Bab 31

39.6K 1.3K 27
                                    

              Aina bangun daripada tidur nya. Dia melihat Tengku Danish masih lagi tidur. Ditilik wajah Tengku Danish sepuas yang mungkin kerana tak lama lagi ada perkongsian di dalam perkahwinan ni.

             Mata nya di cium oleh Aina perlahan. Kemudian turun ke hidung mancung Tengku Danish. Kedua belah pipi nya dicium juga. Nafas nya sedikit tercungap-cungap. Dia merenung saja bibir Tengku Danish. Mungkin saja ni kali terakhir dia memandang wajah tampan suami nya yang sentiasa menghiasi hidup nya.

         Air mata nya di tahan daripada mengalir. Dia bangun daripada pembaringan tetapi tangan nya ditahan oleh Tengku Danish. Aina sedikit terkejut, dia menggelap air mata nya dan cuba mengawal suara nya yang bergetar.

          "Morning my sweet heart." Ucap Tengku Danish.

            Aina tersenyum paksa. Dia tidak mahu memandang wajah suami nya. "Morning, saya nak pergi bilik air dulu." Ucap Aina.

           Tengku Danish hanya membiarkan saja Aina pergi. Dia mengusap pipi nya kerana ada air mata yang menitis pada pipi nya. 'Air mata Aina ke? Kenapa dia banyak menangis? Malam tadi tiba-tiba saja dia menangis.' Dia sendiri pun kurang faham.

            Selesai saja mandi, Aina keluar daripada bilik air dengan keadaan berkemban. Dia lupa untuk mengambil pakaian nya. Kelihatan Tengku Danish bersandar pada dinding berdekatan bilik air.

          "Stop! Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau." Tengku Danish menyekat perjalanan Aina. Tengku Danish menarik Aina lalu duduk di sofa.

           "Please, tell me what happened to you, dear." Bisik Tengku Danish.

         Aina diam. Dia menghembuskan nafas dengan berat. "Saya okey je. Cuma emosi saya terganggu setiap kali saya stress." Bohong Aina. Dia hendak bangun tetapi ditegah oleh suami nya.

           Wajah sayu Aina ditatap lama. "Please, jangan buat macam ni lagi. Aku takut kau akan pergi daripada aku." Ucap Tengku Danish. Dia membawa Aina ke dalam pelukan nya. Ubun-ubun dikucup lama.

             Secara tidak sengaja, air mata nya menitis. "Maafkan saya, saya tak bermaksud nak buat awak macam tu." Kata Aina. Dia mengusap air mata nya sebelum Tengku Danish memandang nya.

               "Tak apa. Aku okey. Cuma, kau mungkir janji pagi semalam. Kata nak buat, tapi lain pula jadi." Tengku Danish menjauh. Dia memandang ke arah lain.

           Aina mengerutkan dahi. Ni sebenarnya yang merajuk aku ke kau? Dia mencuit hidung Tengku Danish. Dia tersenyum. Tengku Danish pandai memujuk nya.

            Leher Tengku Danish dililit. Baru dia perasan, diri nya masih lagi berkemban, dadanya sedikit terdedah. "Pandang lah saya." Bisik Aina dengan menggoda.

           "Tak apa lah. Aku nak mandi dulu." Tengku Danish bangun tetapi Aina menghalang dengan melilitkan leher Tengku Danish.

           "Awak dah terperangkap dengan jerat saya." Aina tertawa kecil. Tengku Danish menelan air liur nya apabila melihat keadaan Aina yang masih tidak berpakaian lagi dan hanya berkemban saja. Iman nya bergetar apabila melihat isteri nya cuba menggoda nya dengan berpakaian begini.

             "Kau nak aku terkam kau ke?" Tanya Tengku Danish dengan selamba.

           Aina hanya diam. "Terkam lah, tapi bukan sekarang. Awak pergi kerja. Esok baru cuti, tunggu lah ye." Aina melepaskan lilitan nya lalu menghadiahkan ciuman pada kedua belah pipi Tengku Danish sebelum masuk ke dalam bilik persalinan.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now