Bab 18

40.1K 1.6K 37
                                    

          Pandangan nya kabur apabila terkena cahaya lampu. Aina memandang sekeliling nya. Hospital? Danish!! Aina bangun lalu mencabut wayar pada pergelangan tangan nya.

           Dengan keadaan masih lemah, dia berusaha mencari suami nya yang kemalangan teruk. Air matanya tidak henti-henti mengalir dan berdoa supaya Tengku Danish tidak terjadi apa-apa.

         Kelihatan Hani sedang duduk di bangku untuk menunggu. "Hani... mana Dani. Aku nak jumpa Dani sekarang! Dia okey tak?" Tanya Aina.

      "Sabar Aina. Doktor belum keluar lagi daripada bilik bedah. Dah 6 jam Dani dalam bilik bedah tapi masih lagi belum selesai." Ucap Hani. Semua staf diarahkan pulang awal kerana boss nya terlibat dalam kemalangan langgar lari.

          Aina terduduk lemah. Entah kenapa kata-kata Tengku Danish semalam seperti doa. Kenapa! Kenapa macam ni! Aina menggeleng kepalanya.

            "Aina, sabar. Setiap ujian daripada Allah ada hikmah sebenarnya. Allah nak uji kita sama ada kita masih ingat lagi ke tidak padaNYa. Banyak kan berdoa dan selalu beristighfar, InShaAllah Aina akan mampu tempuhi ujian yang Allah berikan pada Aina." Hani memberikan sedikit sebanyak nasihat dan semangat untuk Aina meneruskan hidup nya.

         Doktor Choi Seung Gi keluar daripada bilik bedah apabila pembedahan selesai. Aina yang gelisah terus mendekati doktor itu.

            "How about my husband? He is okey right?" Tanya Aina.

          "Your husband suffered an injury in the brain. Chances are he will suffer from amnesia as a very strong concussion." Kata Doktor itu.

           "How long he will be aware of?" Tanya Aina.

          "I'm not sure, but he relies on power alone." Aina menangis teresak-esak. Dani, sampai hati awak buat saya macam ni. Awak nak sangat tengok saya selalu senyum, tapi awak sendiri yang buat saya sedih.

         Aina masuk ke dalam wad di mana Tengku Danish terlantar di situ. Dia mendekati Tengku Danish dan dipandang dengan lesu. Wajah yang sering buat Aina tersenyum, gelak tawa dan selalu menyakitkan hati Aina.

          "Awak, cepat sembuh eh? Bila awak dah sedar nanti, saya akan cerita dekat awak macam mana kita jumpa. Even pertemuan kita tidak seindah pasangan lain, tapi saya tak kisah sebab awak tetap di sisi saya." Ucap Aina. Dia mengusap pipi Tengku Danish perlahan.

          "Awak dengar tak apa yang saya cakap? Kalau dengar, saya nak cakap yang saya cintakan awak. Sejak awak tenangkan saya masa saya mimpi buruk tu, sejak itu lah saya sedar yang awak adalah pelengkap hidup saya. Tapi oleh kerana janji saya pada mama, saya ketepikan perasaan saya. Saya nafikan perasaan saya terhadap awak. Saya takut nak luahkan perasaan lada awak sebab saya takut cinta saya bertepuk sebelah tangan. Awak dah lah terlajak macho, mesti ramai perempuan yang nakkan awak." Aina tersenyum. Walaupun dia bercakap sendirian, tapi dia yakin Tengku Danish dapat mendengar nya.

       "Aina, aku nak cakap sikit ni." Kata Hani. Aina hanya mengangguk. Sempat lagi dia menghadiahkan ciuman pada dahi Tengku Danish. "I love you so much." Bisik Aina. Kalau boleh, dia ingin meluahkan perasaan nya setiap hari, biar Tengku Danish selalu mendengar luahan nya.

            Hani memandang lemah. Dia mengusap bahu teman baik nya. "Esok, Dani akan dihantar pulang ke Malaysia. Dia akan dirawat di sana. Tengku dengan Datin dah tahu tentang ni. Dia cakap, Aina kena tabah. Aku balik dulu eh?" Kata Hani. Aina tersenyum.

           Aina masuk ke dalam wad semula. Dia merenung wajah tampan Tengku Danish. "Berapa lama awak nak tidur? Saya bosan sorang-sorang je, nak juga dengar awak menyakat saya. Rindu nak dengar suara awak." Jari Aina bermain sekitar wajah Tengku Danish. Alat pernafasan menyukarkan dia untuk menyentuh bibir pucat Tengku Danish.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now