Epilog : Basir

5.5K 478 8
                                    


    " Basir!" Apabila namanya dipanggil, serta merta lelaki tua itu mengangkat kepalanya. Perlahan-lahan, dia memusing memaling ke kebelakang, ingin melihat gerangan siapa yang berani memanggilnya. " Kamu ada pelawat."

    " Siapa yang berani nak melawat Raja Basir, hah?!" Suaranya digerang kuat, agar lelaki yang dianggap sebagai rakyat jelatanya itu sedar bahawa dia kini sedang murka. " Raja tidak perlukan pelawat!"

    Jururawat yang berada di situ hanya mampu menghela nafas kecil. " Maaf ya. Dia memang macam ni sejak dia masuk."

    " Tak apa." Tan Sri Hisham hanya tersenyum kecil. " Kalau boleh, saya nak bercakap dengan dia sendirian, please?"

    Jururawat itu hanya akur. Nasib baik saja senyman menawan Tan Sri Hisham dapat mencairkan hatinya. " Ba-baiklah, kalau macam tu, saya minta diri dulu ya?"

    Tan Sri Hisham hanya tersenyum. Berlalu saja jururawat itu pergi, wajah seriusnya kembali. " So, kau dah gila dah?"

    Basir hanya mendiamkan diri. Jauh di dalam dirinya, dia kenal siapa lelaki ini. Lelaki yang sangat berpengaruh walaupun pernah sekali dia jatuhkan lelaki ini. " Raja Basir tak nak jumpa kau! Pergi!"

    Tan Sri Hisham tersenyum sinis. " Aku pun bukannya nak jumpa sangat dengan kau. Cuma ni..." Sebuah bungkusan dicampakkan betul-betul di hadapan Basir. " ' Rakyat jelata ' kau dulu hantarkan utusan untuk kau."

    Tanpa sebarang bicara lagi, Tan Sri Hisham lantas meninggalkan Basir sendirian bersama-sama bungkusan sebentar tadi.

    Perlahan-lahan, bungkusan tersebut dicapai. Apabila ianya dibuka, Basir terus terdiam. Hatinya terasa sebak. 

     Buat Boss, ayah tiriku. 

    Aku tak tau nak cakap apa. Cuma aku nak kau tahu yang, aku maafkan segala perbuatan kau. Tak kiralah apa yang kau buat sekali pun, kau tetap ayah aku walaupun hanya tiri. Tipulah kalau aku tak benci kau. Kalau nak digambarkan rasa benci aku ni, sampai ke sudah pun tak habis. Cuma, dendam aku tak akan kemana. Hanya penambah dosa aku nanti. Jadi sekarang ni, aku maafkan kau. Biarlah tuhan yang balas. Apa yang aku nak kau tahu, aku tetap berterima kasih kepada kau. Sebab telah besarkan aku, jaga pakai minum aku. Mintak halal akan segalanya. Terima kasih kerana masih menjadi abah Adam walaupun hanya sementara.

     Adam


   Buat kenalan yang bukan sahabat ku.

     Kau bukan kawan aku. Kau musuh dalam selimut. Kau penghancur segalanya. Tapi aku tak ada sebarang dendam pada kau. Aku dengan Hisham sama-sama dah maafkan kau. Jadi, aku harap, kau sempat bertaubat sebelum apa-apa terjadi. Aku cuma nak kau tahu yang walaupun kau dah hancurkan segalanya, tapi Adam tetap boleh buktikan bahawa dia tetap dapat hidup bahagia, walaupun tanpa ibu bapa di sisinya. Soal anak-anak kau jangan risau. Adam sedikit pun tak pinggirkan diorang. Malah kami semua telah mengaggap kembar tu sebagai keluarga kami. Jadi, jangan risau.

     Ghazali


     Buat abah yang masih disayangi. 

    Farhan dengan Firhan sangat kecewa dengan abah. Mana kami nak letak muka kami bila semua orang dapat tahu yang ayah kansung kami ni pembunuh? Tapi abah nak tahu tak?Tak kira apa pun yang jadi, Adam dan yang lain tetap terima kitaorang. Abah jahat sebab dera Adam. Abah jahat sebab musnahkan hidup Adam. Abah jahat sebab bunuh ibu kandung kami! Tapi, wlaaupun apa pun jadi, kami tak dapat nak nafikan bahawa kami masih sayangkan abah. Sangat sayangkan abah. Maafkan kami sebab banyak buat dosa dengan abah. Halalkan makan minum kami. Dan abah... Maafkan Firhan sebab cederakan abah. Firhan tak sengaja. Firhan buntu waktu tu. Harap abah dapat maafkan Firhan. Firhan dan Farhan akan sentiasa sayangkan abah, sampai bila-bila.

   Firhan & Farhan


  Buat kawan yang ku percayai. 

    Aku tau niat kau. AKu tau sifat kau. Tapi aku tak tahu kenapa aku masih berdegil sebab masih nak percaya dan berharap pada kau. Mungkin... Aku nampak potensi kau? Aku nak kau tahu yang walau apa pun yang terjadi, kau maish ada orang yang sayangi kau. Termasuk aku. Wlaaupun semua perkara yang kau buat untuk aku dan syarikat adalah bersebab. Tapi, aku seidkit pun tak kesah. Sebab percaya yang kau akan berubah. Kau mungkin akan dapat surat ni mungkin lepas ketiadaan aku, ataupun selepas semua penderitaan anak aku berakhir. Terima kasih, sebab jagakan anak aku.

     Syazwan


  Buat suami walaupun tidak ku cintai.

    Semua penderitaan saya dan Adam bakal awak rasai selepas semua ni berakhir. Selepas semua kebenaran terbongkar. Sya bukan orang yang baik, jadi terus terang saya katakan, saya takkan sesekali maafkan awak. Tapi tidak anak-anak awak. Mereka berdua bidadara saya. Putera saya. Kalau awak sakiti mereka berdua, termasuklah Emier dan Adam, hanya Tuhan saja yang mampu balas perbuatan awak.

    Laila


  Buat suami ku yang disayangi.

    Midah sayangkan abang. Apa yang Midah tulis pada helaian kertas ni tidak mampu untuk luahkan betapa sayangnya Midah pada abang. Walaupun Midah tahu perangai sebenar abang, walaupun Midah kini sedang sakit terlentang disebabkan abang. Abang tetap menjadi satu-satunya lelaki kesayangan saya. Sya tak harapkan abang untuk menyesal atas segala perbuatan abang. Cuma, saya harap abang akan jaga Firhan dan Farhan dengan baik. Midah betul-betul sayagkan abang dengan anak-anak.

     Hasmidah


     " Ya Allah!" Raungan dari bilik kuarantin itu mula kedengaran kuat oleh semua yang berada berhampiran. Basir meraung semahu-mahunya. Dia menyesal. Namun semuanya telah terlambat. " Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Aku mahu bertaubat ya Allah!"

    Setidak-tidaknya, masih ada lagi rasa taubat di hatinya. Mudah-mudahan, dosanya terampun, sebelum dia bertemu dengan pengakhirannya. Tali yang menjadi penamat segalanya dalam hidupnya sehingga kini. Ke tali gantung kini dia menuju.


Epilog : Basir 

TAMAT

Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah LelakiWo Geschichten leben. Entdecke jetzt