Bab 12

47.2K 1.9K 62
                                    

             Aina menyalami Puan Maisarah dan Encik Razak. Hari ni dia mengikuti Tengku Danish pulang ke rumah mama nya pula. Dia terasa berat hati untuk meninggalkan ibu dan abah nya.

             "Jaga baik-baik dekat sana ye? Kalau dah bahagia tu, jangan lupa jumpa ibu dengan abah ye?" Pesan Puan Maisarah.

             Aina memeluk erat ibu nya. Air matanya sedikit mengalir dikesat. "Aina ingat apa yang ibu cakap. Assalamualaikum." Aina melambai kearah ibu bapa nya sebelum masuk ke dalam kereta.

DALAM perjalanan, Aina banyak menghabiskan dengan tidur nya saja kerana malam tadi dia asyik mimpi benda yang sama saja.

          Tengku Danish memandang sekilas. Dia tersenyum. "Amboi, lena nya dia tidur. Ni yang buat aku jealous." Tengku Danish meneruskan pemanduan nya dan berhenti di RNR kerana perutnya terasa agak lah lapar.

               Kereta dipakir berhadapan dengan restoren. "Tunggu sini ye Aina. Aku nak beli makanan kejap." Hidung Aina dicuit tanpa pengetahuan empunya badan.

            Dalam beberapa minit, Aina membuka mata nya. Dia memandang di sebelah nya, Tengku Danish tiada. "Mana Dani?" Tanya Aina.

             Dia memandang sekeliling nya. Perhentian Dengkil... Tapi mana Tengku Danish? Sampai hati dia tinggalkan aku. Aina sudah mengalirkan air mata kerana peristiwa itu merasuk dalam diri nya semula. Badan nya menggigil ketakutan, air matanya mengalir dengan deras.

           Pintu dibuka dengan tiba-tiba membuatkan Aina menjerit seperti orang histeria. "Hey! Kenapa ni? What happen with you? Why you screming?" Tengku Danish cuba menenangkan Aina yang menggigil ketakutan.

          "Danish... saya takut." Pantas Aina memeluk erat Tengku Danish. Dia menangis teresak-esak. Tengku Danish yang baru saja masuk, membetulkan kedudukan nya untuk rapat dengan Aina yang memeluk tubuhnya. Belakang Aina diusap bagi meredakan rasa ketakutan dalam diri Aina.

             "Kau dah okey? Kita nak makan ni... kau nak makan tak? Aku tadi belikan makanan, tak sangka pula kau takut tinggal sorang-sorang dalam kereta. Maafkan aku." Ucap Tengku Danish. Dia meleraikan pelukan dan merenung Aina.

            "Kau nampak hodoh bila menangis." Sakat Tengku Danish. Aina merenung tajam. Dia menumbuk dada Tengku Danish sekuat hatinya kerana geram pada suaminya. Suka sangat tinggalkan aku sorang-sorang.

           Entah kenapa Aina tidak rela berjauhan dengan Tengku Danish. Sejak dia luahkan apa yang dia rasa, Aina pasti Tengku Danish dapat melindungi nya.

               Bekas polisterina dibuka. Nasi ayam lauk santapan Tengku Danish manakala Aina hanya Nasi goreng saja. Aina merenung wajah Tengku Danish. "Kau nak apa? Pandang-pandang. Dah makan!" Arah Tengku Danish.

           "Saya nak ayam sikit..." Ujar Aina. Dia sebenarnya nak ayam, takkan lah dia nak makan nasi goreng je. Perjalanan masih ada 2 jam lagi, mereput lah dia dalam kereta nanti.

            Tengku Danish meletakkan daging ayam di dalam bekas polisterina Aina. "Terima kasih awak." Sempat lagi Aina tersenyum manis kepada Tengku Danish sebelum makan.

          

PINTU diketuk apabila loceng sudahpun ditekan berkali-kali. Keisha masuk ke dalam rumah apabila kelihatan Datin Mastura sedang menyiram pokok.

          "Morning auntie. Keisha tekan loceng, takkan tak dengar?" Tanya Keisha. Datin Mastura hanya tersenyum.

            "Sorry lah, auntie sibuk sangat tengok pokok-pokok ni." Mereka mengambil tempat duduk di taman mini. Datin Mastura memandang cara pemakaian Keisha, baju tanpa lengan dan skirt sendat paras peha. Sangat berlainan dengan Aina menantu nya, pakai tudung, baju sentiasa lengan panjang. Datin Mastura mengeluh berat.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now