Bab 28

39.3K 1.4K 19
                                    

              Sedang Aina memasak di dapur untuk menyediakan makan malam. Tiba-tiba pinggang nya dirangkul membuatkan Aina menjerit kuat.

             "Tolong! Ada orang nak rogol!" Jerit Aina. Dia menyiku gerangan orang yang memeluk nya daripada belakang.

          "Aduh! Kenapa kau ni? Dah tak kenal aku ke?" Tengku Danish mengasuh kesakitan kerana isteri nya menyiku nya pada bahagian perut dengan kuat.

            Aina yang baru perasan terus berpusing ke belakang dan mendekati suami nya yang sedang memegang perut.

           "Awak sorry lah, saya tak sengaja. Ingatkan awak belum balik lagi. Kenapa masuk tak bagi salam pun!" Marah Aina. Dia mengusap perut Tengku Danish yang berlapik dengan baju kemeja nya.

            "Ni apa yang sampai terjerit ni?" Puan Maisarah datang ke dapur sambil mendukung Syira.

           "Ni hah! Dani sampai tak bagi salam pun! Terkejut Aina dibuat nya!" Ucap Aina. Dia menjeling manja ke arah Tengku Danish.

          "Lah! Aina tak perasan ke Dani balik? Itu lah, lain kali biar ibu ke buat. Kamu dah pergi ke atas uruskan suami kamu yang baru balik. Kesian ibu tengok suami kamu penat ni." Bebel Puan Maisarah.

          "Hmmm... baik ibu." Puan Maisarah menyerahkan Syira kepada Aina.

          "Tak apa mama. Syira nak jumpa dengan tok mummy. Dia janji dengan Syira nak tidur sama-sama. Boleh kan mama?" Tanya Syira.

         Hidung Syira dicuit sedikit. "Boleh sayang. Jangan nakal-nakal tau dengan tok mummy." Aina meletakkan Syira ke bawah semula. Syira mencium pipi Aina.

         "Mana acik mama je yang dicium. Papa pun nak juga." Ujar Tengku Danish sambil memuncungkan bibir nya.

          "Ala papa ni. Nampak comel lah bila buat macam tu." Ucap Syura dengan petah. Dia mencium pipi Tengku Danish pula lalu pergi ke bilik tok mummy nya.

            Badan direbahkan ke atas katil. Setelah sekian lama berada di luar negara, akhirnya dia pulang jua. Tengku Danish melihat Aina sedang mengeluarkan barang daripada bagasi milik nya.

            "Aina tak rindu Dani?" Ucap Tengku Danish dengan lembut.

           "Buat apa nak rindu?" Tanya Aina dengan ego.

           "Hmmm..." Tengku Danish beralih memandang syiling.

           Aina tersenyum manis. Dia bangun dan mendekati Tengku Danish yang diam saja. Tangan Tengku Danish ditarik supaya bangun daripada pembaringan.

           "Kau nak buat apa ni? Main tarik-tarik pula." Dingin Tengku Danish.

          Aina tersenyum. Perlahan-lahan dia meletakkan kedua tangan Tengku Danish pada pinggang nya. Kedua tangan nya pula merangkul leher Tengku Danish.

           "Siapa kata saya tak rindukan awak? I miss you a lot, dear." Bisik Aina. Dia mencium pipi Tengku Danish.

         Tengku Danish tergamam. Dia mengecilkan anak mata nya. "Nakal ye kau ni?" Tengku Danish mencempung badan Aina ke atas katil sehingga Aina terjerit kecil.

          "Aiipp awak tak mandi lagi. Bau busuk lah. Pergi sana!" Arah Aina.

          "Kejap lah. Dani nak luahkan perasaan rindu dia dekat isteri tersayang ni." Ucap Tengku Danish. Aina tertawa. Asal dia ni tiba-tiba bahaskan diri dia dengan nama dia? Macam budak-budak lah.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now