BAB 6

2.4K 130 0
                                    

"Nur Amiraaa!!!"

Amira terkejut..Pantas matanya di alih ke hadapan..Figura cikgunya di depan kelas dipandang..Seisi kelas juga memandang dirinya..

Kenapa ni?

Amira memandang Wan di sebelahnya..Pandangannya seperti bertanya kenapa cikgu memanggil namanya..

Wan mengangkat bahu..

"Pergi basuh muka sekarang",arahan diberikan apabila melihat Amira yang terpinga pinga..

Amira hanya menurut..Dia memang terseksa di kelas ini..Matapelajaran yang dia paling tak suka..Sejarah..

Langkah diatur ke tandas..Dia tak basuh muka pun..dia hanya memandang mukanya di cermin..Tudung yang senget dibetulkan sedikit..

Setelah puas membelek muka,dia bergerak lesu ke kelasnya..

"Amira Amira",panggil seseorang di belakangnya..Dia berpaling..Seorang guru dan dua orang murid di sebelahnya..Guru yang memanggilnya tadi bergerak menghampiri Amira diikuti dua orang pelajar itu..

"Saya nak minta tolong boleh?",soal guru yang bernama Intan itu..

Amira mengangguk..

"Ni ha..Ada dua orang pelajar baru..Boleh kamu bawa mereka ke kelas kamu?Saya dah lambat ni nak mengajar",terang Cikgu Intan sambil melihat masa..Nampak yang dia sedang tergesa gesa..

"Ha ok cikgu..",ujar Amira sambil berpaling menghadap dua pelajar tadi..Dua dua lelaki..Mereka berdua turut memandang Amira..Cikgu Intan dah berlalu menaiki tangga di sebelahnya..

"2 Cempaka?",soal Amira meminta kepastian..Dua orang pelajar tersebut mengangguk..Serentak..

"Ok jom",Amira berjalan mendahului mereka menuju ke 2 Cempaka..

Setibanya di kelas,semua mata memandangnya atau lebih tepat lagi pada dua orang pelajar baru tersebut..Dia terus masuk dan bergerak ke arah Cikgu Aida..

Dia memberitahu mengenai dua pelajar baru itu..Selepas itu,dia kembali duduk di tempatnya..

Seisi kelasnya hingar bingar dengan suara rakan rakannya yang sedang berbisik sesama sendiri..Bunyi macam langau..
Amira dah kerut dahi..

Bisingnya..

Cikgu Aida menepuk meja guru tanda menyuruh seisi kelas diam..Semua akur dan memandang Cikgu Aida serta pelajar baru itu..

"Ok semua..Hari ni kita ada kawan baru..Boleh kenalkan diri",ujar Cikgu Aida sambil tersenyum dan menunjuk kepada pelajar baru di sebelahnya..

Pelajar tersebut mengangguk dan berjalan ke depan sedikit..
"Nama saya Izhar..Izhar Syafiq..Nice to meet you guys",perkenalan ringkas darinya..

"Ok..Awak pulak",cikgu Aida menunjuk kepada pelajar yang kedua..

Pelajar itu turut kedepan sedikit..
"Nama aku pulak Izhad..Izhad Fahim..",katanya..Lagi ringkas dari ucapan perkenalan Izhar..

"Ok..ada sapa sapa nak tanya tentang dorang?",soal Cikgu Aida..Matanya terarah pada murid dihadapannya..

Seorang pelajar perempuan yang berada di depan sekali mengangkat tangan..Cikgu menangguk tanda memberikan kebenaran untuk dia bertanya..

"Haii..nama saya Sara..Saya nak tanya awak berdua ni kembar ke?",soal Sara..Dia ni memang peramah dan suka cakap lepas dan juga pandai..Sebab tu suka duduk depan..

Semua mata memandang Izhar dan Izhad..Menunggu jawapan dari salah seorang dari mereka..

"Haah..Aku abang..Dia adik",ujar Izhad sambil memandang rakan rakan barunya..

"Cikgu,mana tempat kami?",sambung Izhad ..Nampak la kesombongan Izhad ni sikit..Kenalkan diri pun guna 'aku'..tak macam adiknya guna 'saya'..Amira dah mencebik..

"Hah..Duduk dekat....Amira!..belakang kamu kosongkan?",soal cikgu Aida sambil menunjukkan dua kerusi dan meja kosong di belakang Amira..

Amira terpinga pinga..

"Amira?",panggil Cikgu Aida apabila melihat anak muridnya itu seperti 'blur'

"Hah?! Ah ye..kosong..ha kosong",ujar Amira sedikit gugup..

Izhar dan Izhad segera menuju ke tempat tersebut..Sempat Izhar melemparkan senyuman kepada Amira sebelum duduk di tempatnya..

Playboy Junior Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin