Bab 37

44.7K 1.4K 28
                                    

              Sudah hampir sebulan Aina sudah dipertemukan oleh Tengku Danish. Kehidupan mereka kembali seperti sedia kala namun ada sesuatu yang tidak kena pada Tengku Danish setiap kali melihat handphone nya.

             Akan tetapi Aina mulai menyedari akan perubahan dingin suami nya sejak 2 minggu yang lepas.

           Kolam renang di pandang jauh. Tengku Danish mengeluh sesaat lalu masuk ke dalam kolam renang untuk menenangkan fikiran nya. Dia terapungkan diri nya lalu menutup mata.

          Aina hanya melihat daripada jauh apabila melihat Tengku Danish diam. Dia kurang pasti sebab perubahan suami nya.

           "Awak! Kenapa awak tutup mata?" Tanya Aina. Dia bangun lalu duduk di tepi kolam renang, kaki nya dimasukkan supaya dapat merasakan kesejukan.

         Tengku Danish membuka mata lalu mendekati Aina. Dia merenung wajah isteri nya. "Andai saya pergi daripada awak? Adakah awak akan mencari pengganti lain untuk menggantikan saya?" Ucap Tengku Danish.

           Aina tertawa. "Awak cuba nak buat lawak ke?" Dia kurang pasti apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Danish.

          "Saya serius! Jawab lah. Betul ke?" Tanya Tengku Danish dengan tegas.

          Aina mematikan senyuman. Dia menelan air liur nya apabila melihat wajah Tengku Danish yang sangat serius. Aina mengalihkan pandangan. "Errmm... kalau awak tiada? Saya takkan cari pengganti awak, sebab awak adalah cinta saya, suami saya dan yang paling penting... saya cintakan Tengku Danish kerana Allah." Ucap Aina dengan malu. Dia memandang wajah tampan suaminya.

            Tengku Danish tersenyum manis. "Betul ke ni? Dia keluar daripada kolam renang lalu baring pada riba Aina. Aina berdencit, pantang betul tengok riba aku.

             "Bila kita nakkan anak?" Tengku Danish bersuara. Dia mengusap perut kosong Aina yang tiada benih di dalam ni. Aina diam.

            "Tak ada rezeki lagi." Rambut basah Tengku Danish diusap lembut. Jantung Aina berdegup kencang apabila Tengku Danish berbaring di atas riba nya tanpa memakai baju. Dia sedikit malu.

          "Tak ada rezeki? Tak apa, kita cuba lagi. Mana tahu kali ni berjaya kan?" Usik Tengku Danish. Aina menjerit malu. Dia mencubit perut Tengku Danish yang terdedah.

           Tengku Danish tertawa. "Kenapa tak sakit sangat awak cubit?" Walhal cubitan itu sudah terasa sakit bagi Tengku Danish, sengaja dia ingin mengusik Aina untuk menghiburkan hati nya.

           Aina mencium dahi Tengku Danish lama. "Jom masuk? Saya nak siapkan breakfast untuk family kita." Ujar AAina tetapi Tengku Danish masih tidak berganjak daripada riba Aina.

          "Nak apa lagi? Saya nak tolong bilik dekat dapur." Kata lagi Aina. Tengku Danish menggeleng kepala.

          "Kenapa cium dahi je... kenapa tak dekat sini? Bawah ni nak sangat cium dengan awak." Usik Tengku Danish. Aina mencubit pipi Tengku Danish.

          "Nakal! Tak payah! Bweekk!" Aina menjelir lidah lalu menolak Tengku Danish sehingga masuk ke dalam kolam renang. Aina pula sudah tertawa terbahak-bahak melihat Tengku Danish dikenakan. Padan muka!

           Aina masuk ke dalam rumah namun, dia merasakan badan nya diangkat oleh seseorang. Danish! Kini Tengku Danish mendukung Aina dengan badan nya yang masih lagi basah.

           "Apa awak ni! Malu lah saya nanti bila Syira dengan Danial tengok!" Bisik Aina. Namun kata-kata Aina seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tengku Danish tetap membawa Aina naik ke atas.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now