak cari bukti macam mana." Farish kini bangun dari duduknya. Telefon bimbit dan kunci keretanya dicapai. " I'm going home."

Apabila pintu bilik dibuka, wajah Rianna terpampang dihadapannya. Namun dengan itu saja tidak mampu untuk memberi riaksi pada wajah Farish. " Siapa yang buat?"

" Person name Amrish." Ringkas tapi penuh dengan informasi. Itulah jawapan yang diberikan oleh Farish buat Rianna. " My job is done."

" Kok kok!" Jumbol yang muncul emtah dari mana mula bergesel-gesel di kaki Farish, seolah-olah tidak membenarkan lelaki kacak itu balik.

Satu keluhan dilepaskan lagi oleh Farish. Dia kini menyangkung agar kepala Jumbol dapat diusapnya. " I'm gonna miss you too, chicken."

Hilang saja kelibat Farish dari mata, cebikan kuat mula kedengaran dari Adam. Tiba-tiba hatinyabterasa geram. Marahnya mula membara. Sudahlah dapat pentunjuk separuh jalan, jumpa pulak lelaki seperti Fariah, hatinya terasa hendak meletup.

" D-Dam... kau okay?" Emier mula kaget. Bagaimana dia hendak mengawal keadaan jika Adam naik angin di sini.

Belum sempat Emier berkata apa-apa lagi, Rianna meluru masuk ke dalam bilik. " Kau nak buat apa lepas ni? Dia dah kata orang yang arwahkan basikal kau tu Amrish."

" You believe him?" Wajah Rianna diperhati lama oleh Adam. Tidak kesahkan perempuan ini apabila lelaki yang memujanya dituduh sebagai suspek?

" Better believe him than regret later."

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now