Bab 39

43.7K 1.3K 8
                                    

Pintu butik dibuka luas. Aina melihat sekeliling butik, sudah lama dia tidak bertandang ke tempat kerja kawan baik nya.

Kelihatan Sarah sedang melayan seorang perempuan yang berusia yang merupakan pelanggan butik Melissa.

"Sarah!" Aina mendekati Sarah yang masih bersama dengan pelanggan nya.

"Hey! Apa khabar? Dah lama kau tak jenguk aku. Sedih tau." Rajuk Sarah. Mereka berpelukan antara satu sama lain.

Aina tersenyum. Ya... dia juga rindukan kawan baik nya. Apabila terdengar perempuan berusia itu berdehem, kami segera meleraikan pelukan.

"Maaflah datin, saya dah lama tak jumpa kawan baik saya. Jadi teruja bila tengok dia ni." Ucap Sarah.

Datin Zakiah tersenyum. "It's okey, saya faham. Kamu nama siapa?" Tanya Datin Zakiah kepada Aina.

"Aina Umairah." Jawab Aina.

"Indah nya nama. Lagi indah apabila melihat wajah empunya nama ni." Usik Datin Zakiah. Aina tersenyum malu kerana dipuji. Kembang sekejap.

"Aina dah berkahwin ke?" Tanya Datin Zakiah.

Aina mengangguk. "Dah nak masuk setahun."

"Alhamdulillah. Mesti suami kamu bertuah kan sebab memiliki kamu. Okey lah. Saya nak balik dulu,anak dara saya sorang tinggal rumah sorang-sorang, takut pula kalau terjadi apa-apa. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Datin Zakiah pergi meninggalkan butik tersebut.

Kebetulan Melissa baru saja masuk ke dalam butik, Aina terus menerpa Melissa lalu menarik kawan baik nya ke sofa.

"Ooii! Kalau ye pun tak payah lah tarik aku. Kalau tangan aku cabut kau nak ganti ke?" Tanya Melissa.

"Amboi, makin garang cik Melissa kita ni. Sis... sorry lah semalam aku tak dapat datang sebab aku pergi klinik. Kebetulan masa tu batery aku kong! Sorry... sorry!" Aina merayu seperti seorang orang yang melakukan kesalahan besar saja.

"Tak apa. Kebetulan masa tu aku busy dengan pelanggan aku." Ucap Melissa.

Aina memeluk erat Melissa. "Thanks Mel." Bisik Aina.

"Kenapa ah kau pergi klinik? Dani sakit lagi ke?" Tanya Sarah.

Aina menggeleng kepala. Dia tersenyum seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripada kawan baik nya. Akan tetapi Melissa dapat meneka apa yang ada dalam fikiran Aina.

"Kau jangan cakap yang kau mengandung? Kau pregnent kan?" Tanya Melissa.

Aina sudah tersenyum sampai ke telinga. Dia mengangguk beberapa kali. "Dah nak masuk dua bulan." Ucap Aina.

Mereka berdua memeluk Aina. "Congrate Aina. Akhir nya kau dapat baby juga. Usaha korang akhirnya membuahkan hasil juga." Usikan Sarah membuatkan Aina mencubit pipi gebu Sarah.

"Alhamdulillah. Dani pun makin lama makin lain muka dia bila dapat mabuk sebab aku pregnent." Ucap Aina. Mula-mula memang dia tak sangka Tengku Danish muntah sebab pembawakan baby dalam perut dia ni. Dalam seminggu ni, Tengku Danish asyik terperuk saja di dalam bilik kerana berulang-alik ke tandas. Mama cakap mengalahkan orang yang pregnent pula.

"Ouh ye. Semalam perkara apa yang kau nak suruh aku tolong kau?" Tanya Aina. Dia baru teringat kenyataan yang diberikan kepada nya.

Raut wajah Melissa berubah. Dia menghembuskan nafas nya. "Tolong aku berbaik semula Tengku Danial, please!" Rayu Melissa.

Aina ketawa. "Sejak bila kau bercinta dengan mamat playboy tu?" Pelik bin ajaib apabila teman baik nya boleh jatuh cinta kepada kembar Tengku Danish.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now