BAB 20

2.2K 113 14
                                    

"Ok semua bangun..Berbaris mengikut kumpulan..Lelaki dihadapan perempuan dibelakang",arah Cikgu Saiful selaku cikgu yang akan membimbing aktiviti pada malam ini,night walk..Semua bergerak mengikut arahan cikgu tadi..Senyap dan teratur..

"Ok kita akan mulakan aktiviti pada pukul 12 tepat ye..Lantik seorang ketua bagi kumpulan masing masing..And mesti lelaki ye",arahan kedua diberikan..Amira tunduk melihat jam di pergelangan tangannya..Ada 15 minit sebelum aktiviti dimulakan..

Setelah ketua dipilih,mereka semua diberikan kain pengikat mata kecuali ketua..Ketua akan membimbing ahli kumpulannya berdasarkan jalan yang akan ditunjukkan oleh cikgu cikgu..5 minit sebelum aktiviti dimulakan,mereka diarah untuk memakai kain tersebut..

Tepat pukul 12,dimulai dengan kumpulan 1 terus bergerak mengikut panduan ketua..Seterusnya kumpulan Amira mula bergerak..Dia berjalan perlahan kerana takut terpijak selipar orang depan..Dah la depannya kakak senior ehh takda lah senior mana..Form 3 je tapi Amira memang gerun dengan budak perempuan form 3 ni..Muka bengis macam nak telan orang..

Sesekali ada jugak dia terpijak selipar orang depannya tetapi cepat cepat dia menuturkan kata maaf..Orang belakangnya lagi la banyak kali pijak seliparnya..tak boleh dikira dengan jari,guna kalkulator pun rosak (hakk lebih sikit tkpe en)..

Sebelum aktiviti ini bermula,cikgu ada bagitahu kata kunci untuk keselamatan semua..Kalau rasa tak selamat,tanya 'jambu' dan kalau orang jawab 'pink' maksudnya dia ahli kem ni tapi kalau lain tau tau je la kan..

Setelah beberapa minit meredah onak dan duri(lagi sekali),disuruh tunduk,bongkok,lompat dan merangkak walaupun hakikatnya takda dahan mahupun anak sungai yang memerlukan mereka berbuat begitu..Mereka diberhentikan dan seorang seorang akan ditarik berasingan dari orang lain..

Amira menunggu sehingga gilirannya sampai sambil sambil tu dia memasang telinga..Tak dengar apa apa pun..hanya derap kaki cikgu dan pelajar..Sampai gilirannya,dia ditarik berjauhan dari ahli kumpulannya dan disuruh duduk..Amira akur dan mulutnya automatik membaca surah surah pendek yang dihafal berulang kali..Takut juga..

"Jambu",tiba tiba ada satu suara menegur Amira dari arah kanannya..Suara lelaki..

"Pink",Amira membalas walaupun dia kurang pasti itu suara siapa..

Ahh! Janji manusia..

"Ahhh!!",Amira terkejut apabila terasa ada bulu bulu yang sengaja disapu dimukanya..Agak kuat juga jeritannya sehingga ada suara dari arah kirinya yang menegur..

"Woii tak payah la jerit jerit"

Amira hanya diam tak berkutik..Setan gila siapa yang mengacaunya..Dia tersentak apabila terdengar suara si pengacau tersebut ketawa..
Mukanya dah merah..

Aryan ni! Ehh sat sat tapi bukan dia tak pergi ke kem ni? Ke kenapa dia?

"Ja-ja jambu",soal Amira terketar ketar..Cuak la kalau di depannya ni bukan Aryan..

"Hahahhhha..Beruk",si pengacau yang disangka Aryan menjawab sambil tangannya tak henti henti mengusik Amira..Bulu ayam disapu sapu dimuka Amira yang bersih..Kemudian ditarik tarik lengan baju Amira..

"Eiii tepilah..Jangan lah kacau aku..pergi lah kacau orang lain",marah Amira sambil cuba menutup mukanya dari dinodai oleh bulu ayam tersebut..Entah entah dia main kutip je bulu ayam tu tepi jalan..

"Ehh kau bukan ahli kem ni kan..maksudnya kau ni bu-bukan manusia la? ",soal Amira..Dia pasti memang itu suara Aryan..Tapi jawapan yang diberikan tadi salah..Amira dah cuak..

"Hahaha pink kan jawapannya",ujar Aryan sambil turut duduk di sebelah Amira..Amira lega..Aryan disebelahnya dipukul geram..

Huh..Aryan ni!

Playboy Junior Donde viven las historias. Descúbrelo ahora