Bab 17

6.5K 618 7
                                    


Rianna mengeluh kecil. Kakinya digoyangkan ke depan dan ke belakang. Dia terasa bosan. Duduk sendirian di atas buaian dalam laman rumahnya sendiri, ditemani kicauan burung, di bawah pohon yang rendang lagi teduh, dikelilingi bunga-bunga yang pelbagai, membuat Rianna terasa semakin sunyi.

Bukankah lebih baik jika dia dapat mengajak seseorang untuk menemaninya? Dia benar-benar terasa malas hendak keluar. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang kini tidak menentu.

" Bosanlah..." Dia mengeluh lagi. Rianna berpaling memandang ke kawasan depan rumahnya. Kosong. Masih tidak kelihatan kereta ayahnya terpacul di situ. " Lambat lagilah nampaknya daddy nak balik ni..."

Belum sempat dia hendak mengeluh lagi, telefon bimbitnya berbunyi. Dahinya berkerut seribu. Nama yang tertera di skrin telefonnya membuatnya dia terasa hairan. " Budak Comot?"

Tanpa berlengah lagi, tanganga laju menjawab panggilan Adam. " Hello?"

" Weyh kau dekat mana?"

Bahu Rianna sedikit terhinjut. Bukan main lembut dia menyapa lelaki itu, kasar pula balasannya terhadapnya. " Kau nak apa? Hello tak, bagi salam pun tak!"

" Hehe, sorry, sorry." Kedengaran Adam seakan-akan tersengih kecil di hujung talian. " Kau free?"

" Kenapa?"

" Bosan."

" Kan? Bosan dia rasa macam nak campak basikal baru kau tu masuk longkang besar depan rumah aku ni hah." Seloroh Rianna.

" Okay bye."

" Weyh, main-main jelah. Dasar pondan.!" Teriak Rianna kecil. Menghalang Adam dari mematikan taliannya. Jika tiada Adam, dengan apa lagi dia boleh menghabiskan masanya yang tidak terluang ini. " Kau nak apa?"

" Ehh tolong sikit. Pondan tu abang aku!"

Secara automatik, Rianna tergelak kecil. Fikirannya serta merta teringat akan Raja Sotong di kolej, siapa lagi kalau bukan Farhan.

Adam terdiam seketika. Wajahnya sedikit merah mendengar tawa Rianna di hujung talian. " Ermm, lagipun aku call kau ni sebab... aku ingat nak... ermm... ajak kau lepak ke.. apa ke..." Semakin lama, suaranya semakin perlahan. Tiba-tiba saja dia terasa malu yang amat.

Dengar saja suara Adam versi malu itu, tak semena-mena Rianna juga turut bermerah muka. Hilang sudah suara macho Adam yang kedengaran ganas dan kasar. Kini hanya tinggal suaranya yang lembut, seakan-akan suara kucingnya yang sedang merayu meminta makanan.

Tiba-tiba, satu tamparan hinggap di pipinya. " Riann bangun Riann!" Beberapa kali tangannya menampar kuat pipinya sendiri. Agar dirinya sedar akan keadaannya kini.

Adam yang mendengaran punyi tamparan kuat itu mula terkejut. " Woi, kau okay tak?"

" Hah? Ha ohh, okay okay. Ermm, nak lepak mana?"

" Ermm kau tak kesah ke? I mean, you and me, hanging out?"

" Lantak lah semua tu. Aku tengah bosan gila-gila ni!" Jawan Rianna selemba. Semakin lama dia berkawan dengan Adam, dia sudah terbiasa. Tiada lagi rasa malu atau segan. Namun hakikat bahawa setiap kali berjumpa bakal timbulnya pergaduhan tidak pernah lepas dari kehidupan seharian mereka. " Btw, tak lepak dengan Emier?"

" Family matter dengan ayah dia. Dua jam lagi baru dia balik. Kau pulak? Alaa, apa nama kawan kau tu? Mami?"

" Emy." Rianna mengerut dahi sambil membuat wajah tidak beremosi. Ada ke patut nama sependek itu pun boleh lupa? " Dia keluar shopping dengan kakak dia. So, kita nak pergi mana? Syazrin boleh ikut tak?"

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz