BAB 26

2K 112 8
                                    

Aktiviti orientering sudah mula 15 minit yang lalu..Kumpulan juga sudah berpecah mengikut arahan yang telah diberikan..Kumpulan Amira juga sudah melepasi beberapa checkpoint..

Pada setiap checkpoint,mereka diberikan bahan bahan untuk memasak maggi bermula dari periuk kecil sehinggalah bahan utamanya iaitu maggi..Disebabkan Amira sahaja yang membawa beg,semua barang yang sudah diperoleh disumbat ke dalam beg sekolah Amira..Dia pun tak tahu kenapa dia gatal sangat pergi bawak beg..

Nak patah bahunya bawa beg yang berat itu..Yang beratnya sebab ada 2 botol besar air masak..Amira terkedu bila checkpoint seterusnya memerlukan mereka masuk ke dalam air..

Tiba tiba dia rasa ada seseorang mengambil begnya dari belakang..Cepat cepat dia menoleh..

Izhad rupanya..

Izhad terus menggalas beg tersebut dan turun ke dalam air..Amira tersenyum melihat gelagat Izhad..

Izhad!! You my hero!

"Woii..tunggu pe lagi?turun lah",sergahan Izhad mematikan lamunan Amira..Cepat cepat kakinya melangkah memasuki anak sungai tersebut..

Sampai ditepi sungai,masing masing melepaskan lelah sebelum menyambung perjalanan..Kali ini mereka mendapat telur..Amira diamanahkan untuk menjaga telur itu..

Berhati hati dia memegang telur tersebut..Macam biasa dia mesti akan jalan belakang sekali..Habit kot..Izhad dihadapannya sedang menggalas beg yang hampir kembung..Tiba tiba dia rasa kesian pula..

"Izhad..ok tak?berat ke beg tu?meh la aku bawak pula",selesai berkata Amira menekup mulutnya..

Wehh pahal gatai sangat gi tanya macam tu?mesti la beg tu berat gila namatey..aduhh..

"Tak payah lah..kau tu perempuan..Tak sekuat aku..hahah",balas Izhar sambil tergelak..Dia berhenti kejap sebab nak bagi Amira jalan dihadapannya..

Amira melangkah mendekati Izhad..Sampai di tepi Izhad,dia berhenti..Izhad pelik..

"Tunggu apa lagi?",soal Izhad sambil memandang Amira yang sedikit pendek..Jelas kerutan didahinya yang bersih..

"Tunggu kau lah..dah jom",balas Amira sambil menarik baju Izhad..Memandangkan Izhad pakai baju tak de lengan,takkan dia gatal nak pegang lengan pulak kan..Izhad pula hanya mengikut langkah Amira..Sempat dia pandang tangan Amira yang memegang baju dibahagian pinggangnya..

Ketiadaan mereka menimbulkan kemarahan ketua kumpulan iaitu Syukri..Mereka berhenti seketika apabila kelibat Amira dan Izhad tiada dibelakang..

Sampai sahaja pada ahli kumpulannya,Amira melepaskan pegangannya pada baju Izhad dan berlari lari anak ke arah Syukri..Dia dapat tangkap muka Syukri yang sedang menahan marah..

"Syuk..Sorry..",ujar Amira sambil membuat muka comel di hadapan Syukri..Tangannya menarik narik hujung lengan baju Syukri yang sedang bercekak pinggang..

"Kentut hang sorry..Tau dak panaih..peluh aku ni kalau boleh peghah dah dapat satu baldi hg tau dak",keluar dah loghat utara Syukri ni..Mesti sebab dia marah sangat..Mukanya yang agak gelap nampak sedikit merah..

"Haih kau ni..melambatkan lah..",kata Izhad sambil laju kakinya melangkah meninggalkan ahli kumpulannya..Dia pun tak tahu dia pergi mana..Dia main jalan je..

"Woi nak pergi mana?ha tu lah..Lain kali tanya hg punya ketua ni nak ke mana..Ni menonong je pegi..kalau hg hilang,ni muka ni yang kena tau",Syukri sambung ceramah pada Izhad pula..Jari telunjuknya dihala tepat pada mukanya..Amira dan yang lain lain dah tergelak melihat muka Izhad yang sedang menahan malu..

"Ha..jalan lah",balas Izhad cuba menutup malunya..


P/s: sorry kalau bab ni hambar..serius takda idea..bab camping ni paling banyak en..hahaha lol 😂😂
Enjoy!

Playboy Junior Where stories live. Discover now