BAB 15

2.2K 121 2
                                    

"Along hantar kau..Dia suruh bagitahu..tadi dia kata dia nak bagitau,kau tengah mandi",Saufi memberitahu Amira ketika kelibat kakaknya sudah ada di meja makan untuk sarapan pagi itu..

Amira mengangguk..Dalam hatinya dah berbunga..

Yuhuu..

"Kau?naik motor la?",soal Amira sekadar berbasa basi memandangkan hanya mereka berdua di meja makan..Takkan nak senyap sunyi je kan..

Anggukan Saufi menamatkan perbualan mereka..Kebetulan Zairi juga sudah turun..Amira segera menghabiskan roti bakarnya..Kemudian dia mendekati Saufi dan menggosok rambut adiknya..Saufi mengeluh..

"Aku baru je betulkan..",bebel Saufi sambil mengambil sikat di dalam poketnya dan kembali menyikat rambutnya yang serabai..Amira hanya tersengih..

Dia terus keluar rumah dan mencapai kasut..Selepas kasut dipakai,dia terus menuju ke kereta abangnya dan memasuki tempat duduk sebelah pemandu..
Zairi masuk ke dalam kereta dan mula memanaskan enjin..

Amira seperti terlupa sesuatu..
"Kau dah jumpa mama dengan abah belum?",soal Zairi..Amira menepuk dahi..Inilah yang dia lupa..Segera dia keluar dari kereta dan bergerak ke arah ibunya yang sedang menyiram pokok bunga..Tangan ibunya dicium..

Kemudian dia beralih kepada ayahnya yang sedang memberi ikan makan..Dia turut melakukan perbuatan yang sama dia lakukan kepada ibunya..Tanpa sepatah kata,dia masuk kembali ke dalam kereta dan kereta alongnya meluncur perlahan menuju ke sekolahnya yang hanya sekangkang kera..

Sampai di depan pagar sekolah,Amira menyalami tangan alongnya..
"Ehh kau nak pegi mana smart smart ni? ",soal Amira..kakinya yang sudah menjejak rumput dinaikkan semula..Alongnya dipandang dari atas ke bawah..

"Jumpa kawan..Pandang aku macam tu lagi!",jawab Zairi sambil tersenyum..Mesti dia nampak hensem lagi hari ni..

Euww perasan..

"Hmm ye lah..Pape pun along hensem hari ni",ujar Amira laju laju dan terus keluar dari kereta..Pintu kereta ditutup serentak cermin diturunkan..
Zairi dah tersengih sengih..

"Thank you adikku Nur Amira Mohd Zainal",ujar alongnya..

"Heh..welcome abangku Zairi Adha Mohd Zainal",balas Amira sambil terus berlalu memasuki kawasan sekolah..Sempat dia memandang ke belakang dan melambai alongnya..

Izhad yang sedari tadi memerhati Amira dan lelaki di dalam kereta tadi terus mendapatkan Amira yang sedang berjalan menuju ke kelas..Dia berjalan seiringan dengan Amira..Dia nampak Amira tundukkan mukanya..

"Pakwe?",soal Izhad memulakan bicara..

"Huh?",soal Amira kembali..Pakwe celah mana pula?

"Lelaki yang hantar kau tadi..Pakwe?",soal Izhad lagi..Kali ini lebih terperinci..

"Ohh takk..Abang aku",balas Amira..Dia rasa kalau sebelah ni Izhar mesti dah kena maki mamat jawa tu..

Izhad hanya mengangguk..

"Tanya sikit boleh?",soal Izhad meminta kebenaran..Amira mengangguk..Pelik juga..Dia tak pernah makan orang kalau tak de izin nak bertanya..

"Kau asal macam takut dengan aku?",Amira dah agak soalan ni akan ditanya..Takpa..dia dah sediakan 1001 jawapan untuk soalan ni..

"Err..tak..Bukan takut..Emm..Just tak selesa je..",balas Amira sambil cuba memandang Izhad..Mata mereka bertentangan sebelum Amira mengalihkan pandangannya..

Langkah Izhad laju memasuki kelas setelah mendengar jawapan klise dari Amira..Amira sedikit hairan..

Dia marah ke aku jawab macam tu?

Playboy Junior Where stories live. Discover now