BAB 32

1.9K 112 0
                                    

Keputusan diambil..Lantas dia bangun dan mencari ibu bapanya di bawah..Turun tangga terus matanya melilau mencari kedua orang tuanya..

Mama kat sofa..abah tengah makan..em nak pegi mana dulu?

Laju sahaja kakinya melangkah ke arah ayahnya yang sedang makan tengahari..

"Abah",panggil Amira perlahan..Kerusi dibahagian kanan ayahnya ditarik dan terus melabuhkan punggungnya di situ..

"Hmm",balas ayahnya mendatar..

"Petang ni Mira nak lawat kawan kat hospital..",ujar Amira memulakan topik..

"Kenapa dengan kawan kau tu?",soalan pertama dari ayahnya..

"Lelaki ke perempuan?",soalan kedua..

"Nak pegi naik apa?",tak sempat nak buka mulut,soalan ketiga datang..

"Err abah..slow slow..ok em dia eksiden,lelaki,abahlah",ringkas dan padat jawapannya..Nasib baik sempat cakap sebelum ada soalan keempat..

Encik Zainal seperti berfikir sejenak sebelum bersuara..Nampak macam dia nak bercakap,tapi tiba tiba dia bangun menuju ke sinki..

"Ermm..abah ok je..Petang pukul 5 abah tau dah siap ok..Lambat satu saat abah tak nak bawak",ujar ayahnya lalu terus meninggalkan anaknya di ruang makan itu..Amira sengih..

Yess!

------------------------------------------------------
Tepat pukul 5 petang Amira dah terpacak di tepi kereta ayahnya..Sambil menunggu ayahnya,shawl yang terlilit dikepala dikemaskan sedikit..Lipat,tiup tiup..(lol)

Encik Zainal keluar melenggang dan terus kakinya menyarung kasut..Amira memandang jam tangannya..

"Ayah lewat 2 minit 59 saat",ujarnya setelah masuk ke dalam kereta..

"Kalau bukan ayah yang nak hantar kamu,siapa lagi nak oii",ternyata gurauan Amira tak memberi kesan kepada Encik Zainal..Segera enjin dihidupkan..

Amira hanya tersengih mendengar balasan ayahnya..

"Ehh kita nak pergi hospital mana ni?",soal ayahnya apabila kereta sudah berada di atas jalan raya..

"Ehh haah lah! Mira lupa nak tanya kawan Mira",balasnya sambil tersengih..Terus telefonnya dicapai dan mendail nombor Izhad..

"Hello Izhad"

"Ha mira ni"

"Hairy kat hospital mana?"

"Ha?!"

"Oh okkk bye"

"Ha abah..Hospital sungai buloh",ujarnya dan terus kepala dilentok ke tingkap..Nasib baik area Rawang gak..

------------------------------------------------------
"Ye dik..apa boleh saya bantu?",soal jururawat yang berada di kaunter pertanyaan,mesra..

"Saya cari Azrif Hairy Bin Anuar..rasanya dia masuk pagi tadi",jawap Amira sambil matanya melilau melihat sekeliling hospital..

"Ok..ni wadnya........",ujar jururawat itu dan melemparkan senyuman kepada Amira..Amira membalas senyuman tersebut dan kaki terus melangkah ke wad yang telah dinyatakan..

Ayahnya yang sedang duduk digamit supaya mengikutnya..Ye lah wad lelaki,takkan dia nak masuk sorang?Walaupun mungkin ada perempuan juga dalam wad tu..

Keluar dari lif dia mencari nama Hairy..Dalam kepalanya masih memikirkan kata kata Wan yang Hairy ingin berjumpanya..
Katil dituju dan matanya tertancap pada satu figura manusia yang sedang terbaring di atas katil..Kakinya berbalut..

Katil tersebut di hampiri..

"Amira?",soal manusia tersebut apabila Amira semakin menghampirinya..




P/s: Amira budak Rawang..Hahhaha sorry tak bagitahu awal awal..
Nama sekolah direka..hahahahahahhahahha abaikanlah segala kegilaan didalam cerita ini..

Playboy Junior Where stories live. Discover now