"Zurin~~~! hiiii hiii hiiiii!! Aku nak kau!! hii hii hiii!!!"  Tindakan refleks aku terus menjerit dan mencampak Huawei Honorku ke atas lantai  lalu berselubung di dalam selimut , aku sudah berpeluh dingin , lutut aku mula lemah. Aku cuba untuk menjerit memanggil Ummi namun suaraku bagai tersekat di kerongkong. Ya Allah aku tak tahu macam mana nak cakap takut tu macam mana , dalam ketakutan itu, sempat lagi akalku berkata, kalau dengan makhluk ini pun aku dah terlampau takut, apatah lagi bila berjumpa dengan Allah suatu hari nanti? 

Aku cuba beristighfar dan berdoa sebanyak yang mungkin walhal doa makan sekalipun bagi menghilangkan rasa takut! Tidak lama kemudian terdengar suara lelaki garau sedang ketawa terbahak-bahak, terus aku terdiam. Aii , hantu ada halkum?

Dengan perasaan sedikit gentar aku menarik selimut yang membaluti tubuhku kemudian aku menjengukkan kepala ke arah lantai , dari jauh kelihatan kenalan yang bernama "Langau"

"hahahahahaha! Rin , kau ni lawaklah hahaha ,itu pun nak takut! aduyai tak sangka aku ada kawan yang penakut macam ni hahahaha!" terkekek-kekek Iman ketawa di corong telefon . Aku tergamam , nafasku mula turun naik, hidungku sudah kembang kempis menahan amarah ,segera aku mengambil telefon itu lalu memaki hamun Iman.

"Tak guna kau Shahrul Iman! Harap nama je Iman tapi tak Iman langsung! Kau dah tak ada kerja lain ke selain kacau hidup aku? Kau sekarang boleh la cakap aku kelakar, tapi cuba kalau kau kena? hari tu letak rambut palsu atas kepala pun dah menjerit, eiii kau ni , ikutkan hati aku nak je aku sumbat dalam alam hantu tahu tak! Biar diaorang pulak kerjakan kau! Eishh , babi betullah" Haa , kan dah terkeluar perkataan keramat tu. Sah dia ni memang tak ada kerja. Suara Iman ketawa menaikkan lagi darah aku yang memang dah sedia naik ni

"hahahaha , kau ni suka salah sangka dengan aku kan? Aku sebenarnya nak bagi kau pengalaman biar lepas ni kau dah tak takut bila jumpa Makhluk Allah tu . Aishh bukannya nak berterima kasih" Iman ketawa di hujung ayat

"Kepala hotak kaulah , eii bodoh nokharom!" aku terus mematikan talian dengan perasaan geram lalu berselebung dalam selimut dan tidak sampai 1 minit akusudah tertidur semula. Apakah?

Ok dah stop throwback Iman,mesej itu aku lihat dengan perasaan jengkel , taknak aku balas! Padan muka dapat bluetick

Langau : Ala marah dengan saya lagi ke? :( Sorry la,sebenarnya saya terlalu rindukan awak sebab tu saya kacau awak..... Awak ni tak pernah sedar akan cinta saya 

hah sudah ,dah mula dah dengan ayat jiwang keparat dia tu, nak termuntah aku! Kauorang tak rasa pelik ke? Yelah Iman ni sekejap baik , sekejap jahat dengan aku. Macam ni, dia Iman , dia memang kawan baik aku ,tapi dia selalu kacau aku  dan dalam masa yang sama dia akan ayat aku dengan dia punya sweet talker tak berapa nak sweet tu. Tak, dia bukan buat dekat aku sorang je , dia buat dekat semua orang kecuali bab kacau orang tu , dia kacau aku sorang je . Sebab apa? katanya aku kan kawan baik dia . What daa? Logik sangat lah tu. Haih dia Iman , aku benci dia.

Aku menutup telefonku lalu berlalu naik ke atas , belum sempat aku ingin memulas tombol pintu telefonku menyalak dari dalam poket minta diangkat

haih siapa pula ni , takkan Iman kot. Bebel aku sebelum melihat gerangan yang menelefon aku.

Unknown is call you...

mamat negro mana pulak ni , tapi kenapa macam pernah tengok ye nombor ni . Dengan perasaan musykil aku menjawab panggilan itu

"hello Zurin here, who' there?" ceh berlagaklah pulak , Zurin here konon. Benda cakap dengan mamat negro je pun

"Assalamualaikum, haa awak lupa lagi nak bagi salam" air liur yang aku telan terasa berpasir , ishh asyik berpasir je , rasa coklat tak ada ke , luka tekak aku lama-lama nanti. Hah hahaha negro-negro pun laki kau jugak Rin.

"ya ya .Waalaikumsalam , ada apa ya call?" Soal aku malas mahu berbasa-basi ,sekarang ni dia asyik call je, tanya dah makan lah , sihat ke tak lah , semuanya 'lah' lah. Lagi satu dia punya caring tu errr tak tahu aku nak cakap macam mana

"Tak ada apa , saja je. Ni ustaz cuma nak cakap ustaz ada masukaan duit dalam akaun Zurin , nanti bolehlah guna buat belajar" Jelas Dazrin . Aku sudah ketawa di hujung talian

"hahaahahaa , apa duit-duit ni. Saya tak kisah pun lah" haih , terasa lawaklah pulak. Tak sebenarnya kisah je tapi rasa kelakar , kau faham tak macam mana perasaan tu?

"Memanglah , tapi tu kan ustaz tanggungjawab ustaz. Walau macam mana pun--" Belum sempat Dazrin menghabiskan ayatnya aku memotong

"Zurin tetap isteri ustaz bla bla , ya i know it. Em , kalau ustaz dah cakap macam tu. terima kasihlah ya. Saya sebenarnya bab-bab duit ni memang tak boleh nak tolak. By the way , macam mana ustaz boleh dapat nombor akaun saya?" Soal aku pura-pura curiga padahal aku dah tahu siapa orangnya, tak perlu nak sudah terang lagi bersuluh , orangnya confirm Ummi . Jap, kenapa cara aku ni macam nak panjangkan conversation kami?

"Ummi bagi , jangan marah Ummi pulak ya" Nasihat Dazrin berbaur amaran

"ohh I see , tak. Tak adalah , takkan marahnya"Jawab aku dan aku mula mengira dalam masa tiga saat. Satu.. Dua.. Tigaa

"oklah Qaisara , Ustaz got to go ni , Insha Allah kalau tiada aral melintang ustaz datang jenguk Qaisara ya?" Lembut bicara Dazrin sedikit banyak telah mencairkan hati gadis brutal ini dalam dia sendiri tidak sedar.

yeah , sudah ku bilang dia akan cakap macam tu . Haish geram je aku dengan perkataan 'Qaisara' tu

"haa yelah okay . Bye Assalamualaikum" Aku terus mematikan talian sebelum sempat Dazrin membalas. Suka sangat matikan call tanpa sempat orang jawab aku ni. Dalam diam , aku tersenyum , niat aku mahu masuk ke dalam bilik hanya tinggal niat bila aku marasakan ada orang sedang memerhatikan aku dalam senyum. Ahh fobia hantu Iman dah datang , takut-takut aku memandang ke arah tersebut

"Lah Ummi rupanya! Ummi ni , buat takut jelah" sempat aku membebel sebelum mencium tangan Ummi . Ummi menyambut salam aku kemudian dahi aku Ummi kucup penuh kasih

"Awal Ummi balik?" soal aku yang sudah tergedik-gedik memeluk Ummi

"saja je balik awal , rindu nak tengok anak Ummi" Jawapan Ummi membuatkan senyuman aku bertambah mekar bak bunga rafflesia

"Cia cia........" Jawab aku

"Tadi tu , siapa yang call" Soal Ummi serkap jarang

"Menantu kesayangan Ummi tu lah . Sudah gaharu , cendana pula , sudah tahu tanya pula Ummi ni" Aku memuncung mulut

"hahahaha , sweet kan Dazrin tu, kalau Ummi jadi Rin , mesti Ummi dah cair tahap wap tersejat" Sengaja Ummi mengusik aku. Err Ummi ni, melebihlah pulak

"Errr  tangan ke bahu , mata ke atas sambil lidah keluar"

Jawapan aku membuat Ummi ketawa besar kemudian kami berlalu ke bilik masing2 

-------------

Finally! dapat jugak update UJB. yang vote tu thank you so much , you guys buat saya tambah semangat nak update.Ceh. Ada masa komen lah jugak ya..

#taksabarnakhabiskanthisnovel

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now