Bab 2

66K 2.4K 133
                                    

              Pagi-pagi lagi Tengku Danish bangun kerana klien dari Rusia ingin datang ke syarikat nya. Tudung saji dibuka, makanan masih lagi belum dibuat. Tak apalah, berakfast dekat luar jelah.

             Highway kelihatan kosong dengan kekurangan kenderaan. Kebiasaan nya dia akan pergi pukul 8 pagi, itu pun sudah jammed teruk. Nama PA nya didail. "Hello, good morning Miss Hani. Dah bangun ke?" Tanya Tengku Danish dengan ramah.

            "Huh! Saya dah bangun. Tengah buat sarapan ni. Ada apa Boss call saya pagi-pagi ni?" Tanya Hani. Air milo dituang ke dalam cawan. Suka mendengar suara boss nya. Dah lah peramah, handsome pula tu.

           "Saya nak cakap sesuatu. Klien dari Rusia akan datang sekejap lagi. Boleh tak awak tolong handle. Rumah awak dekat kan dengan pejabat?" Soal Tengku Danish. Hani hanya mengiakan.

               "Saya akan handle. Boss jangan risau. Semua akan berjalan dengan lancar. Serahkan pada saya." Baru saja Hani ingin memutuskan talian nya, suara boss kedengaran.

            "Hani, awak buat berakfast tak? Tolong bawakan untuk saya. Saya tak berakfast lagi." Ujar Tengku Danish. Hani tersenyum gembira.

             "Baik boss, saya akan bawakan makanan untuk boss. Okey assalammualaikum." Hani terlompat-lompat kegembiraan. Akhirnya, boss dapat juga rasa makanan aku. Ahaks!!!

              
PINTU pejabat dibuka. Kelihatan ada sesetengah staf sudah datang awal-awal pagi. Bekal makanan yang dibawa oleh nya di letakkan ditempat meja nya.

              Nasib baik dia sampai awal daripada klien dari Rusia tu. Interkom berbunyi. "Ada apa?" Tanya Hani.

               "Miss Hani, klien dari Rusia sudah menunggu diruang tempat menunggu." Ucap penyambut tetamu itu. "Okey, thanks for your information." Hani pergi ke tingkat bawah. Baju dan tudung nya dibetulkan sedikit. Siap! Hani menghembuskan nafas nya. Bismillah.

             Hani datang mendekati klien dari Rusia tu. "Excuse me... are you from Rusia?" Tanya Hani. Dia agar gementar sedikit kerana lelaki dihadapan nya sangat lah tinggi dan wajah nya boleh tahan. Ahaks!

              "Yes! You Hani, right?I'm Ricky. Danish call me, he said his on the way. Where him?" Tanya Ricky. Hani tersenyum manis. Kelihatan susuk tubuh Boss di pintu. Yes! Tepat pada masa nya. "Boss! Here!" Laung Hani dengan kuat. Ricky memalingkan wajah nya kebelakang.

               Kawan baik nya dari Malaysia kini sudah berjaya. Tak sangka secepat ni. "Hey friend? How are you? You look more handsome now." Ricky menumbuk perut Tengku Danish  dengan perlahan.

                 "Yeah, I'm fine. Nice meet you. How about your business?" Tanya Tengku Danish. Mereka berjalan menuju lif meninggalkan Hani yang berdiri tercengang.

             "What!? Ricky tu kawan Boss? Wow, like awesome guy." Hani mengikuti mereka berdua yang sudah pun masuk kedalam lif.

             Nasib baik sempat, Hani mengurut dadanya. Ricky memandang Hani dengan pandangan yang sukar Hani tafsirkan. "What? Why you see me? Something problem with me, huh?!" Hani membetulkan tudung nya yang senget sedikit.

               Hani memandang boss yang sedang sibuk bercakap dengan panggilan nya. "You're so beautiful and adore person. I like it." Ricky berbisik pada Hani membuatkan Hani tidak selesa dan menjarakkan kedudukan mereka yang sangat rapat. Jelas terpancar ketakutan pada wajah Hani. Dia takut!

JAM TANGAN dipakai oleh Aina. Shawl berwarna biru laut pula menjadi pilihannya. Bedak ditepek sedikit pada wajah nya.

                Hari ni dia di arahkan untuk pergi rumah anak yatim piatu bagi membantu kerja amal. Itulah kerja dia setiap hari. Dia bukan lah keluarga dari kalangan berada, tetapi dari kalangan keluarga biasa saja. Dia tidak mengharapkan kekayaan datang dari dia, sebaliknya kebahagiaan yang inginkan bersama keluarga nya.

             "Ibu, abah. Selamat pagi. Aina ada kerja amal lagi dekat rumah anak yatim piatu dekat dengan Petaling Jaya. Aina rasa, Aina balik malam. Abah dengan Ibu tak perlulah susah-susah tunggu Aina balik." Ucap Aina. Puan Maisarah tersenyum. Dia suka melihat anak nya buat kerja amal, sekurang-kurang nya tak lah dia menganggur, terperuk dalam rumah.

            Encik Razak hanya mengangguk. "Hati-hati nya. Sekarang ni ramai orang jahat, Aina kena hati-hati. Jangan lupa solat." Itulah yang selalu abah nya pesan setiap kali dia ingin berjalan jauh.

           
RUMAH anak yatim kelihatan sunyi sepi. Tiada apa-apa aktiviti yang dibuat dirumah anak yatim ni. Mereka yang melakukan kerja amal datang untuk memeriahkan lagi suasana disana.

              Kelihatan ada seorang perempuan yang agak gempal sedikit datang mendekati mereka. "Ada apa encik datang sini?" Tanya Puan Fairuz.

              "Kami dari pihak kebajikan ingin mendermakan sedikit sumbangan kepada rumah anak yatim ni." Kata Encik Firdaus. Puan Fairuz tersenyum gembira, akhirnya, ada juga yang menyumbang kepada rumah anak yatim ni. Alhamdulillah....

           Aina melihat anak-anak yang kehilangan ibu bapa, sebak pun ada. Sepatutnya dia bersyukur kerana masih lagi bersama dengan orang-orang yang dia sayangi.

              Tangan Aina ditarik oleh budak perempuan yang berusia lebih kurang 4 tahun. "Kakak cantik, boleh tak tolong ambil kan makanan untuk Syira. Syira tak sampai." Kata Syira dengan keadaan yang compang-camping. Aina hanya menurut saja kata anak kecil itu.

             "Nah, Syira suka makanan ni ye? Ni kakak cantik buat?" Syira mengangguk. Ayam masak kicap dimakan rakus oleh Syira. Jelas kelihatan anak ini kebuluran, Aina mengusap rambut Syira.

             "Kakak cantik lain kali buat lah lagi. Syira suka ayam masak kicap. Dulu mama suka masak ayam masak kicap." Kata Syira dengan bersungguh-sungguh. Aina tersenyum manis. Anak ni mungkin rindu pada ibu nya.

              "Mama dengan papa Syira pergi mana?" Tanya Aina.

            "Papa dan meninggal. Mama pula tinggalkan Syira lepas tu kahwin lain. Syira kena halau keluar dari rumah, lepas tu Syira kena culik. Nasib baik ada orang yang selamatkan Syira. Syira sabar menunggu mama nak ambik Syira, tapi mama tak datang lagi." Sayu Syira. Wajah nya berubah masam. Aina memeluk erat Syira.

              "Syira kan anak yang kuat. Syira kena sabar, setiap kehidupan ni pasti akan ada ujian yang kita tempuhi. Allah nak uji kita sebenarnya." Aina memberikan kata-kata semangat kepada Syira. Walaupun masih lagi kecil, tetapi anak itu sudah tahu tentang erti kehidupan yang sebenar.

              "Syira nak ibu tak? Kakak cantik boleh jadi ibu Syira. Nak tak?" Aina ingin mengambil anak angkat, teringin juga nak merasa menjaga anak. Sekurang-kurang nya ada juga pengalaman kalau dah kahwin.

              Syira memegang kedua belah pipi Aina. "Kakak cantik boleh jadi ibu Syira, tapi ada satu syarat. Kakak kena kahwin dulu, sebab Syira pun nak ada ayah." Aina tertawa. Pandai betul budak ni kenakan aku. Tapi tak apa, kalau akan kahwin, tapi bukan sekarang.

           "Okey, kakak cantik akan ikut syarat Syira. Jom kita main dengan kawan-kawan Syira." Aina mendukung Syira pergi ke padang. Suka betul mendengar anak kecil ni petah berkata, ada saja modal dia nak bercakap.

             Sesorang melihat Aina dan Syira tertawa keriangan dari jauh. Dia tersenyum manis melihat keakraban antara mereka berdua.


Bla bla bla... author nak tulis apa? Selamat membaca. Hahaha

             

      

                 

            

           

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now