BAB 16

2.1K 122 13
                                    

Akhirnya! Ini lah yang aku tunggu tunggu..Camping!!

Amira tersenyum lebar mendengar pengumuman dari Cikgu Adam selaku cikgu yang selalu meng'handle' camping di sekolahnya..Dia memandang Wan dibelakangnya yang sedang turut tersengih..

Mereka berdua memang sukakan perkhemahan..Dua dua pun lasak..Memang padan jadi kawan baik..

Yang paling best,tahun ni cikgu dah cadang nak buat dekat luar..Tak macam tahun lepas,hanya di sekolah..Sangat membosankan...

----------------

Amira pandang Wan..Wan juga pandang Amira..Sepatutnya hari ni jadi hari yang paling bahagia untuk Amira dan Wan..Mereka sudah mahu bertolak ke tapak kem yang bertempat di Hulu Kalong,Sabak Bernam..Tetapi,malang semalang malangnya,hari yang baik lagi indah telah tercemar oleh kehadiran 'two lovely bird'..

Siapa lagi kalau bukan Hairy dan Qaira..Amira dah buat muka menyampah bila tengok Qaira yang tergedik gedik di sebelah Hairy..Dalam hatinya dah menyumpah nyumpah..Segala tok nenek dalam hutan semua dia sebut..

Nasib baik kehadiran Izhar mengembalikan keceriaan Amira..Dia dah buat keputusan tak nak ikut perasaan..Just enjoy the camp..

"Amira..",panggil Izhad..Suara dia macam biasalah keras,beku,dingin,ais..

"Ye",balas Amira..

Izhad menggamit Amira supaya duduk disebelahnya dikerusi panjang kantin..Dorang tengah tunggu cikgu dan acik bas..Janji pukul 7.30 am ni dah nak dekat pukul 8..

Aih janji tenuk betul la..

Amira hanya mengikut arahan Izhad..Tapi jalannya kalah siput bab1..Padahal kedudukannya dengan Izhad bukan jauh mana..Langkah besar besar dalam 2 langkah dah sampai..

Sampai di depan Izhad,dia hanya berdiri..Tak nak duduk,Dia gerun..Izhad mengeluh..

"Aku minta tolong weh",ujar Izhad memulakan ayat..Amira terkesima..

"Err ape?",balas Amira perlahan..Kepalanya masih ditundukkan..

"Please..Jangan buat aku rasa bersalah..",jawapan Izhad membuat kerutan di dahi Amira semakin berlapis lapis..

"Kau biasa je lah dengan aku..Layan aku macam kau layan Izhar..Jangan lah buat aku ni macam stranger sangat",pinta Izhad..Pertama kali Amira tengok muka Izhad macam berharap sangat..Selalu dapat tengok muka serius dia je..

Amira tergamam seketika..Dia pula yang rasa bersalah sekarang ni..Perlahan lahan dia memandang Izhad dihadapannya..Muka yang dia dapat lihat ialah....Izhad yang sedang tersenyum..Ok lagi sekali Amira terkejut..

Kalau asyik terkejut je bila cerita nak habis!:P

Tak..ni betul betul terkejut..Izhad?senyum dekat dia?Izhad wehh..

Barulah terserlah kehenseman Izhad yang selama ini disimpan melalui mukanya yang sentiasa serius..Amira menghentikan lamunannya apabila disergah oleh Izhar dan Wan..

Eishh..kacau daun lah..baru nak tengok muka Izhad lama lama..

"Ehh termenung je kau ni..Tak cukup tidur ke?ha kau Izhad asal pandang je muka Amira ni?",soalan bertubi tubi Izhar mematikan senyuman di muka Izhad..Izhar ni kalau hyper melebih betul..Semua nak ditanya..Wan disebelahnya hanya mengangguk angguk..

Mujur acik bas dan guru guru sudah sampai..Tak payahlah Amira balas soalan cepumas Izhar tu..Mereka berempat terus bergerak menaiki bas..

Here we go!

Playboy Junior Where stories live. Discover now