Bab 7

47.8K 1.8K 48
                                    

              Majlis sudah pun selsai. Bayangan Amar tidak kelihatan daripada tadi. Tinggal Aina saja yang tinggal di pelabuhan itu. Angin sejuk menampar tubuh nya yang kecil.

              Sms diterima. Aina segera membuka nya.

     -maafkan saya. Tadi mama saya call ada emergency. Papa saya masuk hospital.-

            Aina mengeluh berat. Cakap lah awal-awal, kalau tak boleh lah dia naik teksi. Ni dah pukul 12 tengah malam, teksi siapa nak berhenti dekat sini.

            Dia memandang sekeliling. Tiada orang. Sunyi. Hanya dia seorang saja berada di situ. Bulu nya meremang tiba-tiba apabila ada sesorang seperti memerhatikan dia. Peristiwa hitam muncul kembali dalam ingatan nya setelah sekian lama dia lupakan.

          "Ibu, tolong Aina. Aina takut sorang-sorang dekat sini." Aina merengek. Dia menggenggam kedua tangannya yang sejuk. Tangannya menggigil. Bahunya terasa disentuh oleh seseorang.

            Aina menjerit memanggil ibu nya. "Hey, kenapa ni... aku lah Danish!" Tengku Danish pelik melihat sikap Aina. Pucat wajah nya macam orang mati.

          Aina menangis teresak-esak. "Saya takut. Saya takut duduk sorang-sorang dekat sini." Aina menangis lagi. Mujur Tengku Danish ada, kalau tak, tak tahu lah apa yang terjadi pada dirinya. Mungkin dia akan pulang dengan berjalan kaki.

           "Shh! Jangan lah nangis. Kau balik naik apa? Sorang-sorang ni buat apa dekat sini?" Tanya Tengku Danish. Aina mengusap air matanya.

           "Saya tadi naik dengan senior saya. Tapi dia dah balik dulu sebab ada emergency. Saya nak naik teksi tapi tak teksi yang lalu dekat sini." Ucap Aina dengan lemah. Kenapa lelaki ni mesti muncul di depannya? Argh! Malu nya aku tadi kenapa lah menangis. Mesti buruk muka aku bila nangis.

              "Jom, aku hantar kau balik. Kau bagi tahu alamat kau." Tengku Danish meninggalkan Aina yang termangu lama di situ.

             "Kau nak balik ke tak nak? Atau nak aku tinggalkan kau dekat sini? Tengku Danish sudah mengugut Aina. Aina yang termangu berlari ke arah Tengku Danish yang sudah masuk ke dalam kereta audi milik kembar nya.

ENCIK Razak melihat jam sudah pukul hampir jam satu pagi tetapi anak dara nya masih lagi belum pulang. Kerisauan nya melanda apabila anak dara nya keluar bersama lelaki.

             "Mana lah anak aku ni? Dah pukul berapa ni??" Risau Encik Razak. Dia dari tadi asyik melihat tingkap saja. Ibu nya sudah tidur, penat menunggu Aina pulang. Tetapi Encik Razak masih lagi setia menunggu anak nya pulang kerana takut ada terjadi apa-apa pada anak nya.

             Deruan kereta di hadapan rumah Encik Razak membuatkan Encik Razak keluar daripada rumah untuk menjemput anak nya pulang.

           Tapi, kenapa dengan lelaki lain? Bukan dengan lelaki tadi? Pelik nya? "Maafkan Aina, abah sebab lambat balik. Aina janji takkan pulang lewat lagi." Aina memeluk erat Abah nya. Dia memang manja pada abah nya.

           Tengku Danish tersenyum melihat keakraban antara anak dan ayah. "Pak cik. Selamat malam." Tengku Danish bersalam dengan Encik Razak.

            "Terima kasih ye nak. Sebab hantar Aina balik. Tapi kenapa bukan Amar yang hantar balik? Kamu ni siapa?" Soal Encik Razak. Tengku Danish tersenyum nipis. Amar? Apa kaitan Aina dengan Amar?

           "Amar ada emergency tadi, sebab tu lah dia tinggalkan Aina. Dia ni Tengku Danish, orang yang buat majlis tadi. Jom abah masuk. Aina sejuk ni." Aina sudah merengek menyuruh abah nya masuk.

            "Sabar lah. Terima kasih ye sekali lagi. Kalau Danish tak hantar Aina balik, tak tahu lah apa yang jadi. Sebab Aina ni ada trauma nya." Kata Encik Razak.

               "Abah! Kenapa bagi tahu dia! Jom lah!" Aina menarik sekuat hati tangan Encik Razak tetapi tidak berdaya.

            Tengku Danish lihat saja gelagat Aina seperti kebudak-budakan. Nampak comel. "Saya balik dulu ye pak cik." Tengku Danish minta pamitan terlebih dahulu. Trauma? Rupanya perempuan tu ada trauma.

              
KOTAK cincin dilempar kuat oleh Amar. Kenapa mesti kawan baik aku yang lamar Aina. Aina milik aku! Danish! Kau memang perampas! Dari dulu lagi kau memang perampas hak aku.

            Tunang aku kau rampas sampai dia minta putus. Tapi, kau sia-siakan dia sampai dia menghidap leukemia. Kalau dia tak minta putus, perkara ni takkan jadi lah.

           Amar mengusap rambut kebelakang. Rambut sudah kusut. Dia baring di atas katil untuk menenangkan fikiran nya. Wajah Aina bermain di fikirannya. Wajah yang manis dilihat apabila senyuman manis terukir di bibir perempuan itu. Cukup ayu!

              Handphone nya dilihat. Tiada reply daripada Aina? Begitu cepat Aina melupakan dia. Dia sebenarnya berbohong saja. Papa nya sihat belaka, cuma dia seperti belum menerima hakikat yang Aina bukan milik nya lagi. Dalam masa sebulan ni, Aina sudah akan bergelar isteri kepada Tengku Danish. Amar tersenyum kelat. Mungkin dia patut terima hakikat agak nya.

PAGI-PAGI lagi Aina sudah bangun daripada tidur nya. Kata abah nya ada sesorang yang akan datang ke rumah nya. Tapi Aina tak tahu lah siapa yang akan datang, abah nya tak pula bagitahu dia.

           "Eh, anak ibu dah bangun. Meh sini sarapan dulu. Kejap lagi ada rombongan lelaki nak datang. Katanya dia nak merisik kamu, sekali dengan tunang. Tiba-tiba je, ibu dah siap masak untuk mereka semua nanti." Ujar Puan Maisarah. Aina mengerutkan dahi. Siapa pula nak merisik aku kali? Aku dah tolak tu dah lah. Tak paham bahasa ke diorang tu?

             Encik Razak yang baru pulang daripada berjoging duduk di hadapan anak dara nya. "Malam tadi siapa yang hantar kamu? Nampak macam bukan calang-calang orang je abah tengok." Kata Encik Razak. Dia bukan tidak suka pada lelaki yang menghantar anak nya balik, tapi dari segi pakaiannya nampak macam anak orang berada.

        "Err... malam tadi kawan Aina yang hantar balik. Kitorang baru je kenal. Kebetulan dia ada masa tu, jadi nya dia hantar Aina balik." Bohong Aina.

          "Pagi tadi ada orang call abah. Dia nak datang merisik kamu sekali dengan bertunang. Abah setuju je lah sebab kamu tu bukan muda lagi, dah umur 25 tahun dah. Asyik nak tolak pinangan orang je." Bebel Encik Razak. Aina hanya mengangguk perlahan. Nasi goreng disuap perlahan-lahan. Siapa yang nak datang meminang dia? Kenapa abah tak bagi tahu nama dia? Aina meneruskan makan nya.


BAJU KURUNG berwarna merah jambu dipakai oleh Aina. Shawl merah sudah terlilit di kepalanya. Dia memandang cermin lama. Betul ke aku dah nak bertunang? Macam tak percaya je.

         Pintu bilik buka. "Aina, pihak lelaki dah sampai. Mari lah turun." Kata Mak Ngah Ida. Aina mengangguk.

             Mujur ada sanak-saudara yang datang untuk majlis pertunangan nya. Aina turun ke bawah. Wajah yang membuatkan dia geram muncul tiba-tiba. Apa yang terjadi?



Habishh bab 7. Jangan lupa vote.
Siapa yg nak datang merisik Aina tu? Amar ke? Takutnya.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now