Bab 14

6.5K 654 16
                                    


Beberapa kali tangannya membetul-betulkan baju. Menyikat-nyikat rambut dengan jarinya lalu meraup wajahnya beberapa kali. Hatinya kini terasa sedikit debaran tatkala masa yang dijanjikan semakin hampir.

Hari ini, penampilan Adam sebagai Syazrin sedikit berbeza dari lain. Hanya berseluar jeans lusuh dan t-shirt hitam lengan pendek bertulisan #CinderellaInMaking. Sangan simple namun ditambah pula dengan rambut yang digayakan oleh Emier, ianya tampak bergaya.

" Ready to go?" Soal Emier sambil menyimpan kembali sikat dan wax rambutnya ke dalam beg kecilnya. " Yang kau nampak nervous ni dah kenapa?"

" Aku rasa nak balik. Aku nak peluk Jumbol." Adam merengek kecil. Persis seperti anak kecil. Tangannya sedikit menggigil. " Baju aku simple je, lepas tu date ni dirancang secara tiba-tiba. Kau pun tau kan aku tak biasa dengan perempuan?!"

Emier tersenyum sumbing sambil mengangguk kecil. Benar juga kata kawannya itu. Jika diingatkan kembali masa dia dan Rianna keluar bersama, Adam memerlukan masa semalaman untuk menstabilkan mentalnya. Walhal temu janji tersebut dirancang oleh Adam sendiri. Semalaman juga Emier tidak tidur kerana membantu Adam untuk bertenang sepanjang perbualan mereka ditelefon.

" What if i fail this time?"

" Then I, as well fail to be your fairygod brother. Please lah, mate. Kau tak percayakan aku ke?"

Adam mengangguk kecil. Bukannya dia tidak percaya akan Emier, bahkan dia lah satu-satu sahabat yang dia ada dan dia percayai. " Seriously I look okay?"

" Kalau aku perempuan, I'll fall for you, for sure." Jawab Emier ringkas, namun penuh makna.

Dengar saja jawapan Emier, automatik bibir Adam mengukir sebaris senyuman. Namun ianya tidak lama sehinggalah mata Adam tertacap pada baju yang dipakai oleh Emier. " Bila masa kau salin baju?"

" Hehehe." Emier tersenyum bangga. Jika sebelum ini dia berbaju kemeja petak-petak, kini bajunya berubah menjadi baju yang sama seperti Adam. " Kita ni kan squad #CinderellaInMaking. Of course lah aku kene support kau and pakai baju ni!"

" Kalau orang lain perasan kita pakai baju sama?"

Emeir memetik jarinya, bagaikan mendapat idea. " Aku boleh pakai ni." Kemeja petaknya tadi dikeluarkan kembali lalu disarungkan ke badan. Kini dia berkejema di luar dan berbaju t di dalam. Sengaja kemejanya tidak dibutangkan, agar nampak ranggi dan stylo katanya. " So how?"

" Nothing i can say, Mr. Fashionista." Emier tersenyum bangga. Tak sia-sia dia dilahirkakndengan bakat begini. " Dah nak pukul lima dah ni."

" Rianna suruh jumpa dekat mana?"
" Depan Starbuck." Jawab Adam. Tiba-tiba, otaknya teringat sesuatu. Dia mengambil sesuatu dari dalam beg beli belahnya lalu dimasukkan ke dalam beg selimpangnya. ' Maybe aku boleh bagi dia benda ni...' bisik hatinya sambil tersenyum kecil.

*****

Rianna mendengus kecil. Kakinya dihentak-hentak kecil. " Mana Syazrin ni? Adam ni kata dah janji nak bawak dia datang sini!"

Sudah 15 minit dia beragan di hadapan Starbuck. Banyak mata yang memandangnya tatkala dia hanya berdiri disitu dengan muka ketatnya. " Kalau dia tak muncul..."

" Muncul apa?"

" Ahhh!" Rianna menjerit kecil. Dia mengundur satu tapak kebelakang. " Syazrin!"

Adam tersenyum manis. Dia harus melakonkam watak Syazrin dengan jayanya! " Dah lama tunggu?"

Rianna hanya menggeleng kecil laku menundukkan wajahnya. Tiba-tiba saja hatinya berdebar laju. " Ya Allah, hensemnya..." bisiknya kecil.

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWhere stories live. Discover now