Bab 36

40.5K 1.4K 27
                                    

               Gambar Keisha diberikan kepada lelaki berbaju serba hitam. Begitu juga dengan upah pendahuluan bagi lelaki tersebut.

             "Aku nak kau siasat Keisha. Anak dalam kandungan itu. Aku nak kau siasat sama ada perempuan tu betul-betul mengandungkan kembar aku atau tidak. Bagi tahu maklumat itu dari semasa ke semasa. Bayaran akhir nanti aku bagi kalau masalah dah selesai. Okey?" Kata Tengku Danial.

             Larry mengangguk. "Okey boss. Semua nya serahkan pada saya. Saya pergi dulu." Tengku Danial mengangguk. Dia mengeluh.

             Dia berjalan dengan termenung. Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang, namun dia sempat memaut tubuh perempuan itu yang dia langgar.

            Melissa terkejut apabila Tengku Danial sedang memaut pinggang nya daripada jatuh. "Apa awak buat ni?" Tanya Melissa dengan nada yang keras.

            Tengku Danial yang baru sedar daripada lamunan nya terus saja meleraikan pautan itu. "Maafkan saya... tadi saya terlanggar awak, tak perasan pula." Ujar Tengku Danial.

          "Maaf awak diterima. Assalamualaikum." Ucap Melissa. Langkah nya dipercepatkan supaya tidak lagi terserempak dengan Tengku Danial.

           "Tunggu sekejap. Ada sesuatu yang saya perlu bincangkan dengan awak." Ucap Tengku Danial.

            Melissa menghembus nafas nya untuk mencari kekuatan berhadapan dengan Tengku Danial. Dia memalingkan tubuh nya menghadap lelaki itu. "Awak nak bincang apa lagi? Sudah lah, bukan ke aku dah pesan dekat kau. Aku tak nak kita berjumpa lagi." Rintih Melissa.

             Tengku Danial menggeleng kepala. "Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni." Ujar Tengku Danial dengan nada yang kasar.

          "Cakap lah! Cakap lah apa yang awak nak sangat cakap dengan saya." Melissa cuba menahan air mata nya daripada gugur.

           "Saya nak awak jadi permaisuri hati saya. Izinkan saya..." belum sempat Tengku Danial hendak meneruskan percakapan nya, Melissa memintas.

            "Cukup! Saya tak nak dengar! Kan saya dah cakap, jangan jumpa saya untuk selama nya. Kenapa awak tak faham lagi apa yang saya cuba sampaikan!" Bentak Melissa. Air mata nya mengalir jua setelah penat menahan air mata itu.

               Hati nya terasa sakit apabila Melissa tidak mahu mendengar kata-kata nya. Tengku Danial tersenyum sinis. Dia rasa seperti orang bodoh pula, terkejar-kejar orang yang tidak membalas cinta nya. Tengku Danial cuba untuk tersenyum.

         "Baiklah, kalau itu yang awak nak. Saya takkan muncul lagi depan mata awak. Anggaplah saya tak pernah jumpa dengan awak sebelum ni. Assalamualaikum." Melissa tergamam. Air mata nya mengalir dengan deras. Kata-kata Tengku Danial berputar dalam fikiran nya.

            Melissa terduduk lemah. Apa yang dia dah buat? Dia telah melukakan hati lelaki yang dia suka dalam diam.

KUNCI kereta di letak kasar oleh Tengku Danial. Hati nya betul-betul terluka apabila Melissa tidak mahu berjumpa dengan nya tanpa sebab apa-apa. Dia pun tidak tahu kenapa boleh terjadi.

           Handphone berbunyi. Nama Aina tertera pada skrin handphone nya. "Assalamualaikum, nak apa?" Tanya Tengku Danial.

         "Hmmm... boleh tak aku nak jumpa kau sekejap je. Aku... aku rindukan Dani." Ucap Aina dengan malu.

            Tengku Danial mengeluh. Namun keluhan itu dapat didengar oleh Aina. "Tak apa lah kalau kau tak boleh. Maaflah banyak susah kan kau. Assalamualaikum." Ujar Aina.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now