Bab 4

53.6K 2.2K 15
                                    

             Handphone Samsung Galaxy edge berdering kuat pagi-pagi buta. Tangan nya meraba-raba mencari deringan itu dengan keadaan mata tertutup.

            "Hello..." Aina berhenti sejenak untuk melihat siapa pemanggil itu. Amar! Mata nya terus terbeliak. "Abang Amar nak apa?" Tanya Aina. Pelik! Tiba-tiba je nak call pagi-pagi buta ni.

            "Errkk... maaflah kalau saya kacau awak tidur. Tapi boleh tak saya nak minta tolong awak sikit." Ucap Amar.

            "Tolong? Apa dia? Aina boleh tolong kalau itu yang Abang nak." Aina sudah sedia menghulurkan bantuan. Sebagai junior mithali, mestilah tolong senior dalam kesusahan. Ahaks!

             "Boleh tak Aina jadi partner abang untuk majlis ulang tahun syarikat kawan abang?" Tanya Amar. Aina mengerutkan dahinya.

            Partner? "Kenapa Aina?" Tanya Aina. Yelah, abang Amar kan ramai staf dan kawan perempuan. Dia boleh pilih sesiapa yang sudi jadi partner dia.

            "Sebab Aina kan peramah giler! Sebab tu lah abang nak ajak Aina. And ada surprise untuk majlis nanti buat Aina." Ucap Amar dengan penuh rahsia.

            Aina tertawa. "Wow, surprise. Thanks abang buatkan surprise untuk Aina. Aina nantikan itu." Aina tersenyum. Dia suka Amar buatkan dia surprise, dan dia suka Amar mengambil berat tentang nya.

           Aina mematikan talian. Dia baring kembali. Bibir nya tersenyum manis. 'Kenapa aku rasa Amar akan mengecewakan aku? Kenapa aku rasa surprise tu tak menggembirakan aku? Selalu Amar buat surprise mesti aku akan teruja. Tapi sekarang kenapa tak?' Gumam Aina. Dia mengeluh berat. Matanya kembali tertutup, nasib baik hari ni dia ABC. Boleh lah sampai terlajak pagi. Bahahaha!

PEN di tangan nya diketuk berulang-ulang kali untuk mendapatkan idea macam mana nak dapatkan calon isteri selain daripada anak Datin Shariffah Nurina tu.

         Kalau nak tanya kembar nya. Tak boleh pakai langsung! Asyik dengan citarasa dia je. Kata-kata mama nya asyik bermain di fikiran nya saja.

            Datin Mastura terkejut. "No! Danish kena kahwin dengan anak Datin Shariffah Nurina. Muktamad!" Datin Mastura sudah berang dengan anak nya seorang ni. Keras kepala betul! Nak juga dengan cara dia sendiri.

              "Sorry mama if Danish rude dekat mama. Tapi ni berkaitan dengan masa depan Danish, hidup Danish untuk memikul tanggungjawab seorang suami. Itu bukan nya senang! Biar lah Danish yang menentukan masa depan Danish." Tutur Danish. Cukup lah mama nya membesarkan nya sehingga sihat walafiat sekarang ni. Dia banyak terhutang budi terhadap mama nya dan dia tahu dia tidak mampu membalas budi mama nya walau pun dia sudah mati.

              "Sayang, sudah lah tu. Biarlah Danish yang tentukan masa depan dia. Yang awak sibuk-sibuk nak kahwin dengan anak Datin Shariffah Nurina tu  buat apa? Bukan papa suka pun." Datuk Tengku Fazrul mencelah perbualan antara ibu dan anak.

              "Okey, mama akan lepas tangan. Tapi Danish kena cari calon isteri untuk mama dalam masa seminggu ni. Kalau dalam masa seminggu nni Danish tak dapat calon isteri, Danish akan kahwin dengan anak Datin Shariffah Nurina." Baru saja Tengku Danish ingin bersuara, papa nya menggeleng kepala.

          "Biarlah mama tu. Ikut je cakap mama kalau kamu tak nak dikahwinkan dengan si Keisha tu." Kata-kata papa nya ada juga betul. Baik dia cari calon isteri sendiri. Tapi, macam mana nak cari? Dia tidak berminat sangat dengan perempuan ni! Leceh betul!

             Tengku Danish mengeluh. "Aish!! Pening nya fikir pasal kahwin. Baik aku siapkan kerja aku." Dia kembali menyambung kerja nya semula setelah hal perkahwinan diusir jauh daripada fikirannya.

               Tiba-tiba pintu bilik Tengku Danish diketuk. Wajah Tengku Danial di jenguk apabila Tengku Danish membenarkan dia masuk.

             "Hoi! Busy nya. Orang lain sibuk pasal majlis ulang tahun syarikat. Kau busy siapkan homework kau. Pergi lah tengok persiapan sana!" Arah Tengku Danial kepada kembar nya.

             Tengku Danish menjeling tajam. "Suka hati aku lah. For your information, ni bukan homework macam budak sekolah eh? Nantilah aku tengok persiapan tu. Yang kau dekat sini buat apa?" Tanya Tengku Danish. Budak sorang ni asyik nak lepak je kerja nya. Kerja punya lah berlambak!

            Tengku Danial tersengih. "Aku bosan. Kerja aku dah siap. So, aku lepak lah sini. Mana lah tahu kau dah dapat calon isteri... boleh lah share dekat aku." Dia sengaja menaikkan bad mood kembar nya. Dia memang suka cari pasal dengan kembar nya, nak menyerikan keadaan lah.

            "Belum lagi. Mana aku nak cari calon isteri? Satu habuk pun aku tak kenal perempuan dekat sini. Patah lagi satu dunia." Kata Tengku Danish.

          Tengku Danial tersenyum pada kembar nya. "Aku tahu mana kau nak dapat calon isteri. Kau nak calon isteri yang betul ke kau upah sesorang untuk jadi calon isteri kau? Mana satu kau nak pilih?" Tanya Tengku Danial. Pertanyaan itu membuatkan Tengku Danish mengerutkan dahinya.

        Pahal budak ni tetiba je tanya pasal tu? "Mestilah aku nak calon isteri yang betul. Teruk kut kalau upah orang, mahu mama jadi hulk nanti." Kata-kata Tengku Danish membuatkan Tengku Danial tertawa terbahak-bahak. Sempat lagi Tengku Danial membayangkan mama nya berubah berwarna hijau.

                "Okey, aku cadangkan. Baik kau melamar Hani jadi suri hati kau. PA kau... kan sesuai kau dengan dia." Ujar Tengku Danial.

             Kepalanya kembar nya dihempuk dengan fail yang kosong. "Bangang nya kau ni. Hani dah bertunang lah, kau nak ke aku penyebab Hani putus tunang dengan tunang nya? Harap je belajar tinggi-tinggi, tapi otak tak boleh nak pikir dah?" Marah Tengku Danish. Kerja nya tidak berjalan kerana kembar nya yang banyak mulut membuatkan dia susah untuk menumpukan perhatian kepada kerja nya.

                Pintu diketuk. Wajah Hani muncul di muka pintu. Perbualan mereka serta merta terhenti.

            "Boss, ada klien yang datang nak jumpa boss. Dia tunggu dekat bilik meeting. Itu je." Hani beredar daripada bilik boss nya. Itulah rutin harian nya semasa dia bekerja sebagai PA Tengku Danish Edward.

            "Weh, bro. Manis nya Hani tu. Asal ah dia dah bertunang. Kalau tak boleh lah dia jadi kakak ipar aku." Tengku Danial mengusik kembar nya

            "Kau nampak ni? Jangan nak mimpi. Kau tu perempuan keliling pinggang masih tak puas lagi ke? Belum insaf?" Bidas Tengku Danish. Dia pergi meninggalkan kembar nya yang msih lagi di dalam bilik kerja nya.

             Tengku Danial tersenyum. Abang, abang! Kau tak pernah lupa tegur aku, tapi aku masih lagi pekak kan telinga untuk mendengar nya. Sebab aku masih lagi belum bersedia untuk itu.



Habis untuk bab 4. Yeay! Part seterusnya!
Please vote 😭😭

          

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now