Bab 40

49K 1.3K 24
                                    

                Aina berlari anak menuju ke bilik Tengku Danial. Dia mengetuk pintu berulang kali. Nafas nya turun naik dengan pantas apabila mengetahui keadaan seseorang.

         "Kenapa? Kenapa ni? Asal muka panik sangat?" Tanya Tengku Danial.

          Aina mencari nafas nya dulu. Dia bertenang dan memberitahu perkara ni. "Melissa... dia... dia accident. Sekarang dia kritikal." Aina memberitahu kepada Tengku Danial.

          Namun Tengku Danial kaku. "So, kenapa kena bagi tahu aku? Dia bukan siapa-siapa bagi aku." Bidas Tengku Danial. Dia ingin menutup pintu, tetapi kaki Aina terlebih dahulu menahan pintu itu daripada tutup.

          "Tolong lah! Untuk kali ni saja." Rayu Aina. Tengku Danial mengeluh.

          "Kuat betul kau tahan pintu ni. Tak padan dengan orang mengandung." Ucap Tengku Danial.

          Aina tersenyum. Dia mencubit pipi Tengku Danial lalu pergi daripada situ. "Aduh! Sakit betul dia cubit." Tengku Danial mengusap pipi kiri nya. Dia tersenyum. Kunci kereta diambil diatas almari nya.


HAMPIR 5 jam Melissa berada di dalam bilik pembedahan. Ouh ye, lupa nak cerita macam mana Melissa boleh kemalangan. Mianhae!

          Pintu butik dikunci apabila habis waktu kerja. Melissa menggeliat kerana penat menghadap kerja yang menggunung tu. Haish! Sabar, itu rezeki Melissa! Dia menghembus nafas nya.

            Handphone nya berbunyi. Melissa tersenyum apabila nama kawan baiknya tertera di skrin. Tepat pada masa nya!

          "Hallu! Asal kau call aku?" Tanya Melissa.

         "Nak cakap pasal Danial. Aku dah ada plan macam mana nak ngorat dia." Kata Aina. Melissa tertawa.

           "Ouh ye!? Macam mana?" Tanya Melissa. Baru saja dia ingin mendengar apa yang dikatakan oleh kawan baik nya, bunyi hon membuatkan nya terkejut dan...

Dduumm...!

             "Melissa? Mel! Hello, Mel?" Aina sudah mula panik. Dia risau akan kawan baik nya apabila mendengar bunyi dentuman seperti seseorang dilanggar. Hati nya rasa tidak senang, dia mengambil kunci kereta.

              Mujur Tengku Danish ada meeting di langkawi. Dapat lah dia bergerak ke sana sini. Dia cuba untuk menghubungi Tengku Danial, namun tidak diangkat oleh lelaki itu. Aina berdencit. Dia menekan pedal nya.

           Aina pergi ke wad kecemasan. Dia pergi ke kaunter pertanyaan. "Assalamualaikum, saya nak tanya. Melissa Wilson binti Ahmed ada tak?" Tanya Aina.

           "Ada, dia dalam wad ICU." Ujar nurse yang manis itu.

          Aina berlari ke wad ICU. Kelihatan doktor dan nurse berlari masuk ke dalam bilik pembedahan Melissa. Aina tergamam, bagaimana? Dia tidak mahu kehilangan kawan baik nya.

             Bahu Aina disentuh, Tengku Danial mengambil tempat duduk di sebelah Aina. "Sabar eh? Melissa mesti kuat, dia kan pantang menyerah kalah." Ujar Tengku Danial. Dia kenal Melissa ni bagaimana orang nya, dah Melissa adalah perempuan yang pertama membuat hati nya tidak keruan. Ya! Dia ingin memiliki perempuan itu, tapi kenapa Melissa tidak dapat menerima nya?

           Pintu bilik Melissa di buka oleh seorang doktor perempuan. Aina mendekati doktor tersebut.

          "Doktor? Macam mana? Melissa?" Tanya Aina dengan cemas.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now