Bab 5

52.1K 2K 48
                                    

           Aina pergi menyiapkan diri untuk pergi ke majlis ulang tahun syarikat milik kawan Amar. Dia hanyalah partner kepada Amar.

           Blaus labuh berwarna ungu pekat dipandang. Baju pemberian Amar. Dia tersenyum manis. Dia teringat apa yang dikatakan oleh Amar semasa mereka memilih baju untuk majlis esok.

                "Awak nampak cantik bila pakai blaus. Saya suka. Saya nak awak pakai baju ni masa majlis esok eh?" Kata Amar dengan perlahan. Suara dia membuatkan Aina tersenyum manis.

             Dia menggeleng kepala nya. Takkan aku dah jatuh cinta dekat Amar! Dia tu hanya lah senior aku. Apa lah Aina! Berangan je lebih. Blaus di ambik lalu pergi ke bilik persalinan.

KERETA bmw tersadai di tepi perumahan yang mempunyai 2 tingkat. Amar melihat cermin kereta nya. Setelah dia berpuas hati pada penampilan diri nya. Baru lah dia keluar untuk menjemput Aina.

           Loceng rumah ditekan. Seorang lelaki tua keluar daripada rumah. "Assalamualaikum, selamat malam pak cik." Sapa Amar dengan ramah. Encik Razak membalas sapaan jejaka tampan di hadapan nya.

           "Waalaikumussalam, nak jemput Aina ke? Kejap ye. Marilah masuk dulu. Aina ru kalau bersiap memang lama." Ujar Encik Razak. Amar hanya membuntuti ayah Aina masuk ke dalam.

           "Ibu, panggil Aina suruh turun cepat. Si Amar dah tunggu ni." Encik Razak menyuruh isterinya memanggil anak dara nya sorang.

           Amar terasa janggal pula apabila masuk ke dalam rumah Aina. "Pak cik nak pesan satu je dekat Amar. Bawa dia hati-hati, hantar dia balik dan jangan lewat." Pesan Encik Razak. Pesanan itu dibalas oleh Amar dengan anggukan saja.

           "Maafkan Aina. Aina lambat siap. Jom lah gerak nanti sesak pula jalan." Celah Aina yang sibuk menyarungkan kasut sarung nya.

           Amar yang terpegun dengan kecantikan Aina segera menggeleng kepala nya. Amar sempat lagi bersalaman dengan Encik Razak sebelum keluar daripada rumah.

          "Ibu, abah... Aina pergi dulu. Aina balik pukul 11 malam tau. Assalamualaikum." Aina mencium tangan Puan Maisarah dan Encik Razak sebelum pergi.

              Aina masuk ke dalam kereta milik Amar. Dalam perjalanan ke majlis tu, mereka banyak menghabiskan masa dengan mendiamkan diri. Amar pula masih fokus pada pemanduan nya.

          "Masa tu, abang Amar cakap nak buat surprise. Apa surprise nya tu?" Tanya Aina dengan penuh minat. Dia ingin tahu juga kerana dia merasakan Amar akan berjauhan dengan nya selepas ni.

            "Sabar lah. Nanti Aina akan tahu." Amar cuba berlagak tenang tetapi dalam hati nya berdegup kencang. Dia tidak sabar rasanya untuk meluahkan perasaan dia yang sebenarnya pada Aina.

            Kereta nya dipakir berdekatan dengan kapal mewah yang mereka akan naiki nanti. Aina terpegun melihat kecantikan kapal mewah ni. Nampak macam romantik lah suasana ni.

             "Jom kita masuk." Ujar Amar. Aina mengangguk perlahan. Dia berjalan bersama Amar. Kebanyakkan tetamu yang hadir, menghadirkan diri bersama partner nya. Patutlah Amar beria suruh aku jadi partner nya.

            Amar melihat kawan-kawan kerja nya turut hadir. "Bro, siapa perempuan cantik dekat sebelah kau ni? Bakal isteri ke?" Tanya Firdaus. Pertanyaan Firdaus membuatkan Amar tertawa.

          "Mana ada lah. Dia junior aku je. Kenalkan, ni Aina Umairah. Aina ni Firdaus, tu pula Syameer and yang kurung kering ni Fawwaz." Aina hanya mampu memberikan senyuman saja pada mereka bertiga.

           "Awak boleh lah pergi ambik makanan. Saya nak borak kejap dengan member saya dulu." Aina hanya mengangguk. Dia pergi ke tempat makanan. 'Sedap nya! Mewah betul kapal ni.' Dia pergi di luar kapal, kelihatan pemandangan laut dan awan yang cantik meskipun kelihatan gelap-gelita.

        

TENGKU Danish terpaksa membawa Keisha kerana mama nya yang menyuruh nya untuk membawa Keisha. Sibuk betul perempuan ni. Dah lah baju pun tak cukup kain, dengan lengannya yang tak berlengan, dress sendat paras peha saja. Malu betul dia melihat perempuan ni.

           "Lepas lah! Kau tahu tak adab kau bila kau sesuka hati pegang tangan aku?" Marah Tengku Danish. Dia paling tidak suka perempuan ni memeluk lengannya. Macam ular sawa pun ada.

             "Ala You ni. I cuma nak bermanja dengan You je. Itu pun tak boleh ke?" Tanya Keisha dengan suara yang menggoda. Tengku Danish meluat mendengar nya lalu meninggalkan Keisha yang terpinga-pinga di dalam kapal.

          "Tak guna punya lelaki. Dia ingat dia boleh lepaskan diri daripada aku macam tu je? Aku Keisha Arina, semua lelaki akan tunduk pada aku lah." Ucap Keisha dengan angkuh nya. Dia memandang sekeliling, kelihatan ramai lelaki yang memandang nya dengan pandangan semacam. Mana tak nya, tengok lah cara Keisha berpakaian. Tak cukup kain! Macam mana kaum lelaki tak pandang dia.

             Tengku Danish berjaya melepaskan diri daripada perempuan gedik tu. Dia perlu melayan tetamu VVIP yang hadir. Nasib baik papa dan mama nya juga turut hadir dalam majlis ulang tahun syarikat, ada juga kelapangan untuk dia berehat sekejap.

             Bahu Tengku Danish disentuh oleh kembar nya. "Bro, kau dah dapat belum calon isteri. Kan mama nak masa majlis ni berlangsung. Maksud nya, kau kena mengumumkan yang kau akan berkahwin. Mama nak itu sebenarnya, kalau tak... habis lah kau." Tengku Danish baru teringat apabila kembar nya bercakap pasal jodoh ni. Argh! Asal lah dia boleh lupa pasal ni. Mana dia nak cari calon isteri dalam masa terdekat ni. Dia cuba memerah otak untuk berfikir.

           "Thanks bagi tahu aku. Nantilah aku cari calon isteri. Aku nak pergi layan tetamu kejap." Tengku Danish pergi masuk ke dalam dewan yang menempatkan hampir beratus orang dan kebanyakan nya staf-staf syarikat nya, klien dan ahli-ahli korporat saja.

              "Assalamualaikum, Weh bro! Dah lama tak jumpa. Sihat ke?" Sapa Amar. Mereka berpelukan seketika. Tengku Danish mengangguk.

           "Kau macam mana? Masih lagi dengan syarikat kebajikan kau? Aku dengar dah berkembang pesat dah. Tahniah lah." Ucap Tengku Danish. Kawan baik nya semasa di sekolah menengah dulu. Tak sangka dah berjaya.

         "Kau pun sama. Makin handsome kau. Patut lah ramai perempuan pandang kau." Mereka tertawa. Memang pun. Dari tadi wajah Tengku Danish asyik menjadi pemerhatian ramai gadis di dalam dewan atas kapal mewah ni.

          "Kau macam mana? Dah ada yang punya ke?" Tanya Tengku Danish. Amar tersenyum lalu mengangkat kening nya.

          "Ada, tapi aku nak minta izin sikit dekat aku. Aku nak melamar perempuan tu dekat dewan ni boleh tak?" Soal Amar. Persoalan itu membuatkan Tengku Danish tertanya-tanya.

          "Ouh, kau ada bawa perempuan tu sama? Boleh je. Aku pun nak melamar seseorang jadi suri hati aku. Tapi rahsia lah." Tutur Tengku Danish. Dia belum lagi mencari calon isteri, macam mana nak mmengumumkan lawak ke.

             "Perhatian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dinasihatkan agar tetamu dapat masuk ke dalam dewan." Pengacara itu memberitahu kepada semua tetamu yang hadir.

            Aina masuk ke dalam apabila pengumuman di umumkan majlis akan bermula sebentar lagi. Tiba-tiba dia terlanggar tubuh sesorang sehingga mereka jatuh tersungkur.


Hey guys! Okey tak cerita ni. Siapa yang Aina langgar tu? Takut nya. Macam mana pula dengan Amar? Amar ke yang Aina langgar?

Nantikanlah. Jangan lupa vote, please. 😭😭🙏

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now