Bab 20

43.1K 1.5K 46
                                    

Kain lap diperah lalu diletakkan di atas dahi Aina. Muka nya merah kerana badannya panas membahang.

Pipi Aina diusap perlahan. "Maafkan aku, aku terpaksa elakkan diri daripada bersama kau. Sebab aku ni perampas hak orang lain." Ucap Tengku Danish. Dia mengingati ada seseorang yang menghantar pesanan kepada dia.

Tengku Danish masuk ke dalam bilik tatkala kepala mula berasa sedikit pening. Handphone milik nya bergetar menandakan whatsapp masuk.

-kau sebenarnya bukan suami Aina. Kau tu hanya perampas hak orang lain. Sedar lah diri kau bro! Kau tu cuma perampas kebahagiaan orang lain. Sebelum kau amnesia, kau tu sebenarnya tak bahagia pun. Kau tu hanya nak menumpang kebahgiaan orang lain. Aina tu milik aku lah. Suatu hari nanti kalau kau tak lepaskan Aina, kau akan terima akibat nya.-

Tengku Danish mengerutkan dahinya. Dia mencampakkan Handphone nya di lantai. 'Betul ke? Aku ni cuma menumpang je?' Tengku Danish tersenyum sinis. Kepalanya terasa amat pening. Seperti ada jarum yang menyucuk kepalanya. Pandangan nya kabur menjadi gelap.

Sejak daripada itu lah, Tengku Danish cuba untuk mengelakkan diri daripada Aina. Walaupun dia ingin mengetahui tentang diri nya bersama Aina, dia sering sedar dan teringat tentang sms yang dihantar oleh seseorang.

Aina merengek seperti bayi yang sedang tidur mencari ibu nya. Tengku Danish tersenyum. Comel juga isteri aku bila tidur. Tak sangka aku pilih dia jadi suri hati hati aku. Dalam diam Tengku Danish merenung lama wajah Aina ketika tidur.

BADAN nya di gerakkan sedikit tetapi ada yang menghalang nya untuk bergerak dengan lebih lagi. Aina membuka matanya untuk melihat siapa disebelah nya.

Tengku Danish... Aina tersenyum. Dia melihat setiap inci wajah Tengku Danish. Bibir merah itu yang sering mengugut nya untuk diam. Hidung mancung nya, mata seksi dia sering membuatkan Aina malu bila mereka berpandangan antara satu sama lain.

Aina mengambil kain basah di dahi nya. Dia ke yang buat semua ni? Masih kah dia mengambil berat terhadap aku? Aina bangun untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, dia melihat Tengku Danish masih lagi tidur. Dia mendekati Tengku Danish untuk mengejutkan suaminya.

"Awak... bangun lah. Dah pagi ni. Dani..." Aina menggerakan lengan sasa Tengku Danish.

"Hmmm... dah pagi ke?" Tengku Danish mengusap matanya seperti budak kecil. Dia memandang Aina dengan pandangan pelik.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Tanya Aina. Dia melihat dirinya sendiri, tidak apa-apa pun yang salah.

Dahinya disentuh oleh Tengku Danish membuatkan Aina sedikit terkejut. "Awak masih panas lagi ni." Ucap Tengku Danish. Dia merenung wajah Aina lama, tetapi dia menggeleng kepala berkali-kali untuk menyedarkan dirinya.

"Jangan lupa makan ubat. Aku nak pergi kerja. Kesian kembar aku buat kerja aku je." Bebel Tengku Danish. Aina hanya mengangguk akur.

PINTU pejabat dibuka. Hani yang baru datang terkejut beruk melihat boss nya sudah pun masuk kerja.

Interkom berbunyi, Hani hanya menyambut. "Masuk ke dalam bilik saya sekarang." Arah Tengku Danish.

Hani menghembuskan nafasnya. Dia perlu bersedia dengan perangai boss yang baru amnesia ni. Dia masuk ke dalam bilik boss nya.

"Ada boss panggil saya?" Tanya Hani.

"Apa jadual saya hari ni?" Tengku Danish berwajah serius membuatkan Hani gerun melihat muka boss nya.

"Err...err... ada meeting dengan Syarikat Ghani Sdn Bhd pada pukul 10 pagi nanti dan meeting dengan Tan Sri Syed Kamarul pada pukul 2 petang tapi meeting ni akan diambil alih oleh Tengku Danial." Hani hanya memaklumkan saja apa yang dia tulis dalam buku catatan nya.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now