BAB 9

2.2K 120 4
                                    

Kringg kringg

Loceng dibunyikan tanda waktu persekolahan sudah tamat..Amira dan rakan sekelasnya mengemas beg masing masing dan sedia untuk pulang ke rumah..

Amira beriringan dengan Wan keluar dari kelas..Sampai di depan pagar,mereka berpecah..Wan baliknya disambut oleh bapanya manakala Amira berjalan kaki sahaja..Sebab rumah dekat..

Nak bawak motor,bapanya tak bagi kerana alasan rumah dan sekolah hanya sekangkang kera..Amira rasa ni bukan kangkang kera,kangkang gajah pun belum tentu boleh sampai..
Jauh untuk pejalan kaki sepertinya..

Amira berjalan seorang diri sambil menyanyi kecil..Tiba tiba dia rasa ada motor berhenti di sebelahnya..Dia tak tengok pun dah tahu siapa orangnya..Bau perfume ni dia ingat lagi..
Mesti Izhar..

"Kenapa Izhar?nak teman aku balik ke?",soalnya sambil menyambung jalannya..Amira pelik..Izhar tidak membalas katanya..

"Kau dah bi-",tak sempat Amira habis bercakap,orang yang disangka Izhar itu menyampuk..

"Salah orang la cik adik.."

Amira terkelu..Suara ini..

Hairy?!

Amira perlahan lahan menoleh dan ya..Itu Hairy..

"Ha ha hairy?",Amira tergagap..

"Hahaha..Rilek lah..Ni jalan sorang je ke?Mana laki yang selalu dengan kau tu?",soal Hairy sambil tersengih..Ada nada sindir pada katanya..

Amira tersentak..

Dia selalu nampak aku dengan Izhar ke?

"Ha? Sape?",soal Amira buat buat tak tahu..Apa entah motif dia nak rahsiakan..

"That guy..Alah apa nama dia tu?Budak baru kan?",Hairy sengaja memancing Amira walaupun hakikatnya dia baru je bercakap dengan abang kembar Izhar..

"Ahh Izhar?",Amira menyebut perlahan nama Izhar..

"Ha Izhar..Ehh tau pulak..Tadi aku tanya buat buat tak tahu..",sindiran Hairy mengena tepat pada hati Amira..

Dia ni lagi sorang..Aku tak tahu apa salah aku yang dia nak sindir sindir kenapa?Aku tau la kau hensem..Tapi sebab aku minat kau,aku redha je la..Bukan selalu dapat cakap dengan kau kan..

"Emm kenapa tanya pasal Izhar tu eh?",soal Amira..Senyuman semanis madu dilemparkan kepada Hairy..

Muka Hairy yang tadinya dihiasi senyuman,kini hilang..Dia mendekatkan mukanya kepada Amira..Bibirnya didekatkan kepada telinga Amira yang dilapisi tudung..

Hairy berkata sesuatu dan Amira tergamam selepas mendengar kata kata Hairy itu..
Selepas mengungkapkan sesuatu kepada Amira,Hairy melemparkan senyuman sinis kepada Amira dan terus berlalu pergi..

Amira rasa lututnya dah longgar..Tinggal masa nak jatuh je..Ayat Hairy tadi begitu menyentap perasaannya..Mukanya berubah menunjukkan rasa terkejut yang amat..

Ya Allah..Dugaan apa lagi ni?

Playboy Junior Where stories live. Discover now