BAB 42

1.8K 96 7
                                    

-HAIRY-

Aku rasa bersalah..Serius..Sejak Amira ternampak aku dengan Qaira hari tu aku rasa mesti dia kecewa sangat..Aku..aku ingat aku dah boleh move on bila tiba tiba Qaira cakap dia tak suka aku lepas balik camping tu..

Tapi masa dekat hospital,dia cakap dia terpaksa buat macam tu..Dia ada buat bet dengan kawan dia..Ahh!! Bila fikir balik aku jadi bodoh pula pergi percaya cakap Qaira tu..

Aku dah hilang kan kepercayaan kawan baik aku sendiri,Aryan..
Aku tahu dia separuh mati suka kan Amira tapi tiba tiba aku dengan sesuka hatinya ambil Amira dan luka kan dia..

Apa jenis kawan lah aku ni?!
Tapi aku pun sukakan Amira..Sejak kali pertama dia bagitahu yang dia nak jadikan aku adik angkatnya..Tapi aku nampak Aryan beria ria cerita pasal Amira..Nampak sangat Aryan suka dia..Sejak tu,aku cuma tengok Amira dari jauh..

Antara Amira dan Aryan,aku pilih Aryan sebab Aryan satu satu nya kawan baik aku..Aku tak nak sebab seorang perempuan,aku hilang dia..

Masuk sekolah menengah,aku jumpa dia lagi..yes Amira..aku pelik,lepas aku tolak dia,dia masih tak serik..Ada sekali masa balik sekolah,aku perasan dia pandang aku..Aku tak tahu kenapa tiba tiba aku senyum dekat dia..

Hari tu aku nampak dia balik seorang..Lelaki yang selalu ada dengannya tak ada masa tu..Aku try nak berbual dengan dia..Tapi...ia tak dirancang!Aku buat dia nangis..

Aryan marah aku petang tu..Tapi aku marah dia balik..Maafkan aku Aryan..!

Dumm!

Hairy bergegas turun ke tingkat bawah rumahnya apabila terdengar pintu utama ditutup kasar..Dia tahu..Mesti itu ibunya yang baru pulang dari kerja..

Ibunya salah seorang ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat yang agak terkenal di Kuala Lumpur..Jadi dia pulang hanya sekali sekala..Hairy tinggal bersama abang dan adiknya..tiga tiga lelaki..

Atuknya di rumah sebelah hanya menjaga dan memerhati mereka adik beradik sekali sekala..Hairy menjeling jam yang terpapar pada rekorder astro..Pukul 9 malam..

Dia tahu ibunya penat,tapi dia mesti cakap benda itu hari ini juga..Now or never!

Ibunya yang sedang duduk di sofa berwarna putih itu dihampiri..

"Ibu",panggil Hairy tapi tidak di sahut..Ibunya yang sedang terpejam digoyang sedikit..

Mata ibunya terbuka luas dan pandangan dilempar tepat pada Hairy..

"Ye Hairy..nak apa?duit dah habis ke?",soal ibunya dan kemudian matanya dipejam kembali..Mungkin tengah pening..

"Bukan..Hairy emm Hairy nak pindah sekolah",akhirnya..Terluah juga hasrat hatinya..Dia nampak dahi ibunya sedikit berkerut..mungkin tengah cuba menghadam permintaan anaknya..

"Kenapa dengan sekolah tu?Hairy kena buli ke?",serkap ibunya..Blazer berwarna hitam dibuka dan diletak di atas meja kaca di hadapannya..

"Hairy nak tinggal dengan ibu"



P/s: this chap spe yg req part Hairy..happy reading! 😚

Playboy Junior Where stories live. Discover now