Bab 12

7.2K 617 7
                                    


    Satu keluhan kecil dilepaskan. Cincin yang berada di dalam genggamannya dipandang sepi. " Kenapa dia tak nak dekat aku?"

    Sudah hampir dua minggu berlalu sejak kejadian itu berlaku. Kejadian dimana gadis idaman yang diminatinya sejak kecil lagi menolak mentah cintanya. " How could you did this to me, Riann?"

    " Am?" Amrish segera menoleh kebelakang. Kelihatan ibunya sedang berdiri betul-betul di muka pintunya. " Jom turun. Mama dah masak."

    Amrish tersenyum hambar. Wajah ibunya itu ditatap penuh kasih. " Tak apalah, Ma. Am tak rasa lapar."

    Riak wajah risau mula kelihatan di wajah Datin Marina. Sesungguhnya anaknya benar-benar terkesan dengan penolakan cinta yang telah dibuat oleh Rianna. Sudah beberapa hari, sebutir nasi pun tidak dijamah oleh anak terunanya itu. " Fikirkan pasal Riann lagi?"

    Amrish hanya tersenyum kecil. Membiarkan soalan ibunya itu menyepi.

    " Mama boleh cari perempuan lain kalau Am nak."

    " No one can replace her, Mama."

    " Tapi dia dah tak nak dekat Am." Kata Datin Marina lagi. Suaranya kali ini sedikit tinggi. Bukan untuk memarahi anaknya namun cuma memberi nasihat. " Orang kalau dah tak nak, buat apa kita nak terkejar-kejar."

    " Ma, nak seribu daya. Tak nak seribu dalih." Lantas Amrish menjawab. Dia tidak sanggup mendengar ibunya menyuruh dia untuk melupakan Rianna. Mana mungkin dia dapat melakukan begitu. " Am rasa usaha Am tak cukup lagi, Ma. Biar lah Am all out, cuba sedaya upaya untuk dapatkan apa yang Am nak. Tapi kalau betullah dia bukan jodoh Am, I'll promise, I'll back off in a nice way."

    Datin Marina hanya mampu akur dengan kata anaknya. Benarlah bahawa Amrish anaknya itu bukanlah lelaki yang mudah mengalah, malah lebih bangkit jika dia kecundang. Dengan hati yang diulit kerisauan, Datin Marina tersenyun kecil. ' Ya Allah, temukanlah anak aku dengan jodoh yang sesuai buatnya. Amin.' Doanya di dalam hati.

*****

    " Muahahaha!" Tak semena-mena, di pagi hari yang indah itu, kedengaran satu gelakan jahat di sebuah banglo tiga tingkat yang sedikit tersorok di rimbunan pohon.

    Jumbol yang duduk disebelahnya sedikit terkejut sambil mengibas-ngibaskan kepaknya. Manakala dua beradik tiri yang baru saja bangun dari lena kini menggaru-garu kepala mereka yang tidak gatal sambil menuruni anak tangga. " Kau apahal?"

    Adam menoleh memandang Firhan. Gelak jahatnya tidak tamat begitu saja. Kini, wajahnya diukir dengan senyuman sinis yang penuh makna. " Dah bangun dah?"

    " Euww, scary nya you ni." Ujar Farhan. Badan besar abangnya itu dijadikan sebagai tempat perlindungan. Sememangnya, Farhanlah merupakan lelaki yang paling lembik yang pernah mereka temui. Malah jika hendak dibandingkan dengan Jumbol, Basir dan Firhan sendiri akui bahawa mereka lebih selamat berada di sisi Jumbol berbanding Farhan jika ada pencuri ataupun penyamun menyerang mereka.

    " Mana sarapan kitaorang?!"

    " Sarapan?" Kini, Adam bangun dari sandarnya di atas sofa. Jumbol turut mengekor tuannya ke mana saja tuannya belok. " Kau nak sarapan?"

    " Ehh, mestilah! We all ni lapar tahu tak?!"

    Sekali lagi, Adam tersengih kecil. " Masak lah sendiri."

    " What?!" Teriak Firhan. " Kau ni dah kenapa?! Tiap-tiap pagi tau pulak kau nak buat sarapan. Bila bapak aku tak ada, baru kau nak tunjuk belang?"

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now