Bab 32

40.8K 1.4K 35
                                    

Pintu sliding dibuka apabila sudah siang. Hampir satu hari Tengku Danish menghabiskan dengan demam nya yang masih belum kebah. Aina mendekati suami nya yang sudah pun sedar daripada tidur.

"Selamat pagi. Macam mana dengan demam awak? Dah okey?" Tanya Aina. Dia menarik comforter supaya Tengku Danish senang untuk bergerak.

"Selamat pagi, alhamdulillah sihat. Terima kasih jaga saya semalam." Ucap Tengku Danish.

Aina mengerutkan dahi. "Awak dah makin berubah. Dari segi panggilan tu nampak lebih sopan." Perli Aina. Dia tersenyum ke arah Tengku Danish.

Pipi gebu Aina dicubit lembut. "Nakal eh?" Tengku Danish menarik tubuh Aina dalam dakapan nya lalu menggeletek perut Aina membuatkan Aina terjerit kecil kerana geli.

"Dah la... dah! Penat lah pagi-pagi buta ni gelak. Jom solat, takut tertinggal pula." Aina menghabiskan sisa tawa nya. Dia pergi ke bilik air untuk mengambil air wuduk.

Cermin di dalam bilik air pandang lama. Air mata nya mengalir. Dia tak tahu kenapa perkara ni mesti berlaku saat rumah tangga mulai bahagia. Aina mengusap air mata nya mengambil air wuduk. Dia perlukan tempat mengadu selain daripada ibu bapa nya. Dia perlu mengadu kepada Allah. Apakah dia kuat untuk mempertahankan rumah tangga dia dan Tengku Danish bina selama dia bergelar isteri kepada Tengku Danish?

JAM menunjukkan sudah pukul 10 pagi tetapi dua merpati sejoli masih lagi berkurung di bilik.

Aina duduk di atas riba Tengku Danish sambil bermain jari suami nya manakala Tengku Danish sedang menyiapkan kerja nya yang tertangguh

"Awak... bila nak kerja awak?" Tanya Aina. Entah kenapa dia suka sangat bermanja dengan suami nya hari ni. Seperti hari yang lain tiada masa untuk bersama-sama lagi.

"Kejap lagi ye, sayang." Dahi Aina dikucup lembut. Aina hanya tersenyum malu apabila Tengku Danish berbuat begitu. Suka sangat buat aku malu!

Aina merenung wajah Tengku Danish yang sedang khusyuk pada kerja. Pipi Tengku Danish dicium dengan cinta nya.

"Amboi! Mana boleh curi-curi kiss. Mentang mentanglah saya tengah buat kerja." Ucap Tengku Danish dengan geram.

Aina tertawa halus. Dia cium hidung Tengku Danish pula. Tangan Tengku Danish berhenti daripada menaip laptop lalu memandang Aina.

"Awak buat saya tak tahan dengan godaan awak." Bisik Tengku Danish. Dia mencempung tubuh Aina ke katil.

Aina menutup wajah nya kerana malu. "Tak payah lah, malu." Ucap Aina dengan malu.

"Jangan lah risau." Dahi Aina dikucup lembut. Tubuh Aina dibawa dalan pelukan nya. Lama Tengku Danish memeluk Aina sehingga Aina tidak dapat bernafas dengan teratur.

"Awak... dah habis ke? Saya tak boleh nak bernafas ni!" Bentak Aina.

Tengku Danish meleraikan pelukan lalu tersengih. "Maaflah, saya pula yang over sangat nak peluk lama-lama." Aina tersenyum. Tangan suami nya dipegang kejap.

"Saya nak tanya awak silakan boleh tak?" Tanya Aina.

Tengku Danish mengerutkan dahi. "Tanya lah, sejak bila lah sayang saya ni nak minta izin kalau nak bertanya." Hidung mancung Aina dicuit manja.

"Kalau saya tinggalkan awak, adakah awak akan cari pengganti saya?" Tanya Aina tiba-tiba.

Senyuman Tengku Danish mati apabila soalan itu diajukan kepada nya. Giliran Tengku Danish memegang tangan Aina kejap lalu dibawa ke hati nya.

"Listen here, saya takkan pernah cari pengganti awak walau pun awak pergi jauh daripada saya. I always beside you until Jannah. Kita mesti harungi ujian yang Allah berikan kepada kita bersama-sama untuk mempertahankan rumah tangga kita yang kita bina. InShaAllah, Allah akan permudahkan segalanya jika kita bersabar dengan ujian daripadaNYA." Ucap Tengku Danish. Aina sebak.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now