Bab 25

43.1K 1.5K 26
                                    

                Beg bagasi di letakkan di porch kereta. Dia melihat jam di tangan nya. Aina mengeluh. 'Kata nya petang, ni dah petang sangat.' Aina menyilang tangannya ke dada.

            Kelihatan Tengku Danial sudah memasukkan bagasi ke dalam but kereta. "Kau nak tumpang aku ke? Aku boleh sms Dani, kalau kau nak tumpang aku." Ujar Tengku Danial.

            Aina menggeleng kepala. "Tak apa lah, aku dah janji dengan dia nak pergi sama-sama." Tengku Danial tersenyum.

         "Sweet nya korang ni. Okey lah aku chaw dulu. Jangan lupa sent location dekat aku kampung kau. Kang aku pula yang sesat nanti." Bebel Tengku Danial.

          "Iye! Aku tak lupa. Jangan risau lah." Mata nya meliar ke sana sini. Kereta  Audi sport dipandang jauh meninggalkan rumah agam itu.

             Kereta BMW masuk ke dalam halaman rumah agam itu. Aina mengeluh geram. Dia mendekati Tengku Danish yang keluar daripada kereta.

            "Kenapa lambat? Danial dah pergi dah." Aina memuncungkan bibir nya.

           "Sorry lah. Tadi jammed. Jom lah pergi, nanti lambat pula sampai." Aina hanya mengangguk.

KERETA BMW dipakir di kampung halaman Aina. Tengku Danish melihat Aina yang diulit mimpi.

          "Amboi, sedap nya dia tidur! Bukan nya nak gantikan aku drive pun." Bebel Tengku Danish. Dia mencuit hidung mancung Aina dengan kuat sehingga Aina bangun daripada tidur nya.

          "Apa ni main tarik hidung! Sakit lah!" Aina mengerutkan dahi nya.

          "Dah sampai. Kau tu yang tidur mati. Kalau aku letak bom, entah dengar ke tidak." Perli Tengku Danish. Aina hanya menjeling tajam. Dia keluar daripada kereta dan menggeliat sehabis mungkin.

          "Kak Aina! Rindu nya dekat kakak comel ni!" Qaisarah memeluk erat tubuh Aina. Mereka menjerit sama-sama kerana sudah lama mereka tidak berjumpa, konon nya excited bila berjumpa!

          "Aina pun rindu dekat Qai. Dah lama tau. Makin cantik dah sekarang macam model." Usik Aina. Qaisarah tersenyum malu.

            "Siapa tu kak? Suami akak eh?" Tanya Qaisarah.

         Aina hanya mengangguk. Qaisarah membulatkan mata nya. "Fullamak! Handsome sia laki akak. Macam mana akak tackle dia? Cerita lah sikit." Qaisarah mengangkat kening nya.

         "Tak payah! Dah jom masuk. Aku tak jumpa lagi semua penghuni dalam rumah ni." Qaisarah hanya tersengih. Dia melihat Tengku Danish sedang mengeluarkan bagasi daripada butt kereta.

            "Haii, saya Qaisarah, panggil Qai. Kau pula?" Qaisarah tersenyum malu apabila Tengku Danish memandang nya dengan sebuah senyuman.

          "Saya Tengku Danish. Boleh saya masuk?" Tanya Tengku Danish. Dia geli hati melihat tingkah laku sepupu Aina seperti ulat bulu.

          Qaisarah terloncat gembira. Dapat juga dengar suara dia. Tengku? Huish, Aina kahwin dengan anak orang kaya lah.

          Kelihatan ada kereta Audi sport masuk ke halaman rumah nenek nya. Qaisarah menggaru kepala. "Siapa pula yang datang. Mewah betul kereta dia!" Qaisarah hanya melihat daripada jauh. Seorang lelaki keluar daripada kereta mendekati Qaisarah yang berdiri macam tunggul saja.

           "Maafkan saya. Ni rumah nenek kepada Aina Umairah ke?" Tanya Tengku Danial.

         Qaisarah menggosok mata nya berkali-kali. Siapa dia ni? Kenapa muka dia sama dengan suami Kak Aina?

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now