Bab 35

39.4K 1.3K 35
                                    

            Tanda open pada butik di letak pada pintu butik tersebut. Kini Melissa sudah boleh bekerja setelah bercuti selama seminggu lebih kerana menjaga kawan baik nya yang sedang menghadapi masalah.

            Kawan baik yang lain pun sudah mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh Aina. Mereka hanya mampu menyokong dengan ketabahan mereka. Rumah tangga orang takkan nak campur, kot.

            Sarah memasuki butik milik kawan nya. "Assalamualaikum..." Tegur Sarah. Melissa yang sedang menyusun barang memalingkan muka apabila mendengar suara yang dia kenali.

            "Sarah! Rindu kau. Sorry lah aku kena tutup untuk sementara waktu sebab Aina. Dia perlukan seseorang untuk kembali seperti dulu." Ucap Melissa.

            Sarah tersenyum. "Tak apa, aku faham. Mana Aina? Dia tak ikut sekali ke?" Tanya Sarah.

           "Dia on the way ke sini. Kata nya nak kerja dekat sini juga. Makin bertambah lah pekerja aku gamak nya." Ucap Melissa dengan gembira.

             Pintu butik dibuka. Melissa memandang gerangan tersebut. Dia... senyuman nya mati apabila melihat Tengku Danial datang.


MATA bersilih ganti apabila suasana seperti di kubur. Masing-masing tak nak memulakan bicara mereka. Akhirnya Melissa mengalah.

          "Saya nak cakap satu perkara penting. Awak dah berkahwin ke belum?" Tanya Melissa.

          Pertanyaan itu menimbulkan kehairanan pada Tengku Danial. "Saya belum berkahwin lagi. Kenapa? Nak masuk meminang ke?" Gurau Tengku Danial.

          Tetapi bagi Melissa itu bukan gurauan. "Cakap lah betul-betul, awak tahu tak awak sedang menyakitkan hati seseorang sekarang ni." Melissa cuba menahan air mata nya daripada menitis.

          Tengku Danial pelik melihat sikap Melissa berubah. Sebelum ni elok saja, tapi kenapa sekarang lain? "Tak... tak... saya tak faham. Sedang menyakitkan hati seseorang? Siapa? Awak ke?" Tanya Tengku Danial. Dia pun tak tahu sebenarnya apa yang sedang berlaku.

         "Cukup! Awak tak payah pura-pura untuk semua tu. Saya dah tahu semua nya. Saya tak nak awak hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya walaupun hanya tiga bulan." Melissa masuk ke dalam butik. Dia menangis teresak-esak lalu pergi ke bilik kerja nya.

          "Mel! Melissa! Apa salah saya? Kenapa? Salah ke saya hadir dalam hidup awak. Salah ke saya ingin belajar mengenali hati budi awak?" Kata Tengku Danial dengan perlahan. Dia mengeluh. Apa sebenarnya yang terjadi?

          Tengku Danial berjalan sehingga terlanggar seseorang. "Maafkan saya cik. Cik tak apa-apa?" Tanya Tengku Danial.

            "Tak saya tak apa-apa." Ucap perempuan itu yang memaki cermin mata gelap. Namun suara itu dapat dikenal pasti oleh Tengku Danial.

           "Tunggu kejap!" Arah Tengku Danial. Dia mendekati perempuan itu lalu membuka cermin mata pada mata perempuan itu. "Aina?!" Mata mereka bertemu.

            Aina sebak apabila wajah kembar suami nya sangat serupa dengan suami nya. "Danial..." Ucap Aina.

          

PELAYAN meletakkan makanan yang dipesan oleh mereka. Aina hanya merenung saja wajah Tengku Danial. Ni adalah satu-satunya untuk melepaskan rindu pada suami nya dengan menatap wajah kembar nya saja. Itu pun sudah memadai.

            Tengku Danial terasa janggal apabila Aina asyik merenung nya saja daripada tadi. "Aku rasa tak manis kot kalau kau asyik renung aku macam tu." Tengkuk Tengku Danial diusap.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now