Bab 38

47.8K 1.4K 39
                                    

                Pagi-pagi lagi Aina sudah bangun untuk berjumpa dengan Melissa. Kata nya, Melissa ada sesuatu nak diberitahu pada nya. Siap cakap mustahak!

           Tengku Danish mengusap mata nya apabila mencium bau wangi isteri nya. Dia melihat isterinya sedang bersiap-siap. "Nak pergi mana?" Tanya Tengku Danish. Dia merenung wajah Aina daripada pantulan cermin. Cantik, ayu, comel....

            "Nak keluar dengan Melissa. Saya balik tengahari tau. Awak kerja tak hari ni?" Tanya Aina.

         "Kerja, ada meeting dengan syarikat Bernading Holding. Petang agak nya balik." Ucap Tengku Danish. Dia tergoda apabila melihat lenggokkan tubuh badan Aina di hadapan cermin. Dia bangun lalu memeluk pinggang Aina, kepala nya diletakkan pada bahu kiri isterinya.

           "Aipp! Jangan lah kacau. Saya dah siap ni." Aina cuba untuk melonggarkan pelukan pada pinggang nya ,namun Tengku Danish tambah memperkemaskan pelukan pada pinggang Aina sehingga Aina tidak boleh bergerak.

          "Sekejap je." Bisik Tengku Danish pada telinga Aina yang ditutupi dengan shawl.

          Tubuh Aina dipusing menghadap Tengku Danish. Dia merenung wajah Aina yang sedang menunduk. Dia tersenyum apabila melihat Aina malu. Dagu Aina didonggakkan supaya setentang dengan Tengku Danish.

         Aina merenung dalam wajah tampan suami nya. Oh My Gosh! Kenapa Tengku Danish ni terlebih tampan? Dia buat aku tak keruan jelah.

          Tengku Danish mencium dahi Aina lama. Kemudian turun ke hidung, hidung nya digesel pada hidung Aina lalu dicium. Bibir nya beralih pada kedua belah pipi nya lalu dicium bertalu-talu. Aina hanya diam.membatu saja. Mata nya terancap pada bibir basah Aina lalu diusik dengan bibir Tengku Danish. Tengku Danish sengaja mengusik bibir basah Aina dengan bibir nya.

             Aina menjeling tajam ke arah Tengku Danish yang suka menyakat nya. Perutnya terasa mual, tekak nya terasa loya. Aina tidak tahan lalu menolak tubuh Tengku Danish lalu pergi ke bilik air untuk memuntahkan segala isi di dalam perut nya. Kepala nya terasa pening.

         Aina dapat merasakan Tengku Danish sedang mengusap belakang nya. "Kenapa ni? Semalam awak tak makan ke?" Tanya Tengku Danish dengan risau. Dia agak terkejut juga apabila Aina tiba-tiba saja menolak nya.

           "Malam tadi saya dah makan. Tak tahu lah, dah sebulan saya rasa macam ni." Ucap Aina dengan lemah. Aina mencuci mulut nya setelah tekak nya tidak terasa loya.

           "Kita pergi ke klinik? Jom, saya risau lah dengan awak ni, sayang." Kata Tengku Danish. Dia memaut pinggang Aina untuk membantu isteri nya berjalan.

TAK habis-habis senyuman pada bibir Tengku Danish apabila Aina sudah pun disahkan mengandung yang baru saja berusia sebulan dua minggu. Aina juga turut gembira apabila melihat senyuman pada Tengku Danish. Ya... mereka inginkan zuriat dan akhirnya termakbul juga. Terima kasih Ya Allah!

            Aina berjalan perlahan apabila Tengku Danish memimpin nya. "Saya boleh jalan sendiri!" Aina cuba melepaskan pegangan Tengku Danish, namun lelaki itu tetap berdegil.

        "Shh... Saya takut anak dalam perut awak tu. Awak yang suka sangat jalan laju-laju sampai tinggalkan saya ke belakang." Omel Tengku Danish.

           Aina mengeluh. Dia mencubit lengan Tengku Danish. "Mana ada! Tak apa, saya okey. Jom lah balik, saya tak tahu bau ubat ni!" Desak Aina. Tengku Danish hanya menuruti saja kemahuan isterinya. Sempat lagi pipi Aina dicubit kerana geram.melihat perbagai Aina yang kadang-kadang keras kepala juga.

Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE)Where stories live. Discover now