BAB 8

2.3K 126 0
                                    

"Beb",Wan memanggil Amira dengan suara yang perlahan..Takut mengganggu pelajar yang sedang khusyuk belajar..

"Hmm",balas Amira juga dengan suara yang perlahan..Matanya tak lepas memandang muka Cikgu Arif yang sedang mengajar subjek Sains..Tekun gila sebab dia suka subjek ni..

Disamping subjek ni memang best,cikgu Arif juga memang sporting dan suka buat lawak..Jadi rasa nak tidur tu takda sebab asal nak lentok je dia dah buat kelakar..Even kelakar dia tu hambar gila..

"Semalam aku ada nampak kau sembang dengan Izhar..Mesra gila..Korang dah lama kenal ke?",soal Wan sambil tangannya ligat menyalin nota yang diberi oleh Cikgu Arif..

Amira mengalihkan pandangannya kepada Wan dan kemudian dia memandang Izhar di belakangnya..Sempat senyuman diberikan apabila pandangan mereka bertembung..

"Tak lah..Entah macam mana aku boleh rapat dengan dia..Dia tegur aku dulu..Aku layan je la",jelas Amira..

"Ehh tapikan..semalam Hairy senyum dekat aku",Amira menyambung bicaranya apabila tiada respon dari Wan..Lagipun Cikgu Arif dah keluar dan sekarang waktu rehat..Boleh lah dorang sembang kuat kuat..

"Wahh bestnya..",Wan turut teruja dengan cerita Amira itu..
Dengan itu,topik mengenai Izhar berlalu begitu sahaja..Amira dan Wan bergerak ke kantin untuk mengisi perut..

Baru sampai depan pintu,Izhar memanggil Amira dan Wan..Mereka berdua serentak memandang Izhar..

"Nak rehat dengan korang boleh?",soalnya apabila dirinya sudah hampir dengan Amira dan Wan..Amira dan Wan berpandangan sebelum mengangguk..

Mereka bertiga bergerak ke kantin sambil bertukar tukar cerita..Masa makan pun dorang masih bercerita..Amira perasan,ada beberapa orang senior perempuan asyik melihat kearah mereka..ehh tak..ke arah Izhar..Maybe sebab dorang tak biasa tengok muka dia atau sebab dia hensem..Dua dua kot..

Izhar hanya fokus pada makanannya tanpa menghiraukan pandangan sekeliling..Lebih tepat lagi mesti masing masing pelik sebab sekolah ni tak pernah lelaki dan perempuan makan semeja..

Kalau ada pun budak senior yang buat..Junior belum berani lagi..Tapi dengan Izhar ni main sedap dia je nak buat apa..

Sedang Amira memerhati sekeliling,dia dapat menangkap renungan Aryan dari meja di depannya..Amira senyum tapi respon yang dia dapat cuma renungan beku dari Aryan..Muka dia serius takda riak..

Izhar yang sedar dengan kelakuan Amira turut memandang belakang..Dia mengangkat tangan kepada Aryan dan tersenyum..Ajaibnya,Aryan membalas sapaan Izhar..

Uihh..budak kecik ni kenapa?Ada masalah dengan aku ke?

"Sapa tu?",tanya Izhar sambil menghirup kuah laksa di dalam mangkuknya..

"Haah weh..sapa tu?",soal Wan pula..Mulutnya menghabiskan sisa terakhir nasi lemak yang dibeli..

"Aryan..kawan Hairy",jawab Amira..Tangannya menguis nguis nasi di dalam pinggan..Tak selera nak makan dah..

"Hairy tu sapa pulak?",dahi Izhar dah berkerut..Dia menyedut air oren di dalam plastik dengan rakus..

"Crush Mira..",Wan pulak tolong jawabkan sambil berlalu membawa pinggan ke besen besar yang dikhaskan untuk pinggan kotor..

Mata Amira dah bulat..Tidak!..Rahsia tu dia nak jaga dengan Wan je..

Kenapalah mulut Wan ni takda insurans..Main lepas je..

"Ohh",dia ingatkan Izhar nak gelakkan dia lagi..Tapi respon Izhar hanya itu dan turut menurut langkah Wan..Amira terlopong sendirian..Sehinggalah jam loceng berdering menandakan tamat waktu rehat sekaligus mengejutkan Amira..

Playboy Junior Where stories live. Discover now