Bab 6

49.5K 1.9K 152
                                    

      Aina masuk ke dalam apabila pengumuman di umumkan majlis akan bermula sebentar lagi. Tiba-tiba dia terlanggar tubuh sesorang sehingga mereka jatuh tersungkur.

          Kepala nya sedikit pening apabila terhantuk pada kepala sesorang. Mujur disitu sudah tiada orang lagi, kalau tak buat malu je.

           "Maafkan saya encik." Aina meminta maaf kepada orang yang dia langgar. Dia tidak sengaja sebenarnya.

           Tengku Danish menggeleng kepala berkali-kali. Hantukan itu memang kuat. Adeh! Sakit nya! Dia memandang orang yang melanggar nya. Perempuan tu? "Kau buat apa dekat sini?" Tanya Tengku Danish kepada Aina.

          Aina mengerutkan dahinya. "Apa encik cakap? Kenapa saya dekat sini? Saya datang sebab ada orang tu teman saja sebagai partner dia. Encik ni siapa? Encik macam kenal saya je?" Barulah dia tanya Tengku Danish tu siapa.

             Tengku Danish tersenyum sinis. "Kau kenal aku tak? Ke kau dah amnesia?" Tanya Tengku Danish sambil mencekak pinggang.

            Otak nya masih lagi ligat berfikir. Kejap! Lelaki ni! Omaigadd! "Apa awak buat dekat sini?" Tanya Aina dalam keadaan ketakutan. Dia menjarakkan tubuh nya daripada lelaki di hadapan nya.

             Idea nya datang secara tiba-tiba. Tangan perempuan di depan nya dipegang. "Ikut aku kejap." Aina yang tercengang hanya mengikuti rentak lelaki itu saja. Apa sebenarnya yang terjadi?

            Tengku Danish membawa Aina berjumpa dengan mama nya. Dia rasa perempuan ni dapat menolong nya dan sudi menjadi teman nya hingga akhir hayat. Memang kenyataan ni dia sendiri tidak boleh terima, tapi ni dah terdesak! Sebentar lagi mama akan mengumumkan hubungan dia dengan perempuan gedik tu kalau dia tidak jumpa lagi calon isteri.

            "Mama, sorry Danish lambat. Danish nak Kenalkan seseorang pada mama." Tengku Danish memandang ke arah perempuan disebelah nya lalu berbisik. "Nama kau apa? Aku tak tahu lagi."

           "Nama saya Aina Umairah, auntie. Selamat berkenalan." Baru saja Aina ingin menghulurkan salam, tangan nya segera ditepis oleh perempuan yang dikenali sebagai mama oleh lelaki disebelah nya.

           "Ni ke yang Danish nak jadikan isteri? Ouh! Come on lah... dia tak seksi macam Keisha. Dia cuma pakai tudung macam budak kolot yang tak tahu apa-apa." Datin Mastura menghina Aina. Dia tidak setuju perempuan ni menjadi menantu nya.

           "Please mama. Hormat sikit pada pandangan Danish. Danish berhak tentukan masa depan Danish sendiri. Ni memang citarasa Danish sendiri untuk Aina menjadi isteri Danish. Danish akan umumkan nya nanti." Tegas Tengku Danish. Aina yang diam saja mengikut apa kata lelaki yang bernama Danish.

             Apa yang dia dengar sebentar tadi memang membuatkan dia ingin pengsan saat itu tetapi dia gagahkan diri. Apa yang terjadi sebenarnya? Apa yang lelaki itu cakap pada mama nya? Dia nak jadikan aku isteri? Apa ni? Apa semua ni? Aku tak kenal dia, macam mana aku nak cintakan dia? Aina menggeleng kepala berkali-kali.

          Tangan nya yang masih lagi dalam genggaman Tengku Danish di rentap sekuat hati. "Cukup! Apa awak dah buat ni? Saya tak kenal awak... kenapa awak sanggup tipu mama awak dan tipu die sendiri. Awak tahu tak ni juga melibatkan masa depan saya." Marah Aina. Kali pertama dia memarahi lelaki kerana dia tidak ada kekuatan sebelum ni. Hanya peristiwa hitam itu, dia tidak terima pinangan daripada sesiapa pun yang meminang nya. Cukup lah peristiwa hitam tu menghantui dia sehingga sekarang. Dia cukup trauma.

            "Aku nak minta maaf untuk kali ni. Aku just nak minta tolong dekat kau. Tolong jadi isteri aku sebab mama akan kahwin kan aku dengan perempuan gedik tu. Please! Aku tahu ni pun melibatkan masa depan kau juga tapi aku akan cuba membahagikan kau selagi aku masih bergelar suami kau." Kata-kata Tengku Danish membuatkan Aina tercengang. Kenapa lelaki ni minta tolong dekat aku?

            "Tolong aku. Untuk kali kau tolong aku." Tengku Danish merayu pada Aina yang masih lagi tercengang. Perlahan-lahan Aina menganggukkan kepalanya. "Terima kasih. Jumpa kau nanti." Sempat lagi Tengku Danial mengucapkan terima kasih kepada Aina.

           Air mata yang mengalir segera ditahan. Dia takut orang mengatakan dia lemah. Selama ni dia cuba untuk membahagiakan diri nya sendiri supaya melupakan peristiwa itu.

             "Hey Aina. Awak buat apa dekat sini? Jom lah pergi sana. CEO syarikat tu nak buat pengumuman yang istimewa." Ujar Amar kepada Aina. Aina sekadar memberikan senyuman nipis saja. Dia perlu merahsiakan ni daripada Amar.

           Telefon Amar berdering. "Awak masuk lah. Saya nak jawab panggilan ni." Aina mengangguk lalu masuk ke dalam dewan yang dipenuhi dengan VVIP orang-orang terhormat.

             Aina memandang ke pentas. Kelihatan Tengku Danish berdiri di atas pentas. Entah kenapa dia seperti ikut saja kata lelaki tu. Dia tak ada kekuatan nak membantah kata-kata lelaki tu.

            "Terima kasih kepada pengacara majlis kita yang handsome. Pertama kali saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir sempena ulang tahun syarikat Karisma Holding yang ke 20 tahun. Sudah 2 abad syarikat ni bertahan lama dan mengekalkan kedudukan sebagai syarikat pemasaran global sehingga ke serata dunia. Tahniah!" Ucap Tengku Danish dengan megah nya. Tepukan gemuruh disambut oleh tetamu yang hadir.

        Aina membulatkan matanya. 'Dia tu CEO syarikat Karisma Holding? Kawan kepada Amar? Aduhai, kenapa boleh terjadi ni?

         "Dan akhir sekali, saya nak mengucapkan tahniah kepada staf-staf saya yang bekerja keras selama ni, dan juga klien-klien saya. Terutama sekali Datuk Tengku Fazrul sebagai papa saya dan Datin Mastura sebagai mama saya yang menyokong saya daripada belakang. Thanks mama papa." Ucap lagi Tengku Danish. Dia dapat melihat wajah Aina dariapda pentas ni yang masam mencuka. Sudah sampai masa nya dia mengumumkan ni.

          "Sebelum saya mengundurkan diri. Saya nak mengumumkan tentang hubungan saya dengan pasangan saya. Aina Umairah saya harap awak dapat naik ke pentas." Dia tersentak. Nama nya disebut oleh Tengku Danish membuatkan jantung nya berdegup kencang. Perlahan-lahan dia berjalan naik ke pentas. Saat ni dia hanya berfikir dimana Amar. Dia perlukan Amar untuk menghentikan semua perbuatan bodoh Tengku Danish ni.

          Aina berdiri di hadapan Tengku Danish. Satu senyuman manis dilemparkan oleh Tengku Danish kepada Aina. Dia melutut di hadapan Aina lalu mengeluarkan cincin emas di dalam poket nya. "Sudikah awak Aina Umairah menjadi suri hati saya buat seumur hidup kita." Wajah Aina sudah pucat, tangannya sejuk seperti mayat. Dengan kerelaan nya Aina mengangguk. Air matanya yang ditahan mengalir juga dengan deras.

           Cincin emas disarungkan pada jari manis Aina. Cincin ni tidak layak untuk dia sebenarnya. "Terima kasih sebab tolong aku." Bisik Tengku Danish.

            Tepukan paling gemuruh dariapda tetamu yang hadir di dalam majlis ni. Mereka mengucapkan tahniah kepada Tengku Danish kerana tidak lama lagi dia akan menjadi seorang suami.

             Amar yang berdiri di hadapan pintu dewan terkedu. Aina... Kenapa mesti Aina kau nak lamar? Cincin yang berada dalam genggaman nya di buang ke laut. Cincin itu sebenarnya adalah kejutan buat Aina, dia nak melamar Aina malam ni. Tapi lain pula yang jadi. Aina sedih ke gembira? Amar mengeluh. Mungkin Aina bukan jodoh aku yang sebenarnya.

                Keisha menghentakkan kaki nya. Rasa geram pada Tengku Danish kerana lelaki tu akan berkahwin tapi bukan dengannya. "Auntie, apa yang dah jadi? Kenapa perempuan kolot tu yang jadi menantu auntie?" Keisha mengadu pada Datin Mastura.

           "Sabar lah sayang. Auntie pasti perempuan ni tak suka dekat Danish. Daripada pandangan dia pun auntie dah tahu. Jangan risau, nanti auntie akan pisahkan dia dengan Danish sebelum mereka berdua jatuh cinta." Datin Mastura cuba memujuk Keisha. Dalam fikiran nya sudah merancang pelbagai rancangan untuk memisahkan mereka berdua.




Hello! Best tak? Author saja nak buat cerita ni mama Tengku Danish jahat. Ada lah juga watak jahat.
Vote please!🙏😭

          

       

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now